Klamidia: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
11 bait ditambah ,  16 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
'''Penyakit kelamin Chlamydia''' merupakan penyakit sebaran seksual yang paling biasa berlaku. Ianya disebabkan oleh Chlamydia trachomatis, sejenis bakterium yang mampu merosakkan organ peranakan wanita. Disebabkan simptom chlamydia adalah serdahana atau tidak kelihatan, kesukaranjangkitan teruk yang mampu menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, termasuk menjadi '''mandul''', boleh berlaku secara "senyap" sebelum anda sedari.
 
Chlamydia boleh berjangkit semasa hubungan seks faraj, dubur ataupun mulut. Penyakit ini juga boleh tersebar daripada ibu yang berjangkit kepada bayi yang baru lahir semasa kelahiran melalui saluran peranakan.
 
Sekitar 3 juta jangkitan chlamydia baru dianggarkan berlaku di [[Amerika Syarikat]] setiap tahun. Ianya merupakan jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang paling biasa dilapurkan di Amerika SayrikatSyarikat dan dipercayai lebih rendah daripada yang sebenar. Lebih kurang 650,000 kes dilapurkan pada tahun 1999, tiga suku daripadanya oleh mereka yang berusia bawah 25 tahun. Malah, pada usia 30 tahun, 50% daripada wanita yang aktif secara seksual terbukti pernah mengidap chlamydia.
 
Chlamydia dikenali sebagai penyakit "senyap" disebabkan sehingga 75% daripada pesakit wanita dan sehingga 50% daripada pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom. Jangkitan ini seringkali tidak dikenalpasti atau dirawat sehingga timbul masaalah. Pada wanita, bakteria pada awalnya menyerang pangkal rahim (''servik'' - bukaan kepada uterus) dan urethra atau saluran kencing. Sebilangan kecil wanita mengalami simptom lendiran faraj luar biasa atau rasa terbakar selepas kencing. Apabila jangkitan melarat sehingga tiub fallopian, sesetengah wanita masih tidak mempunyai simptom; sesetengah yang lain mengalami sakit bahagian bawah (''lower abdominal''), sakit bahagian belakang bawah, mual, demam, sakit semasa berjimak, dan pendarahan antara tempoh haid. Sekiranya jangkitan melarat melepasi pangkal rahim, kerosakan kekal yang tidak dapat dipulihkan boleh berlaku. Sekiranya terdapat simptom, ia biasanya selepas 1 hingga 3 minggu selepas jangkitan.
 
Chlamydia biasanya dikesan melalui dua jenis ujian makmal. Satu darinya membabitkan mengambil contoh daripada kawasan jangkitan (contoh., pangkal rahim) untuk mengesan bakterium secara langsung. Ujian lain yang terbaru boleh mengesan bakteria Chlamydia dengan tepat dalam contoh air kencing. ([[Ujian lumuran Pap]] tidak menguji kehadiran chlamydia!)
 
Wanita dan lelaki yang aktif secara seksual terdedah kepada jangkitan ketika hubungan kelamin dengan mereka yang berjangkit. Lebih ramai pasangan seks yang berhubung, lebih tinggi risikonya. Ibu yang mengandung boleh menjangkiti chlamydial kepada anaknya.
245,308

suntingan

Menu pandu arah