Kesan Streisand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imej kediaman milik Barbara Streisand di Malibu yang cuba dihalang penyebarannya 

Kesan Streisand merujuk kepada suatu fenomena di mana usaha menyembunyikan, membuang, atau menapis suatu bahan maklumat tidak sengajanya mengakibatkan penguar-uaran maklumat tersebut secara lebih meluas, biasanya dibantu oleh Internet. Ia adalah satu contoh reaktans psikologi di mana dorongan orang ramai untuk mengakses dan menyebarkan sesuatu maklumat akan meningkat apabila mengetahui bahawa maklumat tersebut disimpan daripada mereka.[1]

Kesan ini dinamakan daripada suatu kejadian di mana Barbra Streisand, seorang penyanyi Amerika Syarikat, melakukan percubaan menghalang penyebaran gambar-gambar kediamannya di Malibu, California pada 2003, yang secara tidak sengajanya menarik perhatian orang awam terhadap gambar-gambar tersebut. Perkara yang sama turut berlaku apabila syarikat-syarikat tertentu mengeluarkan surat penghentian untuk menghilangkan kod, fail, dan laman sesawang yang dikehendaki dari Internet. Maklumat yang asalnya hendak dihalang akan sebaliknya mendapat liputan dan kesinambungan media yang meluas seperti melalui video dan lagu-lagu parodi, yang seringkalinya disalin di serata Internet atau diedarkan melalui rangkaian perkongsian fail.[2][3]

Asal-usul istilah[sunting | sunting sumber]

Mike Masnick yang menulis untuk blog teknologi Techdirt mencipta istilah ini pada tahun 2005[4] untuk merujuk kepada percubaan Barbra Streisand menyaman jurugambar Kenneth Adelman dan Pictopia.com atas dakwaan pelanggaran privasi.[5] Sebuah tuntutan mahkamah bernilai USD50 juta dibuat sebagai usaha membuang gambar kediaman Streisand dari koleksi 12,000 gambar-gambar pantai California yang boleh didapati secara umumnya.[6][7] Adelman menangkap gambar kediaman itu sebagai kerja mendokumentasikan hakisan pantai untuk Projek Rakaman Pantai California yang bertujuan memujuk pembuat dasar pemerintah negeri tersebut.[8][9]

Sebelum Streisand memfailkan tuntutan mahkamah tersebut, "Imej 3850" telah dimuat turun dari laman web Adelman hanya sebanyak enam kali, dua daripada muat turun tersebut dilakukan peguam-peguam yang mewakili Streisand.[10] Hasil daripada kes ini, pengetahuan khalayak ramai terhadap gambar tersebut meningkat dengan pesatnya dengan lebih daripada 420,000 orang mengunjungi laman itu pada bulan berikutnya.[11] Tuntutan mahkamah Streisand digugurkan dan penyanyi tersebut diperintahkan untuk membuat bayaran menurut undang-undang kepada Adelman berjumlah $155,567.[12][13][14]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burnett, Dean (May 22, 2015). "Why government censorship [in no way at all] carries greater risks than benefits". The Guardian. London. Dicapai pada April 16, 2016.
  2. ^ Canton, David (November 5, 2005). "Today's Business Law: Attempt to suppress can backfire". London Free Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 21 Julai 2007. The 'Streisand effect' is what happens when someone tries to suppress something and the opposite occurs. The act of suppressing it raises the profile, making it much more well known than it ever would have been. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Mugrabi, Sunshine (22 Januari 2007). "YouTube—Censored? Offending Paula Abdul clips are abruptly taken down". Red Herring. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2007. Dicapai pada 21 Julai 2007. Another unintended consequences of this move could be that it extends the kerfuffle over Ms. Abdul's behavior rather than quelling it. Mr. Nguyen called this the 'Barbra Streisand effect', referring to that actress's insistence that paparazzi photos of her mansion not be used Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Siegel, Robert (29 Februari 2008). "The Streisand Effect' Snags Effort to Hide Documents". All Things Considered. National Public Radio. The episode is the latest example of a phenomenon known as the 'Streisand Effect.' Robert Siegel talks with Mike Masnick, CEO of Techdirt Inc., who coined the term.
  5. ^ "The perils of the Streisand Effect". BBC News. 31 Julai 2014.
  6. ^ Bernoff, Josh; Charlene Li (2008). Groundswell: Winning in a World Transformed by Social Technologies. Boston: Harvard Business School Press. m/s. 7. ISBN 1-4221-2500-9.
  7. ^ "Since When Is It Illegal to Just Mention a Trademark Online?". Techdirt.
  8. ^ "Barbra Sues Over Aerial Photos". The Smoking Gun. 30 Mei 2003. Dicapai pada 22 November 2010.
  9. ^ Pautan bersertakan pemfailan tuntutan mahkamah (dalam bahasa Inggeris)
  10. ^ Tentative ruling, page 6, stating, "Image 3850 was download six times, twice to the Internet address of counsel for plaintiff".
  11. ^ Rogers, Paul (24 Jun 2003). "Photo of Streisand home becomes an Internet hit". San Jose Mercury News, mirrored at californiacoastline.org. Dicapai pada 15 Jun 2007.
  12. ^ Streisand v.
  13. ^ Adelman, Kenneth (13 Mei 2007). "Barbra Streisand Sues to Suppress Free Speech Protection for Widely Acclaimed Website". California Coastal Records Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2008. Dicapai pada 8 April 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "Streisand's Lawsuit to Silence Coastal Website Dismissed" (Siaran akhbar). Mindfully.org. December 3, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2009. Dicapai pada 8 April 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]