Légion d'honneur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat Legion of Honour
Pingat yang dipakai oleh Chevalier (Knight) Légion d'honneur
Bar Reben Legion of Honour (Grand Cross)
Lencana Darjah dan Bar reben Legion of Honour
Selaku Maharaja, Napoleon selalu memakai Lencana Darjah tersebut berserta Bintang Darjah Grand Eagle Légion d'Honneur.

Légion d'honneur (bahasa Melayu: "Legion Terhormat"), atau nama penuhnya Darjah Negara Legion Terhormat (Perancis: Ordre national de la Légion d'honneur),[1] ialah darjah kebesaran Perancis yang dizahirkan oleh Napoleon Bonaparte pada 19 Mei 1802. Darjah tersebut merupakan anugerah tertinggi Perancis dan ia dibahagikan kepada lima kelas yang berbeza: Chevalier ("Kesatria), Officier ("Panglima"), Commandeur ("Komander"), Grand Officier ("Panglima Besar") and Grand Croix ("Salib Besar").

Cogan kata darjah tersebut ialah "Honneur et Patrie" ("Kehormatan dan Tanah Air") dan berpusat di Palais de la Légion d'Honneur berhampiran tebing kiri Sungai Seine di Paris.[2]

Darjah dan insignia[sunting | sunting sumber]

Darjah tersebut mempunyai lima kelas semasa pemerintahan Raja Louis XVIII, yang mengembalikan darjah itu pada tahun 1815. Semenjak pembaharuan, beberapa perbezaan telah wujud:

  • Tiga pangkat :
    • Chevalier ("Kesatria"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben.
    • Officier ("Panglima"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben berserta sebuah roset.
    • Commandeur ("Komander): lencana darjah yang dipakai dileher dengan reben.
  • Dua darjat :
    • Grand Officier ("Panglima Besar"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben berserta bintang darjah perak di dada kanan.
    • Grand-Croix ("Salib Besar") bekas grande décoration, grand aigle atau grand cordon: kelas tertinggi; lencana darjah yang disematkan pada selepang yang dipakai di bahu kanan, berserta bintang darjah emas di dada kiri.

Lencana darjah Légion ialah silang lima penjuru "Asterisk Malta" (untuk lebih gambaran – sila lihat Salib Malta) yang disadur air emas (perak untuk pangkat chevalier) berenamel putih, berserta enamel daun laurel dan kalungan bunga oak dicelah penjuru. Bahagian depan cakera tengah bersadur air emas yang memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan République Française pada bulatan enamel biru. Bahagian belakang cakera tengah juga disadur air emas, berserta satu set silang tiga warna, dikelilingi cogan kata Légion Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air) dan tarikh penzahirannya diukir pada bulatan enamel biru. Lencana darjah itu digantung bersama enamel daun laurel dan kalungan bunga oak.

Bintang darjah (atau "plak") dipakai oleh Grand-Croix (saduran emas, dada kiri) dan Grand Officier (saduran perak, dada kanan); ia sama seperti lencana darjah, tetapi tanpa enamel, dan berserta kalungan bunga yang digantikan sekelompok pancaran cahaya dicelah setiap bucu. Cakera tengah memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan legenda République Française (Republik Perancis) dan cogan kata Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air").

Reben bagi pingat ini berwarna merah kosong.

Lencana darjah atau bintang darjah jarang dipakai, melainkan pada majlis penganugerahan pingat atau pakaian tentera atau pakaian rasmi. Sebaliknya, seseorang biasanya memakai reben atau roset pada baju.

Lima kelas pemakaian insignia (lelaki): 1 – Chevalier; 2 – Officier; 3 – Commandeur; 4 – Grand Officier; 5 – Grand Croix.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dahulunya dikenali sebagai Anugerah Diraja the Legion Terhormat (Ordre royal de la Légion d'honneur)
  2. ^ The award for the French Legion of Hono(u)r is known by many titles, also depending on the five levels of degree: Knight of the Legion of Honour; Chevalier de la Légion d'honneur; Officer of the Legion of Honour; Officier de la Légion d'honneur; Commander of the Legion of Honour; Commandeur de la Légion d'honneur; Grand Officer of the Legion of Honour; Grand Officier de la Légion d'honneur; Grand Cross of the Legion of Honour; Grand'Croix de la Légion d'honneur. The word "honneur" is often capitalised, as in the name of the palace Palais de la Légion d'Honneur.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 48°51′37″N 2°19′29″E / 48.8602°N 2.3247°E / 48.8602; 2.3247