Kolej Vokasional Kuala Klawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Vokasional Kuala Klawang
Lokasi
 Malaysia KM 3 Jalan Titi, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-6137463
Kod sekolahNKA0001
Faks06-6138015
Laman sesawang
Map


Kolej Vokasional Kuala Klawang atau nama ringkasnya KVKK, merupakan sebuah kolej vokasional yang terletak di KM 3 Jalan Titi, Kuala Klawang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KVKK ini mula dibuka pada tahun 1991 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang (SMVKK). Kumpulan pelajar pertama mula lapor diri pada tarikh 17.1.1992 yang pada ketika itu hanya kursus Elektrik dan Elektronik ditawarkan. Kemudian pada tarikh 1.1.1997, SMVKK telah dinaik taraf dan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang (SMTKK). Pada tahun 2011, SMTKK ditukar semula kepada SMVKK dengan kursus gabungan Elektrik & Elektronik (MPAV) mula diperkenalkan manakala aliran teknikal tidak lagi ditawarkan. Pada tahun 2013, SMVKK dijenamakan semula sebagai Kolej Vokasional Kuala Klawang (KVKK).

Akademik[sunting | sunting sumber]

KVKK mempunyai kekuatan tenaga kerja adalah seramai 96 orang pensyarah dan 19 orang staf sokongan manakala jumlah pelajar semasa adalah seramai 626  orang.

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

● Teknologi Elektrik

● Teknologi Elektronik

● Kesetiausahaan Pentadbiran

● Pengurusan Perniagaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Vokasional Kuala Klawang,
KM 3 Jalan Titi,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Telefon = 06-6137463
Fax = 06-6138015

Pautan luar[sunting | sunting sumber]