Mahmud Abbas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot menambah: lv:Mahmūds Abāss
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3: Baris 3:
|nationality=Palestinian
|nationality=Palestinian
|smallimage=Mahmoud Abbas 2007.jpg
|smallimage=Mahmoud Abbas 2007.jpg
|order=[[Presiden|Presiden Pihak Berkuasa Palestin]] ke-2
|order=[[Presiden Palestin]] ke-3
|term_start=[[15 Januari]] [[2005]]
|term_start=[[15 Januari]] [[2005]]
|term_end=
|term_end=
Baris 13: Baris 13:
|party=[[Fatah]]
|party=[[Fatah]]
}}
}}
'''Mahmoud Abbas''' ({{lang-ar|محمود عباس}}, dikenali secara popular sebagai '''Abu Mazen''', ابو مازن; lahir 26 Mac 1935) merupakan Presiden [[Palestin]] dan [[Pihak Berkuasa Palestin]] (PNA) sejak 15 Januari 2005.
'''Mahmoud Abbas''' ({{lang-ar|محمود عباس}}, dikenali secara popular sebagai '''Abu Mazen''', ابو مازن; lahir 26 Mac 1935) merupakan [[Presiden Palestin]] dan [[Pihak Berkuasa Palestin]] (PNA) sejak 15 Januari 2005.


Abbas adalah pemimpin politik utama dalam Fatah. Dia bermula sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin pada Mac hingga Oktober 2003. Kemudian dia meletak jawatan kerana dituduh berkomplot dengan Israel dan Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat sendiri tidak memberi bantuan kepada kerajaan Palestin yang baru ditubuhkan.
Abbas adalah pemimpin politik utama dalam Fatah. Dia bermula sebagai [[Perdana Menteri Palestin]] pada Mac hingga Oktober 2003. Kemudian dia meletak jawatan kerana dituduh berkomplot dengan Israel dan Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat sendiri tidak memberi bantuan kepada kerajaan Palestin yang baru ditubuhkan.


Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin, beliau mengetuai Jabatan Perundingan PLO. Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas [[Yasser Arafat]] meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh [[Hamas]] lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan [[Israel]] dan kuasa Barat.
Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin, beliau mengetuai Jabatan Perundingan PLO. Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas [[Yasser Arafat]] meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh [[Hamas]] lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan [[Israel]] dan kuasa Barat.

Semakan pada 09:59, 21 Februari 2013

محمود عباس
Mahmoud Abbas
Presiden Palestin ke-3
Memegang jawatan
15 Januari 2005
Didahului olehYasser Arafat
Butiran peribadi
Lahir (1935-03-26) 26 Mac 1935 (umur 89)
British Mandate of Palestine Safed, Mandat British Palestin
KerakyatanPalestinian
Parti politikFatah
PasanganAmina Abbas

Mahmoud Abbas (Arab: محمود عباس, dikenali secara popular sebagai Abu Mazen, ابو مازن; lahir 26 Mac 1935) merupakan Presiden Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) sejak 15 Januari 2005.

Abbas adalah pemimpin politik utama dalam Fatah. Dia bermula sebagai Perdana Menteri Palestin pada Mac hingga Oktober 2003. Kemudian dia meletak jawatan kerana dituduh berkomplot dengan Israel dan Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat sendiri tidak memberi bantuan kepada kerajaan Palestin yang baru ditubuhkan.

Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin, beliau mengetuai Jabatan Perundingan PLO. Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh Hamas lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan Israel dan kuasa Barat.

Pada 15 Januari 2006 dia mengistihar bahawa walaupun Gaza tidak aman, dia tidak akan menukar tarih pilihan raya (25 Januari), kecuali jika Israel memutuskan untuk menghalang rakyat Palestin di Jerusalem Timur dari mengundi [1]. Hamas memenangi majoriti undi dalam Majlis Perundangan Palestin dalam pilihan raya ini [2].

Abbas kemudiannya cuba merampas kuasa dengan memaksa Hamas menyerahkan senjata dan menangkap beberapa orang pemimpin Hamas. Hamas kemudiannya membuat kejutan dengan membuat serangan balas. Pada 14 Julai 2007, Abbas telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan kabinetnya selepas Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza melalui serangan bersenjata. Beliau melantik Salam Fayyad (bebas) sebagai Perdana Menteri baru. Berikutan tindakan itu, Amerika Syarikat telah menghentikan sekatan bantuan kepada penduduk Palestin.

Kini Tebing Barat Palestin dikuasai Fatah melalui Pihak Berkuasa Palestin manakala Jalur Gaza dipegang oleh Hamas.

Biografi

Mahmoud Ridha Abbas telah dilahirkan pada 1935 di Safed, satu kawasan Palestin yang dikuasai oleh British. Keluarganya menjadi pelarian sejak 1948 ke Syria. Di Syria dia menuntut di Universiti Damsyik sebelum pergi ke Mesir - jurusan undang-undang.

Kemudian ke universiti di Moscow, Rusia dan mendapat Ph.D pada tahun 1982 dalam jurusan sejarah. Disertasi kedoktoran beliau ialah tentang Hubungan Rahsia Di Antara Nazi dan Para Pemimpin Gerakan Zionis.

Pada 1984 buku berdasarkan disertasi Ph.D Abbas telah dicetak dalam bahasa Arab di Jordan. Buku ini mendapat kritikan banyak pihak kerana Mahmoud Abbas mengkritik bilangan mangsa peristiwa Holocaust. Katanya mangsa sebenar hanya ribuan sahaja, tidak sampai 6 juta.

Pada Mei 2003 Mahmoud Abbas ditemubual oleh Haaretz, Abbas menyatakan:

"Saya menulis dengan terperinci mengenai Holocaust dan tidak mahu berbincang tentang bilangan sebenar kerana angka-angka yang diberikan amat berbeza. Ada sejarawan menulis terdapat 12 juta mangsa dan lagi menulis terdapat 800,000. Saya tidak berhasrat untuk berhujah dengan angka-angka. Holocaust adalah satu jenayah dahsyat, tidak dapat dimaafkan dengan pembentukan negara Yahudi, suatu jenayah yang bertentangan dengan kemanusiaan yang tidak boleh diterima oleh manusia. Holocaust adalah satu perkara yang dahsyat dan tidak ada orang boleh menuntut saya menafikan ia."

Rujukan

  1. ^ Abbas: Palestinian polls on schedule (Aljazeera) 15 Januari 2006
  2. ^ Abbas Threatens Hamas With New Elections (INN) 8 Oktober 2006