Identiti Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 3103543 oleh Williomho (Perbincangan)
k →‎Jata: svg
Baris 5: Baris 5:


==Jata==
==Jata==
[[Imej:Lambang_nsembilan.png|thumb|350px|Jata Negeri Sembilan]]
[[Imej:Emblem of the state of Negeri Sembilan.svg|thumb|150px|Jata Negeri Sembilan]]
Sembilan tangkai [[padi]] di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan [[Negeri Sembilan]] yang lama.
Sembilan tangkai [[padi]] di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan [[Negeri Sembilan]] yang lama.



Semakan pada 14:15, 26 Julai 2013

Bendera

Bendera Negeri Sembilan

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Jata

Fail:Emblem of the state of Negeri Sembilan.svg
Jata Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.

Lagu

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911.

Peta

Peta Negeri Sembilan