Kesinambungan (cereka)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam konteks cerita rekaan, kesinambungan adalah kekonsistenan yang wujud daripada tokoh atau watak, plot, benda, tempat dan kejadian yang dilihat dari sudut pandamg pembaca atau penonton.

Posisi[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan penting dalam seni visual (misalnya filem dan televisyen) kerana sifat suatu karya akhir yang sukar diubah kembali. Ia juga penting bagi bentuk-bentuk seni lainnya, seperti novel, komik, permainan video dan animasi. Dalam produksi biasanya ada seorang yang mengamati hal ini dan berusaha untuk memelihara atau menjaga kesinambungan yang baik dengan bantuan catatan, foto dan filem.

Kemungkinan ralat[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan ralat kesinambungan (continuity error) yang wujud tampak tersembunyi dan minimal daripada perinci tertentu; ada juga yang dapat diperhatikan jelas, misalnya dari segi penampakan watak. Ralat sebegini dapat memusnahkan ilusi atau bayangan seakan benar (realisme) lalu menjejaskan tangguhan rasa tidak percaya (suspension of disbelief) penonton.

Dalam perfileman terutamanya, perhatian teliti harus diberikan kepada kesinambungan dalam cerita memandangkan filem jarang dibikin mengikut urutan yang ingin dipersembahkan dan bergantung kepada keadaan persekitaran semasa pembikinan filem.

Ralat kesinambungan kadangkalany juga boleh dipergunakan untuk kaedah penceritaan tertentu seperti dalam genre komedi.