Komodor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Komodor atau Commodore ialah pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut. Ia digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British, Tentera Laut Diraja Australia dan kebanyakan tentera laut negara-negara Komanwel. Satu ketika dahulu, Tentera Laut Diraja Malaysia juga menggunakan pangkat ini tetapi telah digantikan dengan pangkat Laksamana Pertama. Dari segi istilah maritim, Komodor ialah Kepten Kanan ataupun Senior Captain justeru bukan seorang Laksamana mahupun Pegawai Berbendera. Dalam Tentera Laut Amerika pula Komodor ialah lantikan sementara, dan bukannya satu pangkat tetap. Apabila kapal-kapal disusun di dalam sebuah skuadron, dan jika tiada seorang Laksamana, maka Kepten yang paling kanan dilantik menjadi Komodor bagi mengetuai pasukan itu. TLDM mempunyai jawatan yang berfungsi seperti komodor Tentera Laut Amerika, dipanggil Pegawai Kanan Armada atau Senior Officer Afloat (SOFA).

Insignia[sunting | sunting sumber]

Insignia yang digunakan pada bahu Komodor Tentera Laut British, Australia, New Zealand, India, Pakistan dan Sri Lanka.
Insignia alternatif pakaian putih musim panas Komodor Tentera Laut British

Insignia Komodor adalah sama dengan insignia lengan yang dipakai oleh seorang Laksamana Pertama, tetapi ianya dipakai di atas bahu pegawai tersebut. Terdapat juga variasi yang memaparkan satu bintang untuk pakaian putih musim panas. Ini menunjukkan yang kedua-duanya Komodor dan Laksamana Pertama setaraf. Yang membezakan hanyalah kedudukan sebagai pegawai berbendera atau tidak (lantas, seorang Laksamana atau tidak).


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Laksamana Pertama