Lebuhraya Kajang–Seremban: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Kajang–Seremban Highway; perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Lebuh raya Kajang Seremban''' (E21) merupakan [[lebuh raya tol]] sepanjang 48.5 kilometer dari [[Kajang]] ke [[Seremban]] yang diberi [[konsesi]] kepada [[KASEH Sdn Bhd]] oleh [[Lembaga Lebuhraya Malaysia]].
'''Lebuh raya Kajang Seremban''' (E21) atau LEKAS merupakan [[lebuh raya tol]] sepanjang 48.5 kilometer dari [[Kajang]] ke [[Seremban]] yang diberi [[konsesi]] kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat [[IJM Corporation]] oleh [[Lembaga Lebuhraya Malaysia]].


== Latar belakang ==
== Latar belakang ==
Baris 12: Baris 12:
Sebanyak lapan (8) buah Persimpangan Bertingkat akan dibina di sepanjang lebuhraya ini seperti yang berikut:
Sebanyak lapan (8) buah Persimpangan Bertingkat akan dibina di sepanjang lebuhraya ini seperti yang berikut:
# Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan
# Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan
# Persimpangan Bertingkat Semenyih
# Persimpangan Bertingkat [[Semenyih]]
# Persimpangan Bertingkat Pajam
# Persimpangan Bertingkat [[Pajam]]
# Persimpangan Bertingkat Mantin
# Persimpangan Bertingkat [[Mantin]]
# Persimpangan Bertingkat [[Temiang]]
# Persimpangan Bertingkat [[Temiang]]
# Persimpangan Bertingkat [[Jelebu]]
# Persimpangan Bertingkat [[Jelebu]]

Semakan pada 06:26, 19 Jun 2010

Lebuh raya Kajang Seremban (E21) atau LEKAS merupakan lebuh raya tol sepanjang 48.5 kilometer dari Kajang ke Seremban yang diberi konsesi kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat IJM Corporation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Latar belakang

Kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur dan Seremban (E2) menyebabkan sebuah lagi lebuh raya diperlukan pada tahun 1998.

Berikutan itu Kerajaan Malaysia memberi hak konsesi secara pakej kepada syarikat baru iaitu KASEH Sdn. Bhd. pada Julai 1997 untuk tempoh konsesi selama 33 tahun.

Cadangan projek ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya dari Kajang ke Seremban. Lebuh raya ini bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang‎ dan Lebuh raya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur. Terlalu ramai penduduk Seremban yang bekerja setiap hari di Kuala Lumpur. Kesesakan memuncak di Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

Sebahagian lebuh raya ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya baru dari Kajang hingga ke Seremban melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Nilai dan Mantin. Ia bermula dari Persimpangan Bertingkat `clover-leaf' dengan Lebuhraya Lingkaran Kajang dan Jalan Pintasan Kajang dan menuju ke selatan hingga berakhir di Jalan Persekutuan FT 51 sejauh 5 km dari Bandar Seremban. Keseluruhan jarak lebuhraya ini adalah sepanjang 46 km.

Sebanyak lapan (8) buah Persimpangan Bertingkat akan dibina di sepanjang lebuhraya ini seperti yang berikut:

  1. Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan
  2. Persimpangan Bertingkat Semenyih
  3. Persimpangan Bertingkat Pajam
  4. Persimpangan Bertingkat Mantin
  5. Persimpangan Bertingkat Temiang
  6. Persimpangan Bertingkat Jelebu
  7. Persimpangan Bertingkat Setul
  8. Persimpangan Bertingkat Paroi

Pada dasarnya lebuh raya ini akan beroperasi secara Sistem Tol Tertutup kecuali di antara Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan dan Persimpangan Bertingkat Semenyih sepanjang 2 km yang akan dikendalikan secara Sistem Tol Terbuka.

Sebanyak 6 buah plaza tol akan didirikan di setiap persimpangan bertingkat bagi jajaran yang akan dikendalikan secara Sistem Tol Tertutup, manakala sebuah plaza tol akan didirikan di Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan dan Persimpangan Bertingkat Semenyih.

Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada. Ia juga diharap dapat menjana pembangunan di kawasan persekitarannya khususnya di Nilai, Semenyih, Beranang, Mantin, Pajam dan Batang Benar.

Kemajuan projek

Kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Kajang Seremban terbahagi Kepada 3 Pakej iaitu:

  1. Pakej 1: Bermula dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan sehingga Persimpangan Bertingkat Pajam - 18.0 km
  2. Pakej 2: Bermula selepas Persimpangan Bertingkat Pajam sehingga Persimpangan Bertingkat Temiang - 17.5 km
  3. Pakej 3: Seremban By-Pass - 13.0 km

Bagi Pakej 1A iaitu jajaran lebuhraya daripada Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan ke Persimpangan Bertingkat Semenyih telah siap dibina pada akhir bulan Disember 2003 dan telah dibuka kepada lalulintas pada 15 Mac 2004.

31 Mac 2005 , Pakej 1A 100 % siap. Pakej 1B 36 % siap.

  • Pakej 1A Telah dibuka kepada pengguna pada 15 Mac 2004.
  • Pakej 1B Kerja-kerja tanah masih dilakukan .

Pejadualan semula yang dikemukakan oleh KASEH bagi pakej 1B dan 2A adalah masih tertakluk kepada Perjanjian Tambahan yang dalam peringkat rundingan dengan kerajaan.

  • Pakej 3 Penjadualan semula masih belum dimuktamadkan

Kadar tol

Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dibuka secara rasminya pada 22 Ogos 2008. Bayaran tol mula dikenakana pada hari Ahad, 4 Oktober 2008.Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Mohamad Razali Othman menyatakan lebuh raya 18.20 km mempunyai 3 palza tol iaitu di Kajang Selatan, Semenyih dan Pajam. Bayaran tol antara 40 sen hingga RM5.60 bergantung kepada kelas kenderaan. [1]

Rujukan