Perbezaan antara semakan "Duluan kehakiman"

Jump to navigation Jump to search
39 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
r2.7.3) (bot menambah: sr:Stare decisis; perubahan kosmetik
k (r2.7.1) (bot menambah: la:Stare decisis)
k (r2.7.3) (bot menambah: sr:Stare decisis; perubahan kosmetik)
Doktrin ini tidak diterima dalam [[bidang kuasa]] [[undang-undang sivil (sistem perundangan)|sistem perundangan sivil]] kerana ia dikatakan melanggar hak para [[hakim]] menafsir undang-undang dan hak [[legislatif]] membuat undang-undang. Kebanyakan sistem sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf konsep ''[[jurisprudence constante]]'' yang mengemukakan argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat keputusan, mereka haruslah membuat keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh demikian, hak para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes terpilih yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes.
 
== Prinsip ==
 
Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:
Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke semasa.
 
=== Stare decisis secara menegak ===
Secara am, satu sistem [[common law]] mempunyai [[mahkamah perbicaraan]], [[mahkamah rayuan]] dan [[mahkamah tinggi]]. Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian. Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.
 
Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis dari satu mahkamah tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai ''stare decisis secara menegak''.
 
=== Stare decisis secara mendatar ===
Dalam [[sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat]], [[Mahkamah rayuan Amerika Syarikat|mahkamah rayuan perantaraan]] dibahagikan mengikut "litar". Setiap panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu. Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat hanya boleh ditolak oleh mahkamah ''[[en banc]]'', iaitu satu sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau [[Mahkamah Agung Amerika Syarikat]].
 
Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil ''stare decisis secara mendatar''. Negeri New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam empat [[jabatan rayuan]] yang diselia oleh [[Mahkamah Rayuan|mahkamah rayuan tertinggi]] [[Negeri New York]]. Keputusan satu jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-undang.
 
=== Tempat rayuan terakhir ===
Mahkamah tertinggi [[United Kingdom]] iaitu [[House of Lords]] tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri sehingga kes [[London Street Tramways lwn London County Council]] [1898] AC 375. Selepas kes ini sebarang perubahan pada undang-undang berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen melalui statut.
 
Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan sebagai pilihan terakhir. Dari tahun [[2005]] House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih daripada 20 kali kerana bimbang penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian dalam undang-undang. Dalam R v Kansal (2002) umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat bahawa R v Lambert (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan tetapi tidak mahu menolak keputusan terdahulu mereka.
 
=== Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia ===
Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris. Satu duluan merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan. Doktrin ini menyatakan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila para hakim membicarakan satu kes mereka akan cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan harus mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan. Jika terdapat satu duluan dalam mahkamah yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin menimbangkannya. House of Lords di [[England]] tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga keadaannya dengan [[Mahkamah Persekutuan Malaysia|mahkamah persekutuan]] di [[Malaysia]], yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
 
Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya satu mahkamah yang tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa banyak kes yang didasarkan duluan berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.
 
=== Bagaimana para hakim menafsir duluan ===
Terdapat tiga peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir undang-undang dan ini disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai, termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang bagus.
 
Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting, iaitu ''Ejusdem generis'' (penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain" bermaksud haiwan belaan), ''Expressio unius est exclusio aleterius'' (kenyataan satu atau lebih perkara membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan ''Noscitur a sociis'' (satu perkataan mesti mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).
 
== Pengelakan ==
Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam realiti para hakim kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-alasan remeh. Juga, aayuan satu keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian. Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak mengikut keputusan mahkamah atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan salah satu daripada pihak-pihak yang terikat padanya.
 
===…dan …dan penentangan ===
Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan yang dibuat mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab [[duluan mengikat]]. Notakan juga yang duluan mengikat adalah berbeza dengan ''stare decisis'' yang merupakan keputusan mahkamah-mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama, dan membolehkan pembezaan berdasarkan "alasan yang kukuh" (lihat ''Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197, 202, 112 S. Ct. 560, 565 (1991).'')
 
=== Kepincangan ===
Di [[Amerika Syarikat]], ''stare decisis'' boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem mahkamah persekutuan dan sistem mahkamah [[Negeri Amerika Syarikat|negeri]]. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran undang-undang persekutuan pada peringkat daerah atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran [[Mahkamah Agung Amerika Syarikat]]. Dalam pentafsiran undang-undang negeri, sama ada ia merupakan [[common law]] atau [[undang-undang statut]], mahkamah persekutuan terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk duluan mahkamah menengah negeri juga.
 
Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin ''stare decisis'' kerana keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab kemunasabahannya digelar ''[[autoriti berpengaruh]]'' — sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad kepada alasan yang dikemukakannya.
 
== ''Stare decisis'' dalam sistem perundangan sivil ==
''Stare decisis'' tidak lazim digunakan dalam [[undang-undang sivil (sistem perundangan)|sistem perundangan sivil]] kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif boleh membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh mahkamah-mahkamah rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh ''[[Mahkamah Cassation (Perancis)|Cour de cassation]]'' dan ''[[Conseil d'État]]'' di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.
 
Dalam bindang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih panjang daripada yang terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan tulisan akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah mahkamah seperti mahkamah-mahkamah [[Jerman]] tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih mengambil berat mengenai argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.
 
== Ketulenan dan stare decisis ==
[[Ketulenan]], iaitu doktrin yang menyatakan bahawa pengertian penulisan sesuatu teks mesti diaplikasi, merupakan satu lawan kepada ''stare decisis'', tetapi tidak semestinya secara menyeluruh. Seperti yang dinotakan di atas, "''Stare decisis'' tidak lazimnya merupakan satu doktrin yang digunakan dalam sistem [[undang-undang sivil (sistem perundangan)|undang-undang sivil]] kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif berhak membuat undang-undang"; Hakim [[Antonin Scalia]] dalam bukunya ''A Matter of Interpretation'' (Suatu hal pentafsiran) yang Amerika merupakan satu negara undang-undang sivil dan bukannya negara common law dan dengan ini, para pemikir ketulenan tidak suka mengunapakai duluan apabila ia bertentangan dengan perlembagaan. Meskipun begini, Ketulenan adalah satu teori penafsiran berbanding pembinaan, dan masih terdapatnya ruang dalam pemikiran pentulen untuk ''stare decisis''; apabila [[peraturan pengertian literal|pengertian literal]] boleh membawa kepada maksud-maksud alternatif, keputusan lepas lazimnya dilihat sebagai satu panduan yang absah, dengan alasan bahawa ia tidak boleh menyangkal apa yang dikatakan oleh teks tulen.
 
Kemungkinan beliau telah mengubah pendiriannya, atau terdapat satu badan besar kes yang memerlukan "langkah tambahan sedemikian" tidak pedulikan doktrin itu; mengikut [[Scalia]], "[[Clarence Thomas]] langsung tidak mempercayai doktrin stare decisis. Jika satu autoriti perlembagaan salah, dia akan berkata, marilah kita betulkannya."<ref>{{cite paper | author=[[Jonathan Ringel|Ringel, Jonathan]] | title=The Bombshell in the Clarence Thomas Biography | publisher=[http://www.dailyreportonline.com/ Fulton County Daily Report] | date=2004 | url=http://www.law.com/jsp/article.jsp?id=1090180289132 }}</ref>
 
== Kebaikan dan keburukan ==
Terdapat banyak perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pengunaan [[undang-undang kes]] dibawah sistem sebegini. Penyokong sistem ini seperti [[Pengurangan (Kehakiman)|pengurang]] berpendapat yang pengikutan sistem duluan membuatkan keputusan "boleh diramal". Sebagai contoh, satu peniaga boleh dijamin keputusan yang menyelelahinya sekiranya fakta kesnya sama dengan fakta kes satu peniaga yang berjaya dalam satu kes lalu. Para pembangkang pula berpendapat yang sistem sebegini [[demokrasi|tidak demokratik]] kerana ia membenarkan para hakim yang tidak dipilih membuat undang-undang, atau bahawa ia memelihara kes-kes yang salah keputusannya. Satu balasan kepada bangkangan ini adalah jika [[legislatif]] ingin mengubah undang-undang kes (berlainan dengan pentafsiran perlembagaan) dengan [[statut]], ia boleh berbuat sedemikian. Pengkritik kadangkala menuduh sesetengah hakim dengan pengaplikasian doktrin secara rawak, dengan meluluskan duluan yang dipersetujuinya, dan membiarkan duluan yang tidak dipersetujui.
 
== Rujukan ==
<references />
 
== Pautan luar ==
* [http://peguamsyarie.org/?p=478 Peguam Syarie Menulis 28 Jan 09-Hakim syariah tak terikat mahkamah lebih tinggi.]
 
 
[[Kategori:Undang-undang kes]]
[[pt:Stare decisis]]
[[ru:Стоять на решённом]]
[[sr:Stare decisis]]
[[fi:Stare decisis]]
[[zh:遵循先例]]
76,388

suntingan

Menu pandu arah