Ar-Rabaza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ar-Rabaza (juga dieja Al-Rabaza, Rabadza atau Rabatha, bahasa Arab: الربذة) adalah sebuah penempatan di Arab Saudi bertempat 200 km hala timur laut dari Madinah pada jalan penghijrahan dari Kufah ke Mekah, dikenali sebagai Darb Zubaydah. Menurut hasil penggalian arkeologi yang diarah oleh Universiti Raja Saud, Ar-Rabaza mempunyai maklumat penting berkaitan kebudayaan Islam bagi zaman awalnya.[1][2] Bandar ini jugalah tempat sahabat Rasulullah Abu Dharr al-Ghifari bertempat dan menghabiskan usianya.

Penggalian di Ar-Rabaza ini memberikan pandangan yang lebih jelas tentang perumahan bandar pada awal zaman Islam. Pemandangan tapak ini ditonjoli dengan sebuah binaan seperti istana, yang mempunyai 13 buah bilik dilengkapi pintu yang menghadap kepada sebuah laman dalam.[3] Setiap bilik dipercayai mempunyai tujuan berbeza, dikukuhkan lagi dengan tanur, stor bijian dan sebuah relau untuk menghasil kaca, ditempatkan dalam bilik-bilik yang berbeza.[4] Rumah-rumah yang lebih kerap dijumpai mirip daripada segi reka bentuk, namun lebih kecil keluasannya dengan bilik-bilik yang dibahagi, berkeluasan kira-kira 3x2m.[5] Semua ini bukan dibina dengan kayu, tetapi sebaliknya dibina dengan batu-bata lumpur, dengan tapak yang dilantaikan dengan batu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brief description Diarkibkan 2020-04-26 di Wayback Machine of Al- Rabadha at a website at the King Saud University.
  2. ^ Entry for "Al-Rabadha" in the book "A dictionary of archaeology, by Ian Shaw and Robert Jameson", pages 190-191
  3. ^ Rashid, S. 1986 Al-Rabadhah: Portrait of early Islamic Civilisation in Saudi Arabia. Riyadh: King Saud University. p.26
  4. ^ Rashid p.28
  5. ^ Rashid p.31