Kod Antarabangsa Tatanama Botani: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
JYBot (bincang | sumb.)
Baris 33: Baris 33:
[[es:Código Internacional de Nomenclatura Botánica]]
[[es:Código Internacional de Nomenclatura Botánica]]
[[eo:Internacia Kodo de Nomenklaturo por algoj, fungoj kaj plantoj]]
[[eo:Internacia Kodo de Nomenklaturo por algoj, fungoj kaj plantoj]]
[[fa:قوانین جهانی نامگذاری برای جلبک‌ها، قارچ‌ها و گیاهان]]
[[fa:قوانین جهانی نام‌گذاری برای جلبک‌ها، قارچ‌ها و گیاهان]]
[[fr:Code international de nomenclature pour les algues, les champignons et les plantes]]
[[fr:Code international de nomenclature pour les algues, les champignons et les plantes]]
[[ko:국제식물명명규약]]
[[ko:국제식물명명규약]]

Semakan pada 19:57, 10 Februari 2013

Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) merupakan satu set aturan dan cadangan yang berkaitan dengan nama botani formal untuk tumbuhan-tumbuhan. Tujuannya adalah bahawa setiap kumpulan taksonomi tumbuhan (takson) harus mempunyai hanya satu nama benar yang diterima secara sejagat. Nilai sebuah nama saintifik terdiri daripada fakta bahawa ia merupakan sebuah label; namanya tidak harus mempunyai nilai deskriptif, ataupun tepat.

  • Prinsip yang menjadi pedoman untuk tatanama botani ialah keutamaan. ICBN menetapkan tarikh permulaan rasmi untuk tatanama tumbuhan sebagai 1 Mei 1753, iaitu tarikh penerbitan Species Plantarum oleh Linnaeus (atau tarikh-tarikh yang lebih lewat untuk kumpulan-kumpulan dan aras-aras yang tertentu).
  • Nama botani ditetapkan pada setiap takson melalui jenis. Jenis-jenis hampir selalu merupakan bahan-bahan tumbuhan yang kering dan biasa disimpan dan dipeliharakan di dalam herbarium. Banyak koleksi jenis boleh dilihat dalam talian di tapak web herbarium yang berkaitan.

Kedua-dua prinsip ini dikawal dan dihadkan. Untuk mengelakkan kesan-kesan keutamaan yang tidak diingini, pemuiharaan nama adalah mungkin. Tidak terdapat banyak peraturan yang ketat untuk aras-aras yang lebih tinggi daripada aras famili (untuk contohnya, sila lihat nama botani deskriptif).

ICBN hanya boleh ditukar oleh Kongres Antarabangsa Botani (IBC), bersama-sama dengan Persatuan Antarabangsa Taksonomi Tumbuhan yang membekalkan infrastruktur sokongan. Edisi terkini ialah Kod St. Louis (2000) yang boleh didapati dalam talian. Ini berdasarkan keputusan-keputusan IBC XVI di St. Louis pada tahun 1999. Kod ini didahului oleh Kod Tokyo (1994) yang juga boleh didapati dalam talian. Menyusul IBC XVII di Vienna pada tahun 2005, Kod Vienna (2006) akan diterbitkan. Setiap edisi baru menggantikan edisi-edisi yang dahulu dan diundurkan tarikh ke 1753 (kecuali jika dihadkan dengan nyata).

Tatanama botani tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tatanama zoologi dan bakteriologi yang ditentukan oleh kod masing-masing (sila lihat Kod Tatanama). ICBN digunakan bukan sahaja untuk tumbuhan-tumbuhan seperti yang ditakrif sekarang, tetapi juga untuk organisma-organisma lain yang dikaji oleh ahli-ahli botani. Ini termasuk:

Tumbuhan-tumbuhan tanaman mempunyai kod yang berasingan. Ini memberikan peraturan-peraturan dan cadangan-cadangan tambahan.


Pautan luar