Kodak Portra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kodak Portra ialah produk filem negatif warna profesional yang diperkenalkan pada tahun 1998. Portra terutamanya digunakan untuk keperluan foto potret dan perkahwinan.[1] Portra merupakan pengganti filem Vericolor (VPS dan VPL), yang sebelum ini juga menggantikan filem Ektacolor. Filem ini tersedia dalam tiga kelajuan, iaitu ISO 160, 400 dan 800 - kelajuan 160 dan 400 secara rasmi tersedia sebagai varian "natural color" (NC) dan "vivid color" (VC) sebelum pembaharuan pada tahun 2011.[2][3]

Filem ini telah diperbaharui beberapa kali dalam beberapa tahun terakhir, bermula pada 2006,[4] untuk meningkatkan performa bintik dan pemindaian.[5][6][7]

Pembaharuan Portra 400 tahun 2010[sunting | sunting sumber]

Kodak memperkenalkan versi baru filem Portra 400 untuk menggantikan versi NC dan VC pada akhir tahun 2010. Filem baru ini membawa sejumlah teknologi baru dari filem gambar gerak Kodak Vision. Kodak mendakwa terdapat bintik yang lebih baik, peningkatan ketajaman di atas 400 NC, dan warna kulit yang lebih jelas, serta sejumlah perbaikan lain dari varian NC dan VC.[8]

Kodak juga ditugaskan untuk meningkatkan prestasi imbasan, tetapi filem ini masih menggunakan sampul berwarna oren untuk tujuan percetakan optik. Varian "NC" dan "VC" pada awalnya diperkenalkan untuk menangani perbezaan syarat dan ketepuan warna tepu ketika mencetak, kerana pada masa itu, menyunting foto masih sangat sulit dilakukan. Kedua varian tersebut kini digabungkan, kerana saat ini sebagian besar pencetakan telah dilakukan secara digital, jadi penyuntingan juga dapat dilakukan secara digital sebelum foto dicetak.[9]

Pembaharuan Portra 160 tahun 2011[sunting | sunting sumber]

Kodak mengumumkan pada Februari 2011 bahawa Portra 160 akan digantikan oleh satu varian sebagaimana 400 dan membawa pembaharuan kelihatan seperti 400.[10] Kemas kini ini tersedia mulai pertengahan 2011 dalam format 135, 120, 220, dan lembaran. Berdasarkan sejumlah tinjauan, filem baru ini lebih mudah diimbas.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.lomography.com/magazine/2252-kodak-portra-160nc-35mm-160-iso
  2. ^ http://www.popphoto.com/gear/2013/07/12-films-worth-shooting-theyre-gone
  3. ^ "KODAK PROFESSIONAL PORTRA 160NC, 160VC, 400NC, 400VC, and 800 Films" (PDF). Kodak. February 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-09-04. Dicapai pada 2009-10-27.
  4. ^ http://graphics.kodak.com/corp/aboutus/heritage/milestones/default.htm
  5. ^ "Kodak Professional Portra 400-speed colour negative film" (Siaran akhbar). ePHOTOzine. 25 March 2008. Dicapai pada 2009-10-27.
  6. ^ "Kodak Introduces Enhanced PORTRA Color Negative Films with Finer Grain, Spectacular Skin Tones, Vivid Color and Ideal Scanning Performance" (Siaran akhbar). Cameratown. September 11, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2009-10-27.
  7. ^ "PMA - Kodak Intros Portra 800, Improves Film Characteristics" (Siaran akhbar). AllBusiness. February 17, 2006. Dicapai pada 2009-10-27.
  8. ^ "KODAK PROFESSIONAL PORTRA 400 Film: Questions and Answers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-24. Dicapai pada 2010-10-28.
  9. ^ "Inside Analog Photo Radio – Scott DiSabato". 2010-10-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-22. Dicapai pada 2011-01-03.
  10. ^ "KODAK PROFESSIONAL PORTRA 160 Film". Kodak.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  11. ^ http://shutterfinger.typepad.com/shutterfinger/2011/06/kodak-portra-160-user-review.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]