Komunikasi medan dekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:NFC N-Mark Logo.svg
Logo "N-mark" untuk peranti yang menyokong komunikasi NFC

Komunikasi medan dekat atau komunikasi medan berhampiran (Near-field communication, NFC) ialah set protokol komunikasi yang membolehkan dua peranti elektronik (salah satunya bersifat mudah alih seperti telefon pintar) berhubung melalui pendedahan dekat dalam lingkungan jarak 4 sentimeter sesama kedua-dua peranti ini.[1]

Gambaran ringkas[sunting | sunting sumber]

Setiap peranti yang dipasangkan dengan NFC yang penuh boleh berfungsi dalam tiga moda:

  • Emulasi: membolehkan peranti berfungsi seakan kad pintar untuk tujuan transaksi seperti pembelian barang atau pembayaran tiket;
  • Pembacaan: membolehkan peranti membaca maklumat terkandung dalam tag yang tersembunyi dalam label atau poster khas.
  • Rakan-ke-rakan: membolehkan dua peranti aktif berkomunikasi sesama sendiri berkongsi maklumat untuk sementara waktu.

Piawaian atau standard NFC nerangkumi protokol komunikasi serta format pertukaran data; piawaian ini didasarkan kepada piawaian pengenalan frekuensi radio sedia ada —seperti ISO/IEC 14443 dan FeliCa[2]—termasuk ISO/IEC 18092[3] dan piawaian takrifan Sidang Komunikasi Medan Dekat (NFC Forum). Selain itu juga, kelompok GSMA mentakrifkan platform untuk pelancaran piawaian NFC mereka, GSMA NFC Standards,[4] dalam peranti mudah alih.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pernati yang dilengkapi NFC boleh dipakai dalam sistem pembayaran tanpa sentuh sepertimana yang digunakan dalam kad kredit dan kad elektronik pintar.

Alatan yang dipasang dengan protokol NFC dapat berfungsi sebagai dokumen identiti dan kunci kad elektronik.[5], bahkan juga dapat digunakan dalam laman media sosial untuk berkongsi maklumat kenalan, media atau fail,[6] bahkan juga untuk memasuki permainan mudah alih banyak pemain.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cameron Faulkner. "What is NFC? Everything you need to know". Techradar.com. Dicapai 30 November 2015. 
  2. ^ "Technical Specifications". NFC Forum. Dicapai 11 Disember 2011. 
  3. ^ "ISO/IEC 18092:2004 Information technology -- Telecommunications and information exchange between systems -- Near Field Communication -- Interface and Protocol (NFCIP-1)". ISO. Dicapai 11 Disember 2011. 
  4. ^ "GSMA NFC Standards". 
  5. ^ "NFC as Technology Enabler". NFC Forum. Archived from the original on 22 Disember 2013. Dicapai 15 Jun 2011. 
  6. ^ Pelly, Nick; Hamilton, Jeff (10 Mei 2011). "How to NFC". Google I/O 2011. Dicapai 16 April 2014. 
  7. ^ "NFC will catch on 'like wildfire' says Sundance festival game creator". Near Field Communications World. 20 Mac 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]