Kesenian Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lukisan The Courtyard of a house in Delft karya Pieter de Hooch antara lukisan Zaman Keemasan Belanda.

Kesenian Belanda paling unggul ketika abad ke-17. Ketika itu, pelukis Baroque Eropah cuba menyampaikan tenteang makna kesenian sambil mengkaji cara mempersembahkan gaya sendiri. Walaupun unsur keagamaan Katolik Rom dan intuisi raja menjadi tema utama lukisan, tetapi masyarakat mewah, saudagar dan penganut Calvinisme juga banyak dijadikan tema pelukis Belanda ketika itu. Oleh itu, genre yang memaparkan hidup masyarakan biasa seperti ketika bersuka ria atau wanit sedang memegang surat banyak dilukis ketika itu. Pelukis terkenal seperti Rembrandt, van Gogh dan banyak lagi telah membuat seni Belanda berkembang.

Pelukis Belanda[sunting | sunting sumber]

Rembrandt van Rijn (1606-1669)[sunting | sunting sumber]

The Anatomy Lesson of Dr. Nicolaes Tulp antara karya Rembrandt van Rijn

Belanda pada abad ke-17 juga dikenali sebagai Zaman Rembrandt selain Zaman Keemasan Belanda. Rembrandt van Rijn adalah simbol pelukis Belanda mahir memaparkan perasaan kompleks manusia dengan memanipulasi pendedahan cahaya yang mengandungi jiwa terhadap objek. Contoh karyanya The Night Watch dan lain-lain.

Jan Verneer (1632-1675)[sunting | sunting sumber]

Karya Vermeer, The Mussic Lesson.

Jan Vermeer terkenal sebagai pelukis mahir dalam menggambarkan cahaya hangat dan lembut. Beliau menghasilkan banyak karya menakjubkan dengan teknik melukis teliti dan gambaran halus bahagian dalaman. Contohnya The Mussic Lesson, View of Delft dan banyak lagi. Karya Vermeer juga menjadi subjek novel dan filem.

Vincent van Gogh (1853-1890)[sunting | sunting sumber]

Karya van Gogh, Sunflowers

Vincent van Gogh ialah peneraju lukisan impresionisme yang banyak menggunakan warna cerah dan penekanan pencahayaan. Lukisan beliau tidak dapat pengiktirafan mesyarakat ketika hidup. Beliau juga mengalami kemurungan dan keracunan alkohol. Namun, lukisannya merupakan karya seni lukisan paling bernilai di dunia kini. Contoh karyana adalah Sunflowers, Starry Night dan lain-lain.

Piet Mondrian (1872-1944)[sunting | sunting sumber]

Piet Mondrian ialah pelukis abstrak pertama menggunakan teorem matematik untuk menghasilkan lukisan. Pada tahun 1917, beliau merupakan pelukis terawal menghasilkan lukisan kubik. Contoh karyanya ialah Painting 1, Composition No.2 dan banyak lagi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Belanda m/s 54-55