Bendera Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nisbah 2:3

Bendera Perancis (Bahasa Perancis: Drapeau français, juga digelar Tricolore atau "Panji Tiga Warna") terdiri daripada tiga warna iaitu biru, putih, dan merah. Rekaan terkini dan tetap bendera ini diperkenalkan pada 17 Mei 1853 oleh Napoleon Bonaparte.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Perincian[sunting | sunting sumber]

Pasal 2 Perlembagaan Perancis terbaharu yang digubal tahun 1958 menyatakan seperti berikut:[1]

L'emblème national est le drapeau tricolore, bleu, blanc, rouge.
("Lambang kebangsaan [Republik Perancis] ialah bendera tiga warna, biru, putih, dan merah.")

Jenis warna-warna yang dipilih dalam perekaan bendera ini tidak ditetapkan secara undang-undang; tetapi jenis warna biru yang digunakan selama ini lebih cenderung kepada yang gelap atau "biru laut" (bleu marine).[2][3] Warna-warna piawai untuk bendera ini diperkenalkan secara rasminya pada tahun 1976 oleh Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis yang memerintah pada ketika itu di mana jalur biru yang dipaparkan lebih terang atau muda.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Warna biru dan merah merupakan warna-warna yang dikatikan rapatnya dengan Paris sehingga warna-warna ini dipakaikan pada bendera kota tersebut: biru melambangkan Santo Martin manakala merah pula melambangkan Santo Denis.[5] Ketika berlakunya Serbuan Bastille pada tahun 1789 sewaktu Revolusi Perancis, golongan militia Paris memakai simpulan reben (cockade) berwarna biru dan merah pada topi-topi mereka. Warna putih pula telah lama dipakaikan pada bendera-bendera kerajaan Perancis yang sebelumnya, bahkan ia juga dirujuk sebagai "warna Perancis kuno" oleh Lafayette.[6] Warna putih ini ditambahkan kepada simpulan reben militia ini agar "memiliknegarakan" rekaan tersebut, lalu terhasilnya cockade tiga warna yang terkenal ini.[6]

Pada Piala Dunia FIFA 1998 di Perancis, Adidas menjadi partai utama dipanggil "tricolore" serupa warna bendera negara ini.

Presiden Emmanuel Macron didapati telah menukar bendera yang dikibarkan di Istana Élysée kediaman rasmi beliau kepada yang berincian biru lebih gelap sejak tahun 2020, menurut ketua laporan politik stesen radio Europe 1 Louis de Raguenel; Macron dikatakan mahu memulihkan rincian warna bendera ini selari dengan rekaan bendera yang digunakan semasa zaman Revolusi.[4][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Article 2". Constitution du 4 octobre 1958 (dalam bahasa Perancis). Légifrance (French government).
  2. ^ "Discrètement, Emmanuel Macron a changé la tonalité du drapeau bleu-blanc-rouge" [Emmanuel Macron diam-diam menukar kecerahan warna bendera biru-putih-merah (bendera Perancis)]. RMC (dalam bahasa Perancis). 15 November 2021. La Constitution ne précise pas la tonalité des couleurs. Aucune loi non plus.
  3. ^ "Drapeau Français". promo-drapeaux.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2021.
  4. ^ a b "Macron switches to using navy blue on France's flag - reports". BBC News. 15 November 2021.
  5. ^ "The three colours before the flag". Gouvernement.fr (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Perancis. Dicapai pada 5 October 2019.
  6. ^ a b Marie Joseph Paul Yves Roch Gilbert Du Motier Lafayette (marquis de), Memoirs, correspondence and manuscripts of General Lafayette, vol. 2, p. 252.
  7. ^ de Raguenel, Louis (14 November 2021). "Emmanuel Macron a changé la couleur du drapeau français" [Emmanuel Macron mengubah warna bendera Perancis]. Europe 1 (dalam bahasa Perancis). La décision de changer la couleur du drapeau français a été prise par le président de la République le 13 juillet 2020 (…) . En clair, c’est très politique : renouer avec un symbole de la révolution française.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]