Komunikasi luar sedar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komunikasi luar sedar (atau intuif) adalah petunjuk halus, tidak disengajakan, isyarat luar sedar yang memberi maklumat kepada individu lain. Ia boleh secara lisan (corak pertuturan, aktiviti fizikal semasa bercakap, atau nada suara seseorang individu[1][2]) atau ia boleh jadi bukan lisan (raut wajah dan bahasa badan[2]). Sesetengah ahli psikologi menggunakan istilah isyarat jujur ​​kerana isyarat itu adalah tingkah laku luar sedar yang sering menggambarkan emosi, manakala bahasa badan boleh dikawal.[3] Banyak keputusan berdasarkan pada komunikasi luar sedar, yang diterjemahkan dan diputuskan di hemisfera kanan otak.[4] Hemisfera kanan otak adalah dominan dalam memahami dan menggambarkan bahasa tubuh, raut muka, isyarat lisan, dan tanda-tanda lain yang berkait dengan emosi tetapi tidak sepenuhnya mengenai luar sedar.[4]

Tidak banyak yang diketahui mengenai fikiran luar sedar atau mengenai bagaimana keputusan dibuat berdasarkan komunikasi luar sedar kecuali hakikat bahawa ia sentiasa tanpa disengajakan. Terdapat dua jenis komunikasi luar: intrapersonal dan interpersonal.

Penyelidikan telah membuktikan bahawa minda sedar kita mampu menangani 5-9 perkara secara serentak. Semua maklumat yang lain diproses oleh minda luar sedar. Sebagai contoh, minda luar sedar kadang-kadang mengesan dan mengait isyarat bukan lisan mengenai individu berdasarkan bagaimana dia menyusun atau menetapkan keadaan rumah atau tempat kerja mereka.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chandler, David. "Tuning in to unconscious communication". MIT News. Dicapai pada 27 Feb 2012.
  2. ^ a b Ejim, Esther. "What is unconscious communication?". wiseGEEK. Conjecture Corporation. Dicapai pada 27 Feb 2012.
  3. ^ Pentland, Alex. "The Impact of Unconscious Communication". Gallup Management Journal. Dicapai pada 2012-3-3. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b Schore, Allen. "Projective Identification, Unconscious Communication, and the Right Brain". Courses for Mental Health Professionals. ContinuingEdCourses. Dicapai pada 2012-3-3. Check date values in: |accessdate= (bantuan)