Perbezaan antara semakan "Seni tampak"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
2,819 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
*Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik
*Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman
 
===Peranan sosiologi seni visual===
 
Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
*Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
 
*Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
 
*Komersial / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
 
*Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
 
*Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
 
===Peranan psikologi seni visual===
 
Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi
 
 
== Rujukan ==
Pengguna awanama

Menu pandu arah