Pepaya (drama): Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 2: | Baris 2: | ||
|show_name = Pepaya |
|show_name = Pepaya |
||
|starring = [[Zul Yahya]]<br>[[Norkhiriah]] |
|starring = [[Zul Yahya]]<br>[[Norkhiriah]] |
||
⚫ | |||
|country = {{MYS}} |
|country = {{MYS}} |
||
|language = [[Bahasa Malaysia|Malaysia]] |
|language = [[Bahasa Malaysia|Malaysia]] |
||
|country = {{MYS}} |
|country = {{MYS}} |
||
|language = [[Bahasa Malaysia|Malaysia]] |
|language = [[Bahasa Malaysia|Malaysia]] |
||
⚫ | |||
|num_seasons = 2 |
|num_seasons = 2 |
||
|num_episodes= 26 |
|num_episodes= 26 |
Semakan pada 16:43, 8 November 2017
Pepaya | |
---|---|
Dibintangi oleh | Zul Yahya Norkhiriah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 |
Penyiaran | |
Siaran asal | 18 Ogos 2008 – 9 Februari 2009 |
Pepaya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang dibintangi oleh Zul Yahya sebagai seorang lelaki lurus bendul yang bertukar menjadi adiwira perkasa dengan hanya memakan betik. Siri ini disiarkan melalui slot Aksi di TV3, setiap Isnin, 9 malam, mulai 18 Ogos 2008 hingga 9 Februari 2009.
Penerbitan
Siri Pepaya nyata mendapatkan ilham dari kartun Popeye, seorang kelasi yang menguatkan diri dengan memakan bayam. Zul Yahya sendiri yang menyalurkan ilham itu, dan beliau menerangkan buah betik sebagai pilihan kerana "buah betik adalah buah-buahan tempatan dan cukup berkhasiat terutamanya untuk pelawasan perut". Auki Zul beliau asalnya memilih buah pisang, tetapi khuatir timbulnya pula "masalah lain apabila menghasilkan kostum, mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton."[1]
Untuk menjelaskan watak Yahya sebagai lelaki lurus bendul, jelas Zul, "Yahya seorang lelaki pertengahan usia yang lurus. Selalunya lelaki lurus banyak kelebihan, jujur dan tidak pandai menipu, kerana itu wataknya perlu sebegitu (kelam-kabut). Bagi saya jarang orang handsome bersikap jujur kerana kebanyakan mereka berpotensi bercakap bohong."[1]
Kostum adiwira Pepaya menampilkan sepasang tangan besar buatan getah seberat 5kg sebelah.[1] Zul mengulas "Untuk penuhi kehendak cerita ini, saya perlu memakai kostum yang diperbuat daripada getah itu. Bayangkan, sebelah tangan sahaja dah 5kg. Jadi, untuk dua belah tangan dah berapa? Susah juga saya nak pikul benda tu."[2]
Rujukan
- ^ a b c Syaliza Shapiansuri (27 Ogos 2008). "Superhero Lurus Bendul?". gua.com.my. Dicapai pada 24 April 2010.
- ^ Siti Azira Abd Aziz (18 Ogos 2008). "Zul Yahya: 'Pepaya' versi 'Popeye' mampu pikat penonton". mStar Online. Dicapai pada 24 April 2010.
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Pepaya (18 Ogos 2008 – 9 Februari 2009) |
Berikutnya |
Impak Maksima | Rempit vs Impak Maksima |