Eiji Wentz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: es:Eiji Wentz
Add image from http://tools.wikimedia.de/~emijrp/imagesforbio/
Baris 1: Baris 1:
[[Fail:Eiji Wentz (ウエンツ瑛士).jpg|thumb|right|Eiji Wentz]]
{{nihongo|'''Eiji Wentz'''|ウェンツ瑛士|Wentsu Eiji| lahir 8 Oktober 1985}} ialah seorang penyanyi, penghibur dan pelakon yang berasal dari [[Mitaka, Tokyo|Mitaka]], [[Tokyo]], [[Jepun]]. Dia dikenali sebagai ahli kumpulan [[WaT]] yang dimiliki oleh "Burning Productions."
{{nihongo|'''Eiji Wentz'''|ウェンツ瑛士|Wentsu Eiji| lahir 8 Oktober 1985}} ialah seorang penyanyi, penghibur dan pelakon yang berasal dari [[Mitaka, Tokyo|Mitaka]], [[Tokyo]], [[Jepun]]. Dia dikenali sebagai ahli kumpulan [[WaT]] yang dimiliki oleh "Burning Productions."



Semakan pada 01:46, 14 Julai 2010

Fail:Eiji Wentz (ウエンツ瑛士).jpg
Eiji Wentz

Eiji Wentz (Jepun: ウェンツ瑛士, Hepburn: Wentsu Eiji, lahir 8 Oktober 1985) ialah seorang penyanyi, penghibur dan pelakon yang berasal dari Mitaka, Tokyo, Jepun. Dia dikenali sebagai ahli kumpulan WaT yang dimiliki oleh "Burning Productions."

Eiji adalah anak kedua dan bongsu kepada bapa berdarah Amerika-Jerman dan ibu berketurunan Jepun. Disebabkan latar belakang keluarga Amerika, bapa dan ibunya fasih berbahasa Inggeris; bagaimana pun dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan menganggap dirinya sebagai orang Jepun. Kerana ibu bapanya perlu bekerja untuk menyara keluarga, Eiji tinggal bersama neneknya semasa kecil. Sebagai seorang remaja, dia adalah lepasan Sekolah Tinggi Sakuragaoka.

Dia mula terlibat dalam industri hiburan pada usia yang sangat muda. Eiji pada mulanya bermula sebagai model pada usia 4 tahun, dan membuat debut lakonannya sebagai peranan Chip dalam Four Seasons Musical Troupe Production Beauty and the Beast. Dia mula terkenal sebagai pelakon kanak-kanak tetap dalam rancangan televisyen NHK, Tensai Terebi-kun (Jepun: 天才テレビくん) pada usia 10 tahun. Dalam rancangan tersebut, dia memainkan gitar bass dan piano.

Selepas meninggalkan Tensai Terebi-kun, Eiji telah dipelawa oleh Johnny's Entertainment tetapi dia menolak tawaran syarikat tersebut kerana dia "tidak menggemari tarian dan "menyukai komedi". Dia kemudian menyertai Burning Productions atas syor Hiromi Gō.

Pautan luar