King Kong (filem 2005)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
King Kong
PengarahPeter Jackson
Lakon layar
  • Fran Walsh
  • Philippa Boyens
  • Peter Jackson
BerdasarkanKing Kong oleh
Merian C. Cooper
dan Edgar Wallace
Dihasilkan oleh
  • Jan Blenkin
  • Carolynne Cunningham
  • Fran Walsh
  • Peter Jackson
Dibintangi
SinematografiAndrew Lesnie
Disunting olehJamie Selkirk
Muzik olehJames Newton Howard
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 05 Disember 2005 (2005-12-05) (Bandaraya New York)
  • 13 Disember 2005 (2005-12-13) (New Zealand)
  • 14 Disember 2005 (2005-12-14) (Jerman dan Amerika Syarikat)
Masa tayangan
188 minit [2]
Negara
  • Jerman[1]
  • New Zealand
  • Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$207 juta
Pecah panggung$550.5 juta

King Kong ialah sebuah filem aksi pengembaraan produksi bersama Amerika Syarikat, Jerman dan New Zealand tahun 2005 arahan Peter Jackson.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem King Kong ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya :

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1933 di New York, seorang pengarah filem, Carl Denham (Jack Black) yang bercita-cita tinggi bersama-sama krewnya termasuk pelakon utama lelaki, Jack Driscoll (Adrien Brody) yang kebuntuan mencari seorang pelakon wanita untuk digandingkan bersamanya. Walaupun Carl berjaya menemui Ann Darrow (Naomi Watts) yang ketika itu seorang penganggur dan terpilih sebagai pelakon utama wanita untuk filem terbarunya. Carl telah mengarahkan kesemua krewnya perlu melakukan pengambaran filem arahannya di Pulau Tengkorak yang bermisteri kerana belum pernah dijejaki oleh manusia dari Amerika Syarikat, di dalam perjalanan tersebut, kapal yang dinaikinya telah berlabuh selepas terlanggar sebuah terumbu karang. Mereka mengambil keputusan untuk mengembara di pulau tersebut dan dalam masa yang sama, Carl sudah mula merakamkan setiap perjalanan sebagai koleksi filem terbarunya. Di sana mereka bertembung dengan pelbagai dugaan seperti dikepung dan diserang oleh sekumpulan orang asli yang mendiami pulau tersebut. Mujurlah mereka semua berjaya melepaskan diri walaupun 4 orang krewnya telah terkorban dan Ann pula telah ditawan untuk dijadikan ritual santapan seekor gorila yang bernama Kong (Andy Serkis-watak seekor gorila). Dalam pada itu, Carl dan krewnya berusaha untuk menyelamatkan Ann sementara Carl pula terus melakukan pengambaran secara langsung seorang diri. Adegan tersebut merupakan kombinasi antara Kong dengan filem arahannya.

Sementara itu, Ann sebenarnya tidak dimakan oleh Kong sebaliknya dia disimpan untuk dipelihara di atas puncak gunung. Selepas tersedar dari pengsan, Ann ingin melarikan diri tetapi pergerakkannya telah diketahui oleh Kong. Ann yang ketakutan dan bingung mula bergurau senda dengan Kong yang menyebabkan Kong berasa gembira kerana mempunyai kawan yang baharu. Namun begitu, lama-kelamaan Kong telah tertarik pada Ann kerana sifat kasih sayangnya berjaya melembutkan emosinya. Tiba-tiba, Kong telah diserang oleh krew filem yang diketuai oleh Kapten Englehorn (Thomas Kretschmann). Di dalam pertempuran tersebut, Kapten telah dibunuh oleh Kong dan anak buahnya telah melepaskan beberapa das tembakan kearah Kong. Kong menjadi semakin agresif dengan tindakan manusia seperti itu dan dalam masa yang sama, Carl sempat merakamkan peristiwa itu dengan lebih dekat lagi.

Ann pula semakin tersasar jauh dan tersesat di dalam hutan tebal, disitu dia telah sampai ke tempat haiwan pemangsa yang liar. Ann telah diserang dengan biawak dan serangga gergasi dan tiga ekor dinasour, Vastatosaurus rex. Mujurlah Kong berjaya menyelamatkan Ann dan berjaya membunuh kesemua dinosaur tersebut. Namun begitu, Kong semakin lemah dan tubuhnya mengalami luka yang teruk akibat pergelutan tersebut.

Carl, Jack, Jimmy (Jamie Bell) dan Herb (John Sumner) masih terselamat walaupun Baxter dan Lumpy telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh labah-labah gergasi, Carnictics Sordicus semasa menyerang Kong. Mereka meneruskan misinya untuk menyelamatkan Ann. Namun mereka telah diserang oleh cacing dan serangga gergasi.

Ketika Jack terus mencari Ann, Carl memutuskan untuk merakamkan kelibat Kong. Jack pula pergi ke dalam gua tempat kediaman Kong, secara tidak sengaja dia telah bangunkannya dari tidur. Dek kerana Kong telah mengeluarkan suaranya yang kuat, Kong terus diserang oleh burung-burung pemangsa, Terapusmordax. Dalam masa yang sama Ann dan Jack berjaya melarikan diri. Mereka mengambil keputusan untuk terjun dari ngarai dan berenang untuk menjauhkan diri dari Kong walaubagaimanapun Kong tetap mengejar pasangan tersebut. Ann pula menjadi bingung dengan rancangan Carl terhadap Kong. Kong berjaya memecahkan pintu gerbang gua untuk mendapatkan kembali Ann. Di bahagian itulah, Carl berjaya merakamkan adegan penutup untuk filemnya. Kong berjaya ditembak dan dilemahkan untuk dibawa sebagai bahan bukti di kota New York kelak.

Di New York City, Carl mempersembahkan filemnya yang bertajuk Kong, Keajaiban Kelapan Dunia di Broadway, yang dibintangi oleh Baxter dan Kong yang dipenjarakan. Manakala watak Ann dimainkan oleh seorang pelakon lain, melihatkan tayangan tersebut, Kong menjadi sangat marah setelah menyedari bahawa gadis di dalam filem itu bukan Ann kesayangannya. Kong berjaya memecahkan rantai keluli, dan terus merosakkan panggung teater kemudian mengejar dan berjaya menerbalikkan kereta yang dipandu oleh Jack yang membawa Ann bersamanya. Kong dan Ann berkongsi seketika masa bersama di dalam kolam beku di Central Park sehingga serangan tentera ke atas Kong dilaksanakan. Ann dan Kong yang terkejut terus memanjat ke bahagian atas Bangunan Empayar Negeri (Empire State Building) untuk menghalang serangan itu. Pihak tentera yang tidak tahu isyarat dari Kong telah melancarkan tembakan dari ruang udara menggunakan enam buah kapal terbang Tentera Laut F8C-5. Kong mengalami cedera parah dek tembakan tersebut dan sempat melihat wajah Ann buat kali terakhir sebelum jatuh dari bangunan hingga kematiannya. Ann, Jack, Carl, orang awam, jurugambar, polis dan askar turut berkumpul dan meratapi ke atas mayat Kong.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "King Kong (2005)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-19. Dicapai pada November 29, 2014.
  2. ^ "KING KONG (12A)". British Board of Film Classification. Dicapai pada November 8, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]