Bayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gelombang air (bergerak ke arah pelihat) yang terbentuk akibat bayu laut di Hobart, Tasmania, Australia.

Bayu ialah sebuah fenomena cuaca yang melibatkan pergerakan angin, lazimnya di kawasan pesisir akibat perbezaan tekanan udara antara udara dingin serta panas yang terbit daripada perbezaan muatan haba air dan kawasan darat. Bayu terdiri daripada dua jenis, iaitu:

  • bayu laut, pergerakan angin dari kawasan air yang luas ke kawasan daratan, dan;
  • bayu darat yang melibatkan pergerakan angin dari kawasan daratan ke kawasan air.

Fenomena bayu menentukan pergerakan angin lazim di kawasan pesisir.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Steve Ackerman (1995). "Sea and Land Breezes". University of Wisconsin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-22. Dicapai pada 2006-10-24.