Orbit: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TjBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: be:Арбіта
KamikazeBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar tl:Orbito (astronomiya) kepada tl:Ligiran
Baris 103: Baris 103:
[[fi:Kiertorata]]
[[fi:Kiertorata]]
[[sv:Omloppsbana]]
[[sv:Omloppsbana]]
[[tl:Orbito (astronomiya)]]
[[tl:Ligiran]]
[[th:วงโคจร]]
[[th:วงโคจร]]
[[vi:Quỹ đạo]]
[[vi:Quỹ đạo]]

Semakan pada 01:43, 24 Januari 2013

Dua buah objek dengan jisim yang sedikit berbeza mengelilingi suatu pusat massa bersama. Ukuran, dan jenis orbit seperti ini mirip dengan sistem Pluto-Charon.

Di dalam fizik, orbit merupakan satu jalan/landasan yang dilalui oleh objek mengelilingi satu titik atau jasad, sebagai contoh sebuah orbit bergraviti sebuah planet mengelilingi sebuah bintang.

Dari segi sejarah, pergerakan nyata planet-planet pertama kali difahami secara geometri (dan bukan merujuk kepada graviti) di dalam istilah epicycle yang mana ia adalah jumlah beberapa pergerakan membulat. [1] Teori-teori yang meramalkan laluan planet-planet adalah cukup baik, sehingga Johannes Kepler dapat menunjukkan bahawa pergerakan planet-planet sebenarnya (sekurang-kurangnya) adalah pergerakan elips.[2]

Di dalam buku Principia karangan Isaac Newton (1687), Newton mengambil apa yang dikenali sekarang sebagai Hukum-hukum Kepler mengenai pergerakan planet dari satu teori berdasarkan daya graviti semesta.[3] Kemudian, Teori umum relativiti oleh Albert Einstein membolehkan kita mengira graviti disebabkan lengkungan ruang-masa, dengan orbit-orbit mengikuti geodesik.

Sejarah

Isaac Newton menunjukkan bahawa hukum gerakan planet Kepler atau hukum Kepler dapat di turunkan dari teori graviti. Pada umumnya, gerakan sesuatu benda dalam lingkungan pengaruh graviti merupakan lintasan yang berbentuk hirisan kerucut. Newton kemudian menunjukkan bahawa sepasang benda akan saling mengitari dengan jarak yang berbanding terbalik dengan jisimnya dan sekitar titik pusat jisim gabungan dari kedua benda tadi. Bila salah satu benda jauh lebih besar jisim dari yang satu kagi, maka titik pusat jisim nya akan mendekati titik pusat jisim benda yang lebih besar tadi.

Rujukan

  1. ^ Encyclopaedia Britannica, 1968, vol. 2, p. 645.
  2. ^ M Caspar, Kepler (1959, Abelard-Schuman), at pp.131–140; A Koyré, The Astronomical Revolution: Copernicus, Kepler, Borelli (1973, Methuen), at pp.277–279.
  3. ^ Kuhn, The Copernican Revolution, pp 238, 246–252

Orbit Bumi

Gerakan bumi terhadap matahari dengan bentuk elips. Bumi mengorbit mengelilingi matahari manakala bulan bergerak mengelilingi bumi.

Peranan dalam evolusi teori atom

Ketika struktur atom pertama di selidiki pada awal abad ke-20, atom digambarkan sebagai sistem suria kecil yang terikat dengan Daya Coulomb. Model ini tidak selari dengan elektrodinamik dan model ini secara perlahan-lahan diperbaiki seiring dengan perubahan teori kuantum. Akan tetapi, masih ada istilah peninggalan "orbit" untuk menggambarkan keadaan tenaga elektron dalam mengitari nukleus atom.