Kompleks Balai Islam Lundang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kompleks Islam Darulnaim
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Melayu
Bandar/pekanLundang
NegaraMalaysia
Pembinaan bermula1983
Pembukaan1 April 1988

Kompleks Islam Darulnaim ialah sebuah kompleks bangunan pentadbiran bagi agensi kerajaan negeri Kelantan yang terletak di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Ia menempatkan pejabat utama kepada agensi-agensi berkaitan hal ehwal agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Ia turut menempatkan sebuah dewan besar serbaguna bernama Balai Islam Negeri Kelantan[1]. Bermula dari tahun 1983, agensi-agensi Islam negeri mula dipindahkan ke kompleks ini[2]. Perpindahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menempatkan semua agensi agama yang berkaitan hal ehwal Islam dalam satu kompleks bagi memberi kemudahan kepada masyarakat berterusan[2]. Di kawasan sekitar kompleks terdapat kedai kunci Nik Auto Key, kedai kelengkapan rumah Salamku dan turut terdapat gerai makanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pertubuhan Kerabat Dato' Lundang Kelantan". Facebook. 31 Oktober 2014. Dicapai pada 28 Julai 2022.
  2. ^ a b "Sejarah penubuhan". Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Dicapai pada 28 Julai 2022.