Seni grafik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Fuji, dari Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji), ukiran kayu berwarna karya Katsushika Hokusai

Seni grafik ialah cabang seni halus yang proses pembuatan karyanya menggunakan teknik cetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali pada teknik monotaip, prosesnya mampu mencipta salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, ini yang disebut dengan proses cetakan. Setiap salinan karya dikenali sebagai impresi. Lukisan, di sisi lain, mencipta karya seni asli yang unik. Cetakan dicipta dari permukaan bahan, yang umumnya digunakan ialah: plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk ukiran atau etsa; batu digunakan untuk litografi; papan kayu untuk potongan kayu. Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini. Setiap hasil cetakan biasanya dianggap sebagai karya seni asli, bukan sebuah salinan. Karya-karya yang dicetak dari sebuah plat mencipta satu edisi, pada masa seni rupa moden masing-masing karya ditandatangani dan diberi nombor untuk menandakan bahawa karya tersebut ialah edisi terhad.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Graphic art." Encyclopædia Britannica. Britannica.com. Retrieved 21 February 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]