Kibibit
| Kuantiti bit | ||||
|---|---|---|---|---|
| Awalan SI | Awalan perduaan | |||
| Nama (Simbol) |
Piawai SI |
Jarang diguna |
Nama (Simbol) |
Nilai |
| kilobit (kb) | 103 | 210 | kibibit (Kibit) | 210 |
| megabit (Mb) | 106 | 220 | mebibit (Mibit) | 220 |
| gigabit (Gb) | 109 | 230 | gibibit (Gibit) | 230 |
| terabit (Tb) | 1012 | 240 | tebibit (Tibit) | 240 |
| petabit (Pb) | 1015 | 250 | pebibit (Pibit) | 250 |
| eksabit (Eb) | 1018 | 260 | eksbibit (Eibit) | 260 |
| zetabit (Zb) | 1021 | 270 | zebibit (Zibit) | 270 |
| yotabit (Yb) | 1024 | 280 | yobibit (Yibit) | 280 |
Kibibit (singkatan daripada kilo binary binary digit dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang disingkatkan kepada Kibit dan kekadangnya Kib. (Perhatikanlah bahawa singkatan-singkatannya bermula dengan huruf besar, manakala kbit tidak.)
Kibibit adalah berkait rapat dengan kilobit. Kilobit boleh merupakan sinonim kepada kibibit atau merujuk kepada 103 bit = 1,000 bit, bergantung kepada konteksnya.
Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan memerhatikan "adalah penting bahawa awalan-awalan baru bagi gandaan-gandaan perduaan diakui sebagai bukan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa (SI), sistem metrik moden." Harus diperhatikan juga bahawa unit-unit tersebut tidak digunakan secara umum di kalangan jurutera perisian dan jurutera elektrik profesional yang biasanya menggunakan awalan perpuluhan apabila merujuk kepada kuantiti-kuantiti perduaan.