Perbezaan antara semakan "Initial D"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
2,769 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
===Peringkat Kedua ( Second Stage )===
Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan Emperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat MogiNatsuki, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba.
Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.
 
Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.
 
===Peringkat Ketiga ( Thurd Stage )===
Ryosuke menawarkan Takumi untuk menyertai sebuah pasukan yang sedang ditubuhkannya, yang mana mempunyai pelumba terbaik di daerah Gunma. Bagaimanapun, Takumi enggan membuat keputusan sehingga beliau menebus kekalahannya kepada Kyoichi. Takumi kemudiannya datang ke Irohazaka untuk mencabar Kyoichi. Ketua pasukan Emperor tersebut meletakkan syarat: Beliau akan membenarkan Takumi berada di depannya, sekiranya Kyoichi berjaya memintas, Kyoichi akan diisytiharkan pemenang. Sebaliknya sekiranya Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya, maka Takumi akan diisytiharkan pemenang. Takumi kemudiannya mengatakan bahawa syarat itu tidak adil, namun dinafikan oleh Kyoichi.
Akhirnya, Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya. Walaupun Takumi menganggap ianya seri, namun Kyoichi mengakui kekalahannya memandangkan baginya seri di tempat sendiri lebih kurang sama dengan kalah. Namun apa yang lebih penting bagi Takumi, Kyoichi mengakui kemampuan AE86 setelah awalnya memandang remeh kemampuan kereta tersebut.
 
Kai Kogashiwa, yang merupakan anak kepada pesaing Bunta dahulu, Ken Kogashiwa, kemudiannya mencabar Takumi setelah mengetahui Takumi telah menewaskan sasaran asalnya, Kyoichi. Kai dan ayahnya telah merangka strategi yang pernah digunakan Ken ketika berlumba menentang Bunta, iaitu memintas di selekoh ke-33, 36, 37, 38 dan 39, yang mana taktik "in-air jump" digunakan. Bunta telah memberi tips secara tidak langsung kepada Takumi untuk mengatasi Kai, setelah menjangkakan Kai akan berada di depan Takumi pada babak kedua perlumbaan. Takumi kemudiannya dapat memahami tips tersebut, malah berjaya meniru taktik "in-air jump" Kai dan memenangi perlumbaan.
 
Peringkat ini turut menampilkan Miki, bekas pelajar di sekolah tinggi tempat Takumi dan Natsuki belajar yang mana pada awal siri menunjukkan Takumi pernah menumbuknya setelah terdengar kata-kata Miki tentang hubungan seksualnya dengan Natsuki. Ketika itu adalah musim Krismas, dan Natsuki membuat kejutan dengan muncul di rumah Takumi dan menyambut Krismas dengannya dan Bunta. Pada hari Tahun Baru, Miki memaksa Natsuki mengikutinya ke puncak Akina dan cuba mencabulnya, namun panggilan kecemasan yang dilakukan Natsuki kepada Takumi berjaya menyelamatkannya.
 
Ketika musim bunga tiba, Takumi memberitahu Ryosuke yang beliau inginkan satu lagi perlumbaan antara mereka di Akagi, sebelum membuat keputusan tentang penyertaannya dalam pasukan Ryosuke. Pemenang perlumbaan tidak diketahui, namun semasa ia berlangsung Keisuke telah memberitahu ahli Red Suns lainnya bahawa keputusan perlumbaan adalah tidak penting. Setelah kedua-duanya tiba di garisan penamat sebelah-menyebelah, Takumi mengambil keputusan untuk menyertai pasukan tersebut.
 
[[Kategori:Anime]]
118

suntingan

Menu pandu arah