Peribahasa bermula dengan huruf "R": Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Adikhebat (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 62: Baris 62:


[[Kategori:Peribahasa|R]]
[[Kategori:Peribahasa|R]]
{{Senarai peribahasa}}

Semakan pada 13:54, 4 Disember 2012

Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "R".

Peribahasa Maknanya
Rebung tidak jauh dari rumpun. Perangai anaknya tidak jauh dari perangai bapanya.
Rebung tidak miang, bembam pula yang miang. Orang yang bersangkutan berdiam diri orang lain yang campur tangan.
Retak-retak mentimun. Retak halus yang hanya di luar sahaja.
Retak menanti belah. Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.
Retak kayu boleh disimpan, retak pinggan susah hilangnya. Perselisihan kecil boleh didamaikan tetapi perselisihan besar sukar dilupakan.
Rezeki harimau. Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jika beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan.
Rezeki mata. Sesuatu perkara yang sedap dipandang.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Bersama-sama dalam suka dan duka. (Bergotong-royong dalam mengerjakan sesuatu perkara.)
Ringan tulang, berat perut. Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.
Rumah buruk disapu cat. Orang tua yang suka bersolek.
Rumah gendang bersendi perak. Orang bangsawan dan kaya pula.

Rujukan

  • Kamus perdana peribahasa Melayu (Penulis A. Aida dan Siti Nursakinah) Terbitan Al-Hidayah

Pautan luar

Senarai peribahasa mengikut huruf
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z .