Kilowatt jam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Meter elektrik di sebuah rumah kediaman di Malaysia. Tenaga elektrik dibilkan dalam unit kilowatt jam.

Kilowatt jam, atau kilowatt-jam, (simbol kW·j, kW j atau kWj) merupakan unit tenaga bersamaan dengan 1000 watt jam atau 3.6 megajoule.[1][2] Bagi kuasa berterusan, tenaga dalam watt jam adalah hasil darab kuasa dalam watt dan masa dalam jam. Kilowatt jam paling dikenali sebagai unit pembilan tenaga elektrik yang dihantar kepada pengguna oleh syarikat pembekal tenaga elektrik.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Kilowatt-jam (simbol: kWj) ialah seunit tenaga bersamaan dengan satu kilowatt (1 kW) kuasa yang digunakan bagi satu jam (1 j) masa.

 \mathrm{kWj}=(3600\,\mathrm{s})(\mathrm{kW})=3600\,\mathrm{s}\Bigg(\frac{\mathrm{kJ}}{\mathrm{s}}\Bigg)=3600\,\mathrm{kJ}

Sebaliknya, satu watt bersamaan dengan 1 J/s. Maka, satu kilowaat jam bersamaan dengan 3.6 megajoule, yang merupakan unit tenaga yang ditukarkan jika kerja dilakukan pada kadar seribu watt bagi satu jam.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Bagi menukar satu kuantiti yang diukur dalam unit seperti dalam lajur sebelah kiri kepada unit dalam baris sebelah atas, darabkan dengan faktor di dalam sel di mana baris dan lajur bersilang.

joule watt jam volt elektron kalori
1 J = 1 kg·m2 s−2 = 1 2.77778 × 10−4 6.241 × 1018 0.239
1 W·j = 3600 1 2.247 × 1022 859.8
1 eV = 1.602 × 10−19 4.45 × 10−23 1 3.827 × 10−20
1 kal = 4.1868 1.163 × 10−3 2.613 × 1019 1


Kekeliruan antara kilowatt jam dengan kilowatt[sunting | sunting sumber]

Istilah kuasa dan tenaga sering kali dikelirukan. Kuasa fizikal ditakrifkan sebagai kerja bagi seunit masa, diukur dalam unit joule sesaatatau watt. Untuk menghasilkan kuasa bagi mana-mana tempoh masa yang digunakan memerlukan tenaga. Lebih banyak tenaga diperlukan bagi menghasilkan kuasa yang lebih tinggi (bagi tempoh yang diberikan) ataupun masa pengendalian yang lebih lama (bagi kuasa yang diberikan).

Beban elektrik (seperti lampu, pembakar roti, motor elektrik, dsb.) mempunyai kadaran "saiz" dalam watt. Ini ialah aras kuasa pengendaliannya, yang bersamaan dengan kadar segera di mana tenaga mesti dijana dan digunakan untuk menjalankan peralatan tersebut. Berapa banyak tenaga yang digunakan bergantung kepada berapa lama anda mengendalikan peralatan tersebut. Namun, keperluan aras kuasanya secara asasnya malar semasa dikendalikan. Unit tenaga bagi bil elektrik rumah, kilowatt-jam, mengkamirkan perubahan aras kuasa yang digunakan bagi tempoh bil yang lalu (secara nominalnya 720 jam bagi tempoh 30 hari), maka ia menunjukkan penggunaan tenaga elektrik terkumpul bagi bulan tersebut.

Bagi satu lagi contoh, apabila sebiji mentol lampu dengan kadaran kuasa 100 W dihidupkan selama sejam, tenaga yang digunakan ialah 100 watt jam (W·j), 0.1 kilowatt jam, atau 360 kJ. Jumlah tenaga yang sama boleh menghidupkan sebiji mentol 40 watt selama 2.5 jam, atau mentol penjimat tenaga 10 watt selama 10 jam. Sebuah stesen janakuasa elektrik dikadarkan dalam gandaan waat, tetapi jumlah jualan tenaga tahunan dikira sebagai gandaan watt jam. Satu kilowatt jam ialah sejumlah tenaga yang bersamaan dengan kuasa malar 1 kilowatt dijalankan selama sejam, atau 3.6 MJ.

Unit kuasa mengukur kadar tenaga bagi seunit masa. Banyak unit majmuk yang secara terang-terangan menunjukkan unit masa, misalnya, batu sejam, kilometer sejam, ringgit sejam, dsb. Kilowatt jam merupakan hasil darab kuasa dengan masa, bukannya kadar perubahan kuasa mengikut masa. Istilah seperti watt sejam sering disalahguna.[3] Watts sejam (W/j) merupakan unit perubahan kuasa sejam. Ia mungkin digunakan untuk menunjukkan perubahan kadar peningkatan kuasa yang dihasilkan bagi sesebuah stesen janakuasa elektrik. Misalnya, sebuah loji janakuasa yang mencapai keluaran kuasa 1 MW dari 0 MW dalam 15 minit mempunyai kadar peningkatan kuasa sebanyak 4 MW/j. Loji hidroelektrik mempunyai kadar peningkatan kuasa yang sangat tinggi, menyebabkannya berguna semasa beban puncak dan situasi kecemasan.

Penghasilan atau penggunaan elektrik utama sering dinyatakan sebagai terawatt jam (TWj) bagi satu tempoh yang selalunya merupakan setahun kalendar atau setahun kewangan. Satu terawatt jam bersamaan dengan kuasa berterusan lebih kurang 114 megawatt dalam masa setahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Thompson, Ambler and Taylor, Barry N. (2008). Guide for the Use of the International System of Units (SI) (Special publication 811). Gaithersburg, MD: National Institute of Standards and Technology. 12.
  2. "Bintik separuh ketinggian atau jarak digunakan bagi menyatakan unit terbitan yang dibentuk daripada dua atau lebih unit berlainan melalui pendaraban." Barry N. Taylor. (2001 ed.) The International System of Units. (Special publication 330). Gaithersburg, MD: National Institute of Standards and Technology. 20.
  3. "Inverter Selection". Northern Arizona Wind and Sun. http://www.windsun.com/Inverters/Inverter_selection.htm. Capaian 27 March 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]