Seni tampak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hassanghazali (bincang | sumb.)
Hassanghazali (bincang | sumb.)
Baris 11: Baris 11:


===Mata pelajaran Seni Visual===
===Mata pelajaran Seni Visual===
Mata Pelajaran Seni visual merupakan mata pelajar diperingkat Sijil Tinggi Pelajaraan Malaysia (STPM). Bidang ini mula digubal dalam tahun 2000 dan dilaksanakan ditingkatan enam seluruh Malaysia. Dua tumpuan bidang seni visual ialah pengkaryaan dan perekaan. Antara kandungan bidang
Mata Pelajaran Seni visual dengan kod 970 merupakan mata pelajar diperingkat Sijil Tinggi Pelajaraan Malaysia (STPM). Bidang ini mula digubal dalam tahun 2000 dan dilaksanakan ditingkatan enam seluruh Malaysia. Dua aspek utama dalam sukan ini iaitu Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu
(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(b) Lukisan
(c) Projek Penghasilan Karya

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada empat kertas, iaitu
(a) Kertas 1: Teori Seni Visual − Teori
(b) Kertas 2: Lukisan − Praktikal
(c) Kertas 3: Projek Penghasilan Karya − Kerja kursus (teori dan praktikal)
(d) Kertas 4: Teori Penghasilan Karya − Teori

Bentuk Peperiksaan:

Calon sekolah kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 1, 2, dan 3 manakala calon sekolah swasta dan
calon persendirian individu dikehendaki mengambil Kertas 1, 2, dan 4.
Kertas 1: Teori Seni Visual (3 jam)
Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi
beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek. Bahagian B
mengandungi 4 soalan esei tentang Apresiasi Seni Visual, dan Bahagian C mengandungi 2 soalan esei
tentang teori penghasilan. Soalan-soalan dalam ketiga-tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam
sukatan pelajaran bagi bahagian Teori Seni Visual. Calon dikehendaki menjawab semua soalan
dalam Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C.
Kertas 2: Lukisan (3 jam)

Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran
melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah
kebolehan menterjemahkan isu, seperti pewujudan kesan ruang, suasana, ekspresi, dan sifat objek.
Gubahan komposisi, kesesuaian media dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan
merupakan elemen penting dalam lukisan.
Media yang digunakan dalam pengkaryaan ini ialah media kering.
Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.
Kertas 3: Projek Penghasilan Karya (Februari hingga September tahun kedua)
Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam
bentuk pengkaryaan atau perekaan. Aspek yang akan dinilai ialah proses (portfolio) dan hasil karya.
Proses penghasilan perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana yang terdapat dalam
penyediaan portfolio dan hasil karya (halaman 8 dan 9).
Skop kajian dan penghasilan adalah seperti yang berikut:
Pengkaryaan Perekaan
Seni halus
• Lukisan
• Catan
• Seni cetak
• Arca
(a) Komunikasi visual
• Grafik
• Multimedia
• Animasi
• Laman web
(b) Reka bentuk teknologi
• Industri
• Automobil
• Seramik
• Fesyen
• Tekstil
(c) Reka bentuk persekitaran
• Landskap
• Hiasan dalaman
Kriteria penilaian
Kriteria penilaian bagi portfolio dan hasil karya adalah seperti yang berikut.
(a) Portfolio
(i) Pengolahan tema yang telah ditentukan berdasarkan kajian dan penyelidikan
(ii) Lakaran-lakaran yang sesuai berdasarkan rujukan visual yang berkaitan
(iii) Percubaan dan pemilihan bahan dan teknik yang sesuai
(iv) Pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
(v) Rujukan dan sumber maklumat
(vi) Gambar foto karya perlu juga dikepilkan dalam portfolio.
Nota: Semua proses penghasilan perlu didokumenkan mengikut turutan.
(b) Hasil karya
(i) Kesesuaian tema yang dipilih dengan karya yang dibuat
(ii) Kesesuaian penggunaan media dan teknik
(iii) Pengolahan aspek komposisi
(iv) Pertimbangan fungsi dan estetik
(v) Keaslian
(vi) Kemasan

Kertas 4: Teori Penghasilan Karya (2 jam)
Kertas ini bertujuan menguji kefahaman calon dalam aspek teori penghasilan karya seni visual dalam
bentuk pengkaryaan dan perekaan. Dua soalan esei akan dikemukakan dan calon dikehendaki
menjawab semua soalan.
Proses penghasilan perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana yang terdapat dalam
penyediaan portfolio dan hasil karya (halaman 8 dan 9).
Calon dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna, alat geometri, media kering,
dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.
Calon persendirian individu, calon sekolah swasta, calon yang mengulang Tingkatan Enam atas (sama
ada di sekolah kerajaan atau sekolah swasta), dan calon yang tidak mengikuti persekolahan dalam
Tingkatan Enam bawah dan Tingkatan Enam atas berturut-turut (sama ada di sekolah kerajaan atau
sekolah swasta) dikehendaki mengambil kertas ini. Calon sekolah kerajaan yang tidak
mempunyai kemudahan untuk melaksanakan projek penghasilan karya (Kertas 3) boleh
mengambil kertas ini dengan memohon kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.


===Keindahan===
===Keindahan===

Semakan pada 07:26, 2 November 2009

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Pengertian

Seni

Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.

Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.

Mata pelajaran Seni Visual

Mata Pelajaran Seni visual dengan kod 970 merupakan mata pelajar diperingkat Sijil Tinggi Pelajaraan Malaysia (STPM). Bidang ini mula digubal dalam tahun 2000 dan dilaksanakan ditingkatan enam seluruh Malaysia. Dua aspek utama dalam sukan ini iaitu Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu

(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan) (b) Lukisan (c) Projek Penghasilan Karya

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada empat kertas, iaitu

(a) Kertas 1: Teori Seni Visual − Teori (b) Kertas 2: Lukisan − Praktikal (c) Kertas 3: Projek Penghasilan Karya − Kerja kursus (teori dan praktikal) (d) Kertas 4: Teori Penghasilan Karya − Teori

Bentuk Peperiksaan:

Calon sekolah kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 1, 2, dan 3 manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dikehendaki mengambil Kertas 1, 2, dan 4.

Kertas 1: Teori Seni Visual (3 jam) Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek. Bahagian B mengandungi 4 soalan esei tentang Apresiasi Seni Visual, dan Bahagian C mengandungi 2 soalan esei tentang teori penghasilan. Soalan-soalan dalam ketiga-tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi bahagian Teori Seni Visual. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C.

Kertas 2: Lukisan (3 jam)

Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menterjemahkan isu, seperti pewujudan kesan ruang, suasana, ekspresi, dan sifat objek.

Gubahan komposisi, kesesuaian media dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan.

Media yang digunakan dalam pengkaryaan ini ialah media kering.

Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan. Kertas 3: Projek Penghasilan Karya (Februari hingga September tahun kedua) Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Aspek yang akan dinilai ialah proses (portfolio) dan hasil karya.

Proses penghasilan perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana yang terdapat dalam penyediaan portfolio dan hasil karya (halaman 8 dan 9).

Skop kajian dan penghasilan adalah seperti yang berikut:

Pengkaryaan Perekaan

Seni halus • Lukisan • Catan • Seni cetak • Arca


(a) Komunikasi visual • Grafik • Multimedia • Animasi • Laman web

(b) Reka bentuk teknologi • Industri • Automobil • Seramik • Fesyen • Tekstil

(c) Reka bentuk persekitaran • Landskap • Hiasan dalaman


Kriteria penilaian Kriteria penilaian bagi portfolio dan hasil karya adalah seperti yang berikut. (a) Portfolio

(i) Pengolahan tema yang telah ditentukan berdasarkan kajian dan penyelidikan 
(ii) Lakaran-lakaran yang sesuai berdasarkan rujukan visual yang berkaitan 
(iii) Percubaan dan pemilihan bahan dan teknik yang sesuai 
(iv) Pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya 
(v) Rujukan dan sumber maklumat 
(vi) Gambar foto karya perlu juga dikepilkan dalam portfolio. 
Nota: Semua proses penghasilan perlu didokumenkan mengikut turutan. 

(b) Hasil karya

(i) Kesesuaian tema yang dipilih dengan karya yang dibuat 
(ii) Kesesuaian penggunaan media dan teknik 
(iii) Pengolahan aspek komposisi 
(iv) Pertimbangan fungsi dan estetik 
(v) Keaslian  
(vi) Kemasan  

Kertas 4: Teori Penghasilan Karya (2 jam)

Kertas ini bertujuan menguji kefahaman calon dalam aspek teori penghasilan karya seni visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Dua soalan esei akan dikemukakan dan calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Proses penghasilan perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana yang terdapat dalam penyediaan portfolio dan hasil karya (halaman 8 dan 9).

Calon dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna, alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.

Calon persendirian individu, calon sekolah swasta, calon yang mengulang Tingkatan Enam atas (sama ada di sekolah kerajaan atau sekolah swasta), dan calon yang tidak mengikuti persekolahan dalam Tingkatan Enam bawah dan Tingkatan Enam atas berturut-turut (sama ada di sekolah kerajaan atau sekolah swasta) dikehendaki mengambil kertas ini. Calon sekolah kerajaan yang tidak mempunyai kemudahan untuk melaksanakan projek penghasilan karya (Kertas 3) boleh mengambil kertas ini dengan memohon kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Keindahan

Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas dan jelas.

Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura manusia dalam poster konsert)
  • Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni digunakan)
  • Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah adalah sasaran penting dalam suatu poster)
  • Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas
  • Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau kedua-duanya

Bidang seni visual

Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:

  • Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca
  • Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)
  • Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik
  • Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman

Peranan sosiologi seni visual

Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:

  • Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
  • Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
  • Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
  • Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
  • Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
  • Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
  • Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.

Peranan psikologi seni visual

Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto.

Pautan luar