Carl Linnaeus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Carolus Linnaeus)
Carl Linnaeus (Carl von Linné)
Potret Carl von Linné, Alexander Roslin, 1775. Kini dimiliki dan dipamerkan di Akademi Sains Diraja Sweden.
Kelahiran(1707-05-13)13 Mei 1707 (lihat catatan rencana:[1])
Meninggal duniaJanuari 10, 1778(1778-01-10) (umur 70)
WarganegaraSweden
Pusat pendidikanUniversiti Lund
Universiti Uppsala
Universiti Harderwijk
Terkenal keranaTaksonomi
Ekologi
Botani
Kerjaya saintifik
BidangZoologi, Perubatan, Botani
Author abbrev. (botany)L.
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Linnaeus menggunakan nama Carl von Linné setelah dikurniakan gelaran von dari kebangsawanan pada tahun 1761. Beliau merupakan bapa kepada Carolus Linnaeus yang Muda.

Carl Linnaeus (dilatinkan sebagai Carolus Linnaeus, gelaran kebangsawanan Mengenai audio ini Carl von Linné  , 23 Mei [G.L.: 12 Mei] 1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli botani, fizik dan zoologi berbangsa Sweden yang mendirikan asas kepada skim tatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada taksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu ekologi moden.

Linnaeus lahir di perkampungan Småland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan patronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di Universiti Uppsala dan mula mensyarah ilmu botani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama Systema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di Uppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.

Ahli falsafah Switzerland Jean-Jacques Rousseau mengutuskan serangkap surat kepada Linnaeus: "Beritahunya saya tidak mengenali sesiapa yang lebih hebat di bumi."[2] Penulis Jerman Johann Wolfgang von Goethe menulis: "Kecuali Shakespeare dan Spinoza, saya tidak mengenali sesiapa yang sudah meninggal yang begitu besar pengaruhnya kepada saya."[2] Penulis Sweden August Strindberg menulis: "Hakikatnya, Linnaeus ialah seorang pemuisi yang kebetulan pula menjadi ilmuwan alam".[3]

Dalam bidang botani, singkatan penulis yang digunakan untuk menandakan Linnaeus sebagai penentu nama spesies adalah sekadar L.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ “Carl Linnaeus lahir Råshult, Småland, pada 13 Mei 1707 (gaya Sweden) atau 23 Mei mengikut takwim zaman sekarang.” Petikan: Linnaeus the child by Uppsala University. Mengikut kalendar Julius, beliau lahir pada 12 Mei.
  2. ^ a b "What people have said about Linnaeus", Uppsala University website "Linné on line" English language version.
  3. ^ Linnaeus deceased Uppsala University website "Linné on line" English language version.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]