Suzuki Airi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Airi Suzuki
鈴木 愛理
Juga dikenali sebagai
Airin
Berasal dariJepun Gifu, Jepun
GenreJ-pop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2002–sekarang
Syarikat rakaman
Piccolo Town, Zetima
Pengkarya berkait
°C-ute, Aa!, 4Kids, Hello! Project Kids, Buono!

Airi Suzuki (Jepun: 鈴木 愛理, Hepburn: Suzuki Airi, lahir April 12, 1994 di Gifu, Jepun) merupakan seorang penyanyi pop dan pelakon, dan masih bersama kumpulan °C-ute dan menyertai kumpulan tambahan yang dikenali sebagai Buono!. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemain golf profesional, Toru Suzuki.

Kemunculan pertamanya ialah sebagai sebahagian daripada kumpulan 4Kids, yang merupakan kumpulan tambahan sementara yang turut serta menjayakan cerita Mini Moni iaitu Mini Moni ja Movie: Okashi na Daibōken!, di pasaran sejak 2003.

Setelah beberapa lama kemudian,beliau menyertai Aa! bersama-sama Tanaka Reina daripada Morning Musume, dan Natsuyaki Miyabi daripada Berryz Kobo. Satu-satunya single mereka yang terulung ialah FIRST KISS yang dipasarkan pada 29 October 2003. Sewaktu itu, beliau masih berumur 9 tahun, 6 bulan dan 17 hari, menjadikan beliau seorang penyanyi utama yang termuda dalam sejarah Hello! Project.

Pada 21 Julai, 2007, diumumkan bahawa beliau akan menyertai unit tambahan bersama-sama Tsugunaga Momoko dan Miyabi Natsuyaki yang merupakan ahli kumpulan Berryz Koubou dan unit baru ini dinamakan Buono!.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]