Ahmad Jais: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TottyBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: id:Ahmad Jais
Baris 99: Baris 99:
[[Category:Penyanyi Lelaki Malaysia]]
[[Category:Penyanyi Lelaki Malaysia]]
[[Category:Penyanyi]]
[[Category:Penyanyi]]

[[id:Ahmad Jais]]

Semakan pada 19:50, 27 Disember 2007

Ahmad Jais
Fail:Ahmadjais.jpg
Dato' Ahmad Jais
Latar belakang
Nama lahirMohd Jais Ahmad
Berasal dari Kapar, Kelang, Malaysia
GenrePop,
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokalis
Tahun aktif1965–kini

Datuk Ahmad Jais merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Biodata

Nama : Mohd Jais Ahmad
Lahir: 28 Mac 1936
Asal: Kapar, Kelang, Selangor
Lagu Popular: Gelisah, Lembaran Terakhir, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Bahtera Merdeka, Azizah, Kucupan Azimat, Di Ambang Sore, Takwa Iman dan Umpan Jinak Di Air Tenang.
Anugerah: Juara lagu asli 1959 & 1960, Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002, Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.
Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 2006.
Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Lantang dan lemak merdu. Tiada lain sepertinya hanya Abang Mat nan satu. Demikian panggilan yang lebih disenangi penyanyi lagu asli dan langgam sepanjang zaman, Ahmad Jais atau nama sebenarnya, Mohd Jais Ahmad. Biarpun baru menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena [[Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-63, penyanyi handalan era 1960-an ini masih lagi Abang Mat yang dulu. Suara emas beliau tiada tandingan.

Paling tidak pun, setiap kali Aidilfitri menjelma, lagu dendangan beliau, Selamat Hari Raya menjadi salah sebuah lagu wajib untuk menaikkan semangat orang Melayu berhari raya! Jika auranya tidak kuat, masakan lagu Umpan Jinak Di Air Tenang mampu dinyanyikan dengan baik oleh pelajar Akademi Fantasia (AF4), Hazwan Haziq Rosebi, (Haziq), 18, dalam Konsert Prelude, baru-baru ini. Tambah mengejutkan lagi, suara Haziq saling tidak tumpah macam suara Abang Mat!

Kerjaya Penyanyi

Dilahirkan pada 1936, darah muda serta nekad mencari peluang sebagai anak seni membawa Ahmad Jais berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957. Di sini, beliau mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Kota Singa untuk lagi mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage Bhd dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Kata orang, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Senarai Lagu-lagu

  1. Berilah Jawapan
  2. Berpisah Jauh
  3. Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
  4. Bukti Jadi Sejarah
  5. Dewi Rindu
  6. Dikau Sumber Ilhamku
  7. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  8. Hujan Semalam
  9. Jauh-jauh
  10. Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
  11. Kau Pergi Tanpa Relaku
  12. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  13. Kembali Untukku
  14. Khayal Penyair (S. Effendi)
  15. Lagu Rindu
  16. Lambaian Terakhir
  17. Menanti Di Esok Hari
  18. Mungkin Bersama
  19. Nikmat Hujan
  20. Potong Padi
  21. Rayuan Hasratku
  22. Rindulah Rindu
  23. Si Baju Merah
  24. Si Buyung
  25. Sumpah Setia
  26. Tak Ku Sangka
  27. Tari Inang Pulau Kampai
  28. Untuk Bunga Mu
  29. Waspada
  30. Tiada maaf bagimu
  31. Jangan ditanya bila ku berdua
  32. Mengharap sinar menalan kabus
  33. Kucupan azimat
  34. Gelisah

Anugerah