Angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerakan angin dilihat daripada foto satelit

Angin (Jawi: اڠين) merupakan zarah - zarah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi. Pemanasan ini mengakibatkan adanya perbezaan tekanan udara di persekitaran. Perbezaan tekanan di persekitaran akan mengakibatkan adanya pergerakan zarah - zarah udara kerana mengikut hukum fizik, udara di kawasan yang bertekanan tinggi akan bergerak ke kawasan yang berketekanan rendah.

Apabila zarah - zarah udara menerima haba , zarah - zarah tersebut akan mengembang dan bergerak dalam kelajuan yang lebih tinggi. Zarah - zarah udara yang telah mengembang akan bergerak ke atas kerana bertumpatan rendah. Manakala, zarah - zarah udara yang bersuhu rendah akan kekl di bahagian bawah kerana bertumpatan tinggi.

Faktor terjadinya angin[sunting | sunting sumber]

Kecerunan barometrik[sunting | sunting sumber]

Bilangan yang menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km. Semakin besar kecerunan barometrisnya angin semakin cepat.

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Jika kedudukan sesuatu tempat itu berhampiran dengan garisan Khatulistiwa, maka kelajuan angin di kawasan itu lebih tinggi berbanding di kawasan lain.

Ketinggian[sunting | sunting sumber]

Jika ketinggian sesuatu tempat bertambah, maka angin di kawasan itu akan bertiup dalam kel;ajuan yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang rendah.

Waktu[sunting | sunting sumber]

Angin akan bertiup dengan lebih laju pada waktu siang berbanding pada waktu malam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]