Initial D: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Real syden (bincang | sumb.)
Real syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 92: Baris 92:
Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

===Peringkat pertama===
===Peringkat pertama ( First Stage )===
Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.

Baris 105: Baris 105:
Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.

===Peringkat kedua===
===Peringkat Kedua ( Second Stage )===
Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan EMPEROR, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Mogi, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba.
Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan Emperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Mogi, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba.
Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.

Baris 112: Baris 112:

Setelah Takumi menguji enjin baru tersebut, Wataru mencabar Takumi berlumba di mana-mana tempat yang dipilih sendiri oleh Takumi. Memilih trek pangkalan Wataru, Shomaru, perlumbaan itu dijalankan walaupun berisiko tinggi memandangkan keadaan jalan yang sempit, terbiar dan tidak diselenggara dengan betul. Takumi kemudiannya berjaya memintas Wataru di sebuah selekoh sempit, yang mengejutkan pemandu Levin tersebut dan memenangi perlumbaan.

===Peringkat Extra ( Extra Stage )===
Diterbitkan sebagai OVA, peringkat ini lebih memfokuskan kepada pasangan pelumba Impact Blue, Mako Satou dan Sayuki. Ini disebabkan populariti mereka di kalangan peminat.

Ketika permulaan Extra Stage, Mako sedang berada dalam kekecewaan setelah apa yang difikirkannya sebagai satu 'penolakan' daripada Iketani, apabila rakan lama Sayuki, Shingo ( pelumba Myougi Night Kids ) bersama rakannya Nakazato tiba dan memberi amaran kepada mereka tentang ketibaan pasukan Emperor di daerah itu. Berada dalam keadaan tidak stabil telah memberi kesan kepada pemanduan Mako, dan ianya telah menggugat keyakinannya dalam menghadapi cabaran pelumba pasukan Emperor itu. Kedatangan pasukan Emperor ke Usui telah meletakkan seorang wakil mereka yang memandu Evo 4, yang memandang rendah kemampuan pasangan pemandu wanita itu dan yakin akan menang mudah. Keadaan menjadi sebaliknya apabila pelumba Evo 4 tersebut gagal menyaingi Sil-80 tersebut sehinggalah tiba di selekoh sukar C-121, yang mana Evo 4 tersebut merempuh rel penghalang jalan dan mengakibatkannya hilang kawalan. Shingo dan Nakazato tiba lewat dan tidak sempat melihat keseluruhan perlumbaan, dan menyangkakan pasangan Impact Blue tersebut tewas. Namun, mereka terkejut setelah diberitahu bahawa keadaan berlaku sebaliknya.

Mako kemudiannya berhubung rapat dengan seorang lelaki bernama Miyahara, yang merupakan seorang pelumba sebelumnya. Bagaimanapun, dia bercadang untuk berhenti memandangkan beliau sudah hilang minat dan mengetahui bahawa skil dan tekniknya tidak sebaik mana. Malah, beliau bercadang untuk mendapatkan sebuah SUV untuk menggantikan kereta MR2 yang dipandunya sebelum ini. Ketika hubungan mereka berdua semakin rapat, Miyahara mengharapkan Mako supaya berhenti berlumba disebabkan beliau risau akan keselamatannya ketika berlumba.

Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.

[[Kategori:Anime]]
[[Kategori:Anime]]

Semakan pada 09:13, 1 Mac 2009

Initial D
Manga versi BM
GenreLumba kereta, Drama
Manga
PengarangShuichi Shigeno (しげの秀一)
PenerbitJepun Kodansha (講談社)
Kanada Amerika Syarikat TOKYOPOP
Anime
PengarahNoboru Mitsusawa
StudioStudio Gallop, Pastel
Penyiaran AsalJepun Fuji Television
Malaysia TV3
Dikeluarkan pada18 April 199828 November 1998
Anime
Initial D Second Stage
PengarahShin-ichi Masaki
StudioPastel
Penyiaran AsalJepun Fuji TV, Animax
Malaysia 8TV
Hong Kong Animax
Dikeluarkan pada14 Oktober 19996 Januari 2000
Anime
Initial D Extra Stage
PengarahShishi Yamaguchi
StudioPastel
Anime
Initial D Third Stage
PengarahNoboru Mitsusawa
StudioPastel
Dikeluarkan pada13 Januari 2001
Anime
Initial D Battle Stage
StudioPastel
Anime
Initial D Fourth Stage
PengarahTsuneo Tominaga
StudioFrontline, Gainax
Penyiaran AsalSkyPerfecTV (Pay Per View)
Dikeluarkan pada17 April 200418 Februari 2006
Portal Anime dan Manga
Initial D: Street Stage
PembangunSega
PenerbitSega
PengarahMitsuo Hashimoto
Shin Misawa
Shin'ichi Masaki
Tsuneo Tominaga Sunting ini di Wikidata
PenulisShūichi Shigeno Sunting ini di Wikidata
PlatformPlayStation Portable
PelepasanJepun 23 Februari 2006
GenreLumba kereta

Initial D(頭文字 (イニシャル)D; Inisharu Dī; lit., "Kashiramoji Dī") ialah manga oleh Shuichi Shigeno (しげの秀一) yang telah disirikan di Kodansha(講談社) Young (ヤングマガジン) sejak 1995. Ia telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.

Anime dan manga ini memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun, yang mana Initial D lebih menjurus di jalan bukit, dan tidak di kawasan bandaraya, dan stail perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan Initial D dibantu oleh legenda drift terkemuka, Keiichi Tsuchiya dari segi pemantauan editorial. Kisah ini tertumpu di daerah Gunma di Jepun, yang mempunyai beberapa jalan bukit di sekitarnya. Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan, namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar di Gunma.

Sinopsis

Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

Peringkat pertama ( First Stage )

Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.

Iketani kemudiannya mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja, yang menyatakan kereta terpantas di jalan turun-bukit Akina merupakan sebuah AE86 berwarna panda hitam-putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan, dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut, Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya. Iketani merayu kepada lelaki tua tersebut untuk menggantikan tempatnya berlumba dengan Red Suns, dan yakin bahawa Bunta akan datang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanapun, apabila tiba waktu perlumbaan, Takumi muncul dengan kereta AE86 ayahnya. Walaupun agak ragu-ragu pada awalnya, Iketani akhirnya membenarkan Takumi berlumba setelah Takumi membuat pendedahan bahawa dialah "Hantu Pergunungan Akina", yang memintas Keisuke ketika menjalankan rutin menghantar tofu. Takumi kemudiannya menewaskan Keisuke Takahashi yang menggunakan kereta Mazda RX-7 FD3S, menyebabkan kejutan di kalangan komuniti pelumba tempatan dan mengakhiri rekod kemenangan Red Suns.

Awalnya langsung tidak berminat dalam perlumbaan, Takumi kemudiannya menaruh minat ketika dia menerima cabaran dari pelumba lain. Dia kemudiannya memahami konsep "maruah seorang pelumba" apabila rakan-rakannya menasihatinya agar menolak cabaran seorang pelumba dari Gunung Myougi yang mewakili pasukan Night Kids, Takeshi Nakazato yang menggunakan kereta Nissan Skyline R32 yang berkuasa dan berteknologi tinggi. Perlumbaan menentang seorang lagi pelumba Night Kids, Shingo Shouji merupakan perlumbaan peribadi buat Takumi kerana Shingo mencuba untuk merempuh Iketani dan memaksa rakan baiknya yang juga rakan sekerjanya Itsuki terlibat dalam kemalangan setelah tersilap sangka kereta Itsuki sama dengan kereta Takumi. Selepas perlumbaan yang menyaksikan kekalahan Shingo, Takumi kemudiannya berlumba dengan pasangan pemandu wanita daripada pasukan Impact Blue dari Gunung Usui, yang memandu Nissan Sileighty.

Setiap perlumbaan menunjukkan lawan Takumi menggunakan kereta yang jauh lebih berkuasa daripada AE86 miliknya, dan dalam perlumbaan menentang Shingo, iaitu "Perlumbaan Maut" yang mana tangan kanan kedua-dua pemandu dilekatkan pada stereng, format yang mengurangkan kemampuan untuk mengawal kereta. Teknik ini nyata memberi kelebihan kepada kereta Honda Civic EG-6 Shingo, yang merupakan kereta FR. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengawal AE86nya, Takumi berjaya mencipta tekniknya sendiri dan memenangi perlumbaan itu. Shingo sebelumnya cuba merempuh kereta Takumi dalam percubaannya untuk mengakhiri perlumbaan dengan keputusan seri, namun AE86 Takumi memasuki selekoh lebih awal dan mengelak EG6, menyebabkannya merempuh penghadang jalan. Perlumbaan menentang Impact Blue adalah yang pertama buat Takumi di luar Akina.

Perlumbaan dalam hujan pertama Takumi adalah menentang Kenta Nakamura daripada Red Suns, yang memandu Nissan Silvia S14 di Myougi setelah perlumbaan antara Keisuke dan Nakazato. Perlumbaan sebelumnya berlangsung sebelum hujan turun, dengan Nakazato mendahului Keisuke hinggalah tayar keretanya kehilangan cengkaman, memberikan ruang buat Keisuke memintas dan memenangi perlumbaan. Setelah itu, Kenta kemudiannya mencabar Takumi untuk berlumba dalam hujan, dan ini diterima olehnya. Kenta, yang mempunyai kereta yang lebih berkuasa, mendahului ketika perlumbaan mendaki bukit namun dipintas oleh Takumi ketika menuruni bukit, yang meninggalkannya dengan jarak yang jauh. Ini merupakan antara perlumbaan termudah Takumi, yang berpengalaman memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.

Peringkat Kedua ( Second Stage )

Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan Emperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Mogi, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba. Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.

Dalam masa itu, Bunta mengetahui bahawa enjin AE86 telah mencapai jangka hayatnya dan telah bersiap sedia dengan enjin baru. Walaupun telah mengetahuinya, Bunta tidak menukar enjin tersebut dengan lebih awal kerana mahukan Takumi "kalah" dalam perlumbaan, yang mana dapat memberi pengajaran dan mematangkannya dalam menghadapi perlumbaan. Beliau kemudiannya membeli sebuah enjin baru, Toyota 4A-GE 20 Valve Twin Cam yang dikhususkan untuk perlumbaan yang mana digunakan dalam perlumbaan Japanese Touring Car Championship. Ia agak pelik kerana enjin tersebut biasanya dikhususkan untuk perlumbaan sahaja dan bukannya kepada kereta biasa. Malah, dalam siri ini tidak diberitahu di mana Bunta mendapatkan enjin tersebut. Bunta memasang enjin tersebut tanpa turut memasang tachometer baru, bertujuan mengajar Takumi tentang pentingnya kemahiran mekanikal dalam memahami sesuatu kereta, malah beliau sudah bersiap sedia dengan komponen tersebut, sekiranya Takumi memerlukannya kelak. Takumi kemudiannya mengetahui bahawa beliau memerlukan tachometer baru setelah diberitahu oleh Wataru Akiyama, seorang mekanik yang juga merupakan pemandu AE86 seperti Takumi. Cuma bezanya, Wataru memandu AE86 Levin manakala Takumi memandu AE86 Trueno.

Setelah Takumi menguji enjin baru tersebut, Wataru mencabar Takumi berlumba di mana-mana tempat yang dipilih sendiri oleh Takumi. Memilih trek pangkalan Wataru, Shomaru, perlumbaan itu dijalankan walaupun berisiko tinggi memandangkan keadaan jalan yang sempit, terbiar dan tidak diselenggara dengan betul. Takumi kemudiannya berjaya memintas Wataru di sebuah selekoh sempit, yang mengejutkan pemandu Levin tersebut dan memenangi perlumbaan.

Peringkat Extra ( Extra Stage )