Klausa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas[sunting | sunting sumber]

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.Contoh:

  1. Ahmad menari. (klausa bebas)

Klausa tak bebas[sunting | sunting sumber]

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:

  1. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.
  2. Dia bagus dalam permainan sukan kerana dia banyak berlatih
  3. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)
  4. kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)
  5. Dia bagus dalam permainan sukan ( Klausa utama /klausa bebas)
  6. kerana banyak berlatih ( Klausa tak bebas)