Team Lotus (2010–11): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57: Baris 57:
== Keputusan ==
== Keputusan ==
([[:Templat:F1 driver results legend 2|kunci]])
([[:Templat:F1 driver results legend 2|kunci]])
{| class="wikitable" border="1" style="text-align:center; font-size:95%"
{| class="wikitable" border="1" style="text-align:center; font-size:89%"
|-
|-
! Tahun
! Tahun

Semakan pada 11:37, 16 Ogos 2012

Malaysia Lotus-Cosworth
Nama penuhLotus F1 Racing
PangkalanHingham, Norfolk, United Kingdom
Ketua pasukanTony Fernandes
CEORiad Asmat
Pengarah teknikalMike Gascoyne
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Bahrain 2010

Lotus Racing juga dikenali sebagai nama syarikatnya 1Malaysia F1 Team oleh media Malaysia[1][2][3] dan di parlimen,[4] ialah sebuah pasukan Formula Satu yang diberi kemasukan untuk Formula Satu musim 2010.[5]

Pasukan ini memperolehi kemasukannya setelah BMW mengumumkan mereka akan menarik diri daripada Formula Satu di akhir musim 2009. Mereka akan menyertai Virgin Racing dan Hispania Racing F1 Team sebagai pasukan baru untuk 2010.

Sejarah

Pembentukan

Lotus Racing dikendali oleh 1Malaysia F1 Team, iaitu usahasama Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan Malaysia[6] seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kerajaan sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini[7] selain melabur melalui Proton.[4]

Pasukan ini terbentuk setelah pasukan Litespeed F3 berjumpa dengan Tony Fernandes.[8] Litespeed pernah cuba menyertai musim 2010 sendiri dengan nama pasukan Lotus, tetapi gagal.

Ini menandakan kembalinya nama Lotus sebagai pengeluar kereta Formula Satu sejak musim 1994, ketika syarikat Team Lotus yang asal menarik diri dari sukan ini. Tiada apa-apa hubung kait antara pasukan baru dan lama tersebut selain namanya.

Tony Fernandes, pengasas dan CEO Malaysian-based Tune Ventures, pemilik syarikat penerbangan AirAsia adalah pengarah pasukan. Pada mulanya bercadang ntuk meletakkan jawatan selepas musim bermula,[9] beliau telah mengindikasikan beliau akan kekal memegang jawatannya.[10] Pengarah teknikal pasukan adalah Mike Gascoyne.[6]

Pihak pasukan mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd.[1] Asmat pernah bertugas sebagai Pengurus Besar di pejabat pengarah pengurusan Proton Holdings Berhad, di mana pada tahun 2006, beliau dipertanggungjawabkan membangunkan program sukan bermotornya, termasuk R3 dan Proton Axle Team, selain penglibatan syarikat ini dalam pasukan A1 Team Malaysia. Keith Saunt turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan yang menguruskan penyusunan teknikal di Britain, melapor kepada Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne. Saunt ditugaskan memantau operasi teknikal seharian di pangkalan pasukan di Hingham. Pengalaman Saunt dalam bidang teknikal F1 termasuk bersama Team Lotus International, Benetton, Renault dan Red Bull Racing, di mana beliau pernah bertugas sebagai ketua pegawai operasi dan pengarah Red Bull Technology.[11]

Pasukan itu pada awalnya akan berpangkalan di kemudahan RTN (Racing Technology Norfolk Ltd.) di Norfolk, UK, 10 batu daripada kilang Lotus Cars. Pusat rekaan masa depan pasukan mereka, R&D, pembuatan dan pusat teknikal akan dibina khas di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia.[6]

Pada 2 Mac 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa sebuah perjanjian penajaan telah ditandatangani dengan CNN.[12]

Musim 2010

Jarno Trulli memandu Lotus T127 semasa ujian pra-musim di Jerez.
Heikki Kovalainen tamat dalam kedudukan kelima belas semasa perlumbaan pertama, di Grand Prix Bahrain 2010.

Pembangunan kereta 2010 bermula lewat, kerana penerimaan lewat kemasukan pasukan. Bekerja dengan Fondtech pada aerodinamik, pasukan ini akan menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Cosworth,[6] dan kotak gear daripada Xtrac.[13] Reka bentuknya didedahkan pada awal Oktober 2009 melalui program terowong angin.[14]

Pada 14 November, Tony Fernandes memberitahu media bahawa pasukannya telah menandatangani pemandu pertamanya, tanpa mendedahkan namaya.[15] Sebulan kemudian, pihak pasukan mengumumkan nama-nama pemandunya untuk musim 2010, iaitu bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen, McLaren.[16] Pemandu Malaysia Fairuz Fauzy turut disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.[17]

Kereta 2010, T127, dicuba secara persendirian di Silverstone oleh Fauzy pada 9 Februari 2010.[18] Kereta ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Februari 2010 di London.[19]

Lotus Racing membuat penampilan sulung di Grand Prix Bahrain, apabila Kovalainen dan Trulli menghabiskan perlumbaan masing-masing di tempat ke-15 dan ke-17, walaupun Trulli menarik diri disebabkan masalah hidraulik di pusingan terakhir. Pada 27 Jun 2010, pasukan ini menyambut perlumbaan ke-500 dalam sejarah jenama Lotus. Pada musim ,Grand Prix British diketahui bahawa Lotus sedang berunding demi enjin Renault untuk musim 2011, di samping well as a formal renaming of the team to Team Lotus.[20][21]

Biarpun tidak meraih apa-apa mata, namun Lotus menghabiskan musim 2010 di tangga ke-10 kedudukan pengeluar muktamat, hasil tempat ke-12 yang diraih oleh Kovalainen di Grand Prix Jepun, mengatasi pasukan-pasukan baru lain, Hispania dan Virgin.

Musim 2011

Pada 5 Oktober 2010, Lotus Racing mengumumkan bahawa pihaknya menerima perjanjian dengan Red Bull Technology untuk bekalan kotak gear dan sistem hidraulik mulai tahun 2011.[22] Dalam penaiktarafan teknikal besar ini, ramai kakitangan Force India meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Lotus dan membantu pembangunan kereta.[23][24]

Pada 24 Oktober 2010, pasukan Lotus mengesahkan rancangan membina kemudahan terowong angin khas di pangkalannya di UK. Selain itu, Lotus dan pasukan GP2-nya, Team Air Asia bakal membesarkan operasi di tapak kilang sedia ada dengan alih dua lagi unit supaya Team Air Asia ada pangkalan tetap di samping operasi Lotus.[25] Pada 5 November 2010, Lotus mengesahkan persahabatan enjin bersama Renault selama dua tahun seterusnya.[26]

Pada 30 November 2010, FIA mengeluarkan senarai kemasukan musim 2011 yang mana Lotus Racing disenaraikan dengan nama "Team Lotus".[27] Untuk menunjukkan kelancaran rancangannya, Lotus menjenamakan semula kilangnya, menukar tapak web rasminya dan memperkenalkan logo barunya.[28]

Lotus mengumumkan pelancaran kereta baru mereka, Lotus T128 – menerusi saluran Internet pada 31 Januari 2011.[29]

Keputusan

(kunci)

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Mata WCC
2010 Lotus T127 Cosworth CA2010 V8 B BHR
AUS
MAL
CHN
ESP
MON
TUR
CAN
EUR
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
SIN
JPN
KOR
BRA
ABU
0 Ke-10
Itali Jarno Trulli 17 DNS 17 Ret 17 15 Ret Ret 21 16 Ret 15 19 Ret Ret 13 Ret 19 21
Finland Heikki Kovalainen 15 13 NC 14 DNS Ret Ret 16 Ret 17 Ret 14 16 18 16 12 13 18 17
2011 Lotus T128 Renault RS27-2011 V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 0 Ke-10
Finland Heikki Kovalainen Ret 15 16 19 Ret 14 Ret 19 Ret 16 Ret 15 13 16 18 14 14 17 16
Itali Jarno Trulli 13 Ret 19 18 18 13 16 20 Ret Ret 14 14 Ret 19 17 19 18 18
India Karun Chandhok 20

Pemandu diklasifikasikan walaupun tidak menghabiskan perlumbaan.

Rujukan

  1. ^ a b Riad Asmat From Proton Is New 1Malaysia F1 Racing Team CEO, Bernama 30 Oktober 2009. Diterima pada 2009-10-31.
  2. ^ 1Malaysia F1 team to be formed (Update 2) The Star, 15 September 2009. Diterima pada 2009-10-31.
  3. ^ 1 Malaysia F1 Team, Tony to lead, Blogspot 1 September 2009. Retrieved 2009-10-30.
  4. ^ a b (Parliament) Pelaburan Kerajaan dalam Pasukan F1 Malaysia, Ornithopter (Blogspot), 30 Oktober 2009. Diterima pada 2009-10-31.
  5. ^ "2010 FIA Formula One World Championship - New Entries". Fédération Internationale de l'Automobile. 15 September 2009. Dicapai pada 17 September 2009.
  6. ^ a b c d "Lotus confirmed for 2010 as FIA pushes for 14 teams". The Official Formula 1 Website. 15 September 2009. Dicapai pada 15 September 2009.
  7. ^ No govt equity in 1Malaysia F1 Team project, The Star Online, 26 September 2009. Retrieved 2009-10-31.
  8. ^ "Exclusive Q&A with Lotus's Tony Fernandes". The Official Formula 1 Website. 2009-09-25. Dicapai pada 2009-11-29.
  9. ^ Noble, Jonathan (2009-09-18). "Lotus boss plans to step down soon". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2009-09-18.
  10. ^ "Italy's Jarno Trulli heads Lotus F1 shortlist". BBC Sport. BBC. 2009-12-09. Dicapai pada 2010-02-28.
  11. ^ 1 Malaysia Lotus F1 appoints former Proton GM as CEO, The Malaysian Insider, 31 October 2009. Retrieved 2009-10-31.
  12. ^ Elizalde, Pablo (2010-03-02). "Lotus Racing joins forces with CNN". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-03-02.
  13. ^ "Lotus target February car launch". BBC News. 2009-10-15. Dicapai pada 2009-10-15.
  14. ^ Lotus reveals 2010 F1 design, Racecar Engineering, 14 Oktober 2009. Diterima pada 31 Oktober 2009.
  15. ^ "BBC SPORT | Motorsport | Formula 1 | Lotus F1 team sign first driver". BBC News. 2009-11-14. Dicapai pada 2009-11-27.
  16. ^ "Prime Minister announces Lotus F1 Racing 2010 drivers - Lotus F1 Fan Site". Dicapai pada 2009-12-14.
  17. ^ "Trulli, Kovalainen confirmed at Lotus". autosport.com. Haymarket Publications. 2009-12-14. Dicapai pada 2009-12-23.
  18. ^ "'Big moment' as Lotus F1 completes shakedown". crash.net. Crash Media Group. 2010-02-10. Dicapai pada 2010-12-24.
  19. ^ Elizalde, Pablo (2010-01-14). "Lotus reveals 2010 car launch date". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-01-14.
  20. ^ Benson, Andrew (2010-07-12). "Lotus set to switch to Renault engines next season". BBC Sport. Silverstone Circuit, Silverstone: BBC. Dicapai pada 2010-07-13.
  21. ^ "Cosworth, Lotus agree to end deal". Autosport. Haymarket Publications. 2010-09-12. Dicapai pada 2010-09-12.
  22. ^ "Lotus to use Red Bull gearbox in 2011". ESPN F1. ESPN Emea Ltd. 2010-10-05. Dicapai pada 2010-10-05.
  23. ^ Noble, Jonathan; Elizalde, Pablo (2010-10-18). "Green to replace Smith at Force India". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-10-18.
  24. ^ Collantine, Keith (2010-06-02). "Mark Smith leaves Force India for Lotus". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 2010-10-18.
  25. ^ "Wind Tunnel Lays Foundation For Future Success". lotusracing.my. Lotus Racing. 2010-10-24. Dicapai pada 2010-10-26.
  26. ^ "Renault Engine Partnership". lotusracing.my. Lotus Racing. 2010-11-05. Dicapai pada 2010-11-05.
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FIA021210 tidak disediakan
  28. ^ Noble, Jonathan (21 December 2010). "Team Lotus rebrands factory". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 22 December 2010.
  29. ^ Noble, Jonathan (25 January 2011). "Lotus to unveil new car online". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 26 January 2011.

Pautan luar