Bahasa Malaysia
Ljkko
Bahasa Malaysia | |
---|---|
بهاس مليسيا | |
Asli di | ![]() |
Penutur asli | 10.3 juta penutur asal[1] (tiada tarikh) |
Keluarga bahasa | |
Sistem penulisan | Tulisan Rumi (rasmi) dan Jawi [2] |
Status rasmi | |
Dikawal oleh | Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (Brunei) Majlis Bahasa Melayu Singapura (Singapura) |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | zsm |
Bahasa Malaysia adalah sebuah bentuk standard bahasa Melayu yang dipiawaikan mengikuti tetapan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar etnik minoriti negara Malaysia.[3] Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[4]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan negara itu secara tepat dan muktamad.
Ada pihak[nyatakan menurut siapa?] yang menganggap "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu, wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[5][6]
Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya adalah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.[7][8][9] Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.[10]
[sunting | sunting sumber]
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
Dalam zaman pascamoden, Bahasa Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan Rumi dan kadangkalanya dalam tulisan Jawi untuk pengupacaraan agama. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tulisan tersebut paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, tetap ada pelbagai usaha yang dilancarkan untuk menghidupkan semula kaedah penulisan Jawi.
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia pula merujuk kepada sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada tanggal 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
Skop penggunaan[sunting | sunting sumber]
Bahasa Malaysia dijadikan bahasa rasmi tunggal di Semenanjung Malaysia pada 1968, dan di Sabah dan Sarawak mulai 1974. Walaupun status Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi disangkalkan dan penglibatannya dalam hal ehwal pentadbiran dikurangkan, Bahasa Inggeris turut merupakan sebuah bahasa kedua yang penting.
Pengaruh daripada bahasa asing[sunting | sunting sumber]
Pengaruh Bahasa Jawa[sunting | sunting sumber]
Bahasa pasar[sunting | sunting sumber]
Sejak zaman kuno, Bahasa Malaysia telah lama banyak menyerap pengaruh bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Portugis, Jawa, Arab dan sebagainya.[11]
Pengaruh Sanskrit[sunting | sunting sumber]
Pengaruh Portugis[sunting | sunting sumber]
Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[12] Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:
Bahasa Portugis | Bahasa Melayu |
---|---|
Armário | Almari |
Bola | Bola |
Camisa | Kemeja |
Dado | Dadu |
Garfo | Garpu |
Igreja | Gereja |
Limão | Limau |
Manteiga | Mentega |
Domingo | Minggu |
Padre | Paderi |
Toalha | Tuala |
Janela | Jendela |
Escola | Sekolah |
Sabado | Sabtu |
Sabão | Sabun |
Sapato | Sepatu |
dan penggunaan kontemporari[sunting | sunting sumber]
Zaman kontemporari telah memperlihatkan perkembangan perbendaharaan bahasa pasar dalam Bahasa Malaysia. Antara perbendaharaan tersebut diwujudkan ekoran perpendekan bahasa asal. Bahasa ini tidak dikenali generasi lama. Antara perkataan tersebut. awek/cewek (perempuan); balak/cowok (lelaki); gak/nggak (tidak); no usha (tinjau); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (teruk, mutu rendah) dan lain-lain. Kata ganti nama majmuk baharu telah dibentuk daripada kata ganti nama asal dan perkataan orang. Contohnya, kitorang (kita + orang, ganti kami); korang (kau + orang, "kamu semua"); diorang atau derang (dia + orang, "mereka").
Antara perkataan yang digunakan dalam abad ke-21:
Perkataan
Tidak Rasmi |
Perkataan Rasmi |
---|---|
bleh/leh | boleh/dapat |
tak leh | tidak boleh/tidak dapat |
ko | engkau/kamu/awak |
nape | kenapa |
camne | macam mana/bagaimana |
gi/pegi | pergi |
kat | dekat/di |
ne | mana |
tau | tahu |
je/aja | sahaja |
a'ah | ya |
awek/minah | teman wanita |
pakwe/balak/mamat | teman lelaki |
skodeng | mengintai |
cun | cantik/lawa |
jom | mari/ayuh |
poyo/selenge | teruk/buruk |
blah | beredar |
meh | mari |
apsal/sal | apa pasal/apa hal |
tak yah | tidak payah |
pastu | selepas itu/habis itu |
amik | ambil |
pekena | makan/minum |
camtu | macam itu |
Dasar penggunaan Wikipedia bahasa Melayu, sebagai nama judul Wikipedia versi bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]
Untuk maklumat lanjut, sila lihat Wikipedia:Soalan-soalan lazim
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ethnologue report for language code: zsm. Ethnologue.com. Retrieved on 2010-10-19.
- ^ [http://thestar.com.my/news/story.asp?
file=/2008/8/26/nation/22168989&sec=nation "Kedah MB defends use of Jawi on signboards"] Periksa
|url=
value (bantuan). The Star. 26 Ogos 2008. line feed character dalam|url=
pada kedudukan 38 (bantuan) - ^ Ethonologue, "Standard Malay"
- ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
- ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152
- ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
- ^ Zam Kesal Masih Ada Media Guna Istilah Bahasa Melayu. BERNAMA, 4 Jun 2007
- ^ Keputusan Tukar B.Melayu Kepada B.Malaysia Elak Polemik - Najib. BERNAMA, 4 Jun 2007
- ^ It's Malaysian language, not Melayu. Channel NewsAsia, 4 Jun 2007
- ^ Penggunaan Istilah Bahasa Malaysia Dan Bukan Bahasa Melayu Muktamad, Kata Zainuddin. BERNAMA, 5 November 2007
- ^ Sneddon, James N. "The Indonesian Language: it's history and role in modern society".
- ^ http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- The Extent of the Influence of Tamil on the Malay Language: A Comparative Study - Dr. T.Wignesan(This paper was given at the VIIIth World Tamil Studies Congress, held in the Tamil University in Tanjavur, India, on December–January 1994-95 Now published in the critical collection: T.Wignesan. Sporadic Striving amid Echoed Voices, Mirrored Images & Stereotypic Posturing in Malaysian-Singaporean Literatures. Allahabad: Cyberwit.net, 2008, xix-244p.)
- Dewan Bahasa dan Pustaka
- Kamus Bahasa Melayu Malaysia - Dewan Bahasa dan Pustaka
- Aplikasi Web Dalam Talian Melayu dengan 40 Pelajaran Percuma Berinteraktif
- Kamus Dalam Talian Melayu - Inggeris (daripada Melayu kepada Inggeris sahaja) daripada Webster's Dictionary
- Kamus Melayu Inggeris
- Online Malay Text-to-Speech Demo
- The Malay Spelling Reform, Asmah Haji Omar, (Journal of the Simplified Spelling Society, 1989-2 pp. 9–13 kemudian dinamakan J11)
- Pogadaev, V.A., Rott, N. V. Kamus Bahasa Rusia - Bahasa Malaysia. Lebih kurang 30 000 perkataan. Moscow: Russky Yazik, 1986