Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh Abas di dalam buku beliau yang berjudul “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”, pemerintahan Beraja merupakan salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan British, keadaan telah berubah kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula hilang secara beransur-ansur. Bermula daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan beraja telah dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita. Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan yang bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan.

Kedudukan Raja-raja[sunting | sunting sumber]

Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Setiap negeri mempunyai seorang Raja(Sultan) atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri seperti mana yang disebutkan dalam perenggan 5 Suruhanjaya Reid: “Yang di-Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi symbol perpaduan negara.”

Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja(Sultan) iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, dan Perak.

Tetapi terdapat 4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana 4 buah negeri ini tidak mempunyai Raja(Sultan). Maka Yang Dipertua Negeri yang akan memerintah serta menjadi lambang kepada kepada negeri yang tidak mempunyai raja.

Pilihan Seorang Raja[sunting | sunting sumber]

Pilihan seorang Raja adalah ditentukan oleh perkembangan negeri masing-masing dan biasanya mengikut adat istiadat negeri itu. Manakala setiap Yang DiPertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicaranya, tetapi perlantikan itu hendakalah dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing.

Yang diPertua Negeri menyandang jawatannya selama 4 tahun. Walaubagaimanapun, seorang Yang Dipertua Negeri itu boleh meletakkan jawatannya atau dilucutkan daripadanya jawatannya oleh Yang DiPertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri, dan disokong oleh undi tidak kurang daripada dua pertiga jumlah ahli dewan itu.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA)[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mewujudkan jawatan Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan kepada cadangan dalam Suruhanjaya Reid yang memasukkan peruntukan mengenai “Yang Dipertuan Besar di sisi perlembagaan bagi Persekutuan yang akan dipilih dari kalangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Yang Diper-tuan Agong dikatakan akan menjadi symbol perpaduan negara. Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang memperuntukkan bahawa baginda adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas.

Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Raja merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agam Islamnya ialah Yang Dipertuan Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan

  • Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, namun pada hakikatnya kuasa eksekutif ini dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri .
  • Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya
  • Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA dikehendaki mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Menteri-menteri.

Pemilihan YDPA[sunting | sunting sumber]

Pemilihan YDPA akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan dalam pemilihan YDPA hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Bahagian 1, Jadual Ketiga iaitu Seksyen 2, 3 dan 4 Perlembagaan PersekutuanPerkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA hanya dipilih untuk menyandang jawatan ini bagi tempoh 5 tahun sahaja. Majlis Raja-Raja memainkan peranan yang penting dalam pemilihan YDPA kerana mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam soal pemilihan YDPA.
  • Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan PersekutuanYang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemilihan YDPA

Ciri-ciri Kelayakan Menjadi YDPA[sunting | sunting sumber]

1.   Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih.

2.   Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.

3.   Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi sebagai proksi.

Ciri-ciri Ketidaklayakkan Menjadi YDPA[sunting | sunting sumber]

(Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi YDPA.)

1.   Raja itu belum dewasa.

2.   Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih.

3.   Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi YDPA disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja.

Pemecatan YDPA[sunting | sunting sumber]

YDPA hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, pemecatan YDPA oleh Majlis Raja-Raja mestilah mengikut peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 8, Bahagian 3, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi memecat YDPA dari jawatannya tidak boleh diludi bawah luskan kecuali sekurang-kurangnya 5 orang ahli Majlis Raja-Raja telah mengundi menyokong ketetapan itu.

Soal pemecatan YDPA juga adalah berdasarkan kepada budi-bicara Majlis Raja-Raja yang diperuntukkan di bawah Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan YDPA.

Fungsi dan Peranan YDPA[sunting | sunting sumber]

Kuasa Eksekutif[sunting | sunting sumber]

  • Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia dan Jadual Ke-2. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Menteri atau Menteri-Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
  • Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya  dalam menjalankan peranannya.
  • Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa YDPA dalam menjalankan pemerintahannya hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri serta menimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli Jemaah Menteri.
  • YDPA juga mempunyai kuasa dalam semua perkara di mana Parlimen membuat undang-undang di bawah Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan  Perlembagaan Persekutuan serta setakat dalam perkara yang disebut dari Perkara 93 hingga Perkara 95 Perlembagaan Persekutuan.
  • YDPA juga mempunyai kuasa untuk melantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak bawah butiran 19 A(1) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
  • YDPA boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat (Proclamation of Emergency)  di bawah Perkara 150 Perlembagaan  Persekutuan. Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa jika YDPA berpuas hati bahawa keadaan darurat yang serius berlaku serta mengancam ekonomi, ketenteraman boleh mengeluarkan perisytiharan tersebut.
  • Berdasarkan kes Teh Cheng Poh lwn  Public Prosecutor (1979) 1 MLJ 50 dan N.Madhavan Nair lwn Government of Malaysia , YDPA akan bertindak untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan atas nasihat Jemaah Menteri.
  • Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri. (Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan)

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen (Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan)

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu. (Perkara 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan)

Kuasa Legislatif[sunting | sunting sumber]

  • Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian daripada Parlimen.
  • Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan , YDPA boleh memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan menangguh sidang Parlimen.
  • Perkara 40(2)(b) & Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  • Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
  • Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA juga berfungsi dalam memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
  • Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan kelayakan ahli Parlimen.
  • Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berperanan untuk melantik Senator ke Dewan Negara. YDPA melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kuasa Kehakiman[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah :

  • Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Persekutuan Melayu, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
  • Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
  • Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 66 tahun.      
  • Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal, maka YDPA boleh menyingkirkan seseorang hakim itu daripada jawatannya.
  • Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Pemberian Bintang Kebesaran dan Ketua Angkatan Tentera[sunting | sunting sumber]

YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan mengikut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, baginda mempunyai kuasa pengampunan dan mengurangkan hukuman atas kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

YDPA juga akan mengurniakan Bintang Kebesaran kepada pihak-pihak yang layak.

Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan , YDPA mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan orang bukan Melayu.

Pelantikan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas, mereka akan mengangkat sumpah taat dan setia di hadapan YDPA.

Jawatan yang akan dilantik berdasarkan nasihat adalah seperti:

  • Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Pilihanraya
  • Perkara 137(3) Perlembagaan Persekutuan – sebahagian ahli Majlis Angkatan Tentera
  • Perkara 138 (2)(c) Perlembagaan Persekutuan -sebahagian ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
  • Perkara 139 (4) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Perkara 140 (3) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
  • Perkara 141A (2) Perlembagaan Persekutuan -Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Agama Islam[sunting | sunting sumber]

Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri-negeri ini.

Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan YDPA adalah Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta bahawa Parlimen boleh menubuhkan Majlis untuk menasihat YDPA mengenai perkara berkaitan dengan Agama Islam.  

Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Per. 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDPA untuk memanggil mesyuarat dengan ahli Majlis Raja-Raja untuk membincangkan keistimewaan ,kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Raja-Raja Melayu.    

Perkara-perkara yang TIDAK Boleh Dibuat oleh YDPA[sunting | sunting sumber]

Mengikut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan,

  • Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.
  • Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
  • Tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan negara ke suatu negara lain.
  • Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali

1.   Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam

2.   Bagi meminda Perlembagaan Negerinya atau

3.   Bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja    

Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 seiring dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja merupakan tempat bagi semua Raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Menurut Perkara 38(1) Perlembagaan Persekutuan, Majils Raja-Raja adalah ditubuhkan mengikut peruntukan dalam jadual kelima.  

Mengikut seksyen 1, Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja terdiri daripada Raja-Raja dan juga Yang Dipertua negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. 

Keanggotaan Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948 hingga 1957, keanggotaan Majlis Raja-Raja adalah terdiri daripada 9 orang sultan. Pada 31 Ogos 1957, keanggotaan Majlis Raja- Raja mempunyai sedikit perubahan ialitu teridiri daripada 9 orang sultan dan 2 orang ketua-ketua negeri. Mulai tahun 1963 pula, keanggotaan Majlis Raja-Raja terdiri daripada 9 orang sultan dan 4 orang ketua-ketua negeri.

Fungsi dan Peranan Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja- Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi:

  • memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga;
  • mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
  • memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
  • melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan;
  • memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dan boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut.

Menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan, anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong

(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;

(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;

(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;

(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan; atau

(f) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan

Krisis Perlembagaan 1983[sunting | sunting sumber]

Latar belakang krisis ini adalah PP v Tengku Mahmood Iskandar [1973]1 MLJ 128 dan PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977]2 MLJ 123. Fakta kes ialah responden didapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf kerana beliau bermain gold di Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak kepada Sultan Johor, hukuman telah dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah berkaitan dengan isu kesamarataan yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Krisis ini bermula apabila Tun Dr Mathahir memegang tampuk pemerintahan Malaysia pada tahun 1983 sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah mencadangkan untuk membuat pindaan tentang beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar rang undang-undang 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).

Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu berkaitan Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait dengan kedudukan YDPA.

Perkara 66 dan 150 Perlembagan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang undang-undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.

Sebelum Krisis[sunting | sunting sumber]

·        Segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA, jika YDPA tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak sah.

Semasa Krisis[sunting | sunting sumber]

  • Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law”.)
  • Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majilis Raja-raja kerana menurut Perkara 38(4) 2 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kedua-dua pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-raja.
  • Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa terhadap dua perkara ini diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti raja-raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan sultan tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk menjatuhkan atau menghapuskan kedudukan Raja Berpelembagaan namun ini akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi. Hal ini kerana, Perdana Menteri adalah pilihan rakyat manakala Raja-Raja pula mengikut jurai keturunan.
  • Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa perlembagaan ini ingin diubah pada 20 November 1983 di Kota Kinabalu . Antara wakil UMNO yang di hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris, Marina Yusof, Kamaruddin Mat Isa dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak menghasilkan apa-apa keputusan, YDPA tetap tidak setuju tentang pindaan perlembagaan ini.
  • Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi penerangan rapat umum secara berterusan. Apabila hal ini berlaku, menyebabkan Majlis Raja-raja mengubah keputusan mereka.

Cadangan Pindaan[sunting | sunting sumber]

  • Perkenan kepada perundangan yang diluluskan (Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) – kuasa menolak perkenan pada Rang Undang-undang oleh YDPA
  • Kuasa mengisytiharkan darurat (Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan)  - memindahkan kuasa daripada YDPA kepada Perdana Menteri

Kesan Krisis[sunting | sunting sumber]

  • Pada 15 Disember 1983Majlis Raja-raja dengan persetujuan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukan ke dalam Rang Undang-Undang. Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada rang undang-undang ditambah 30 campur 30 hari dan bukanlah 15 hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir.
  • Di mana sesudah satu rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama baginda akan memberi perkenan atau untuk mengembalikannya semula kepada Parlimen bagi pindaan selanjutnya, apabila parlimen tetap meluluskan maka 30 hari yang seterusnya tempoh YDPA untuk memberi pekenan atau tidak sekali lagi. Selepas itu, undang-undang tersebut secara automatik akan menjadi undang-undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan baginda atau tidak.
  • Manakala Perkara berkenaan dengan perisytiharaan kemerdekaan dibawah Perkara 150 kekal seperti sebelumnya namun atas nasihat Kabinet.  

Krisis Perlembagaan 1993[sunting | sunting sumber]

Krisis ini adalah berkaitan dengan kehilangan kekebalan dan immuniti Raja yang termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sebab Krisis[sunting | sunting sumber]

Later belakang krisis ini adalah insiden Gomez atau Insiden di Istana Bukit Serene. Douglas Gomez merupakan jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukan itu telah berjaya ke separuh akhir Kejohanan Hoki Malaysia Russian Milo Champion School. Walau bagaimanapun, Gomez telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menarik diri daripada perlawanan. Ini hanya salah satu daripada beberapa pengeluaran daripada pasukan hoki Johor dari kejohanan selama beberapa bulan sebelum itu. Kecewa dengan arahan itu, Gomez menggesa peletakan jawatan semua johor hoki persatuan pemegang jawatan utama. Beliau juga mengkritik kepimpinan untuk memusnahkan hocket di negeri ini. Selepas itu, Gomez telah dipanggil ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Beliau berada di sana selama 4 jam. Pada jam pertama, beliau diberi taklimat mengenai etika istana dan bagaimana untuk memohon ampun jika dia membuat kesilapan dalam tindakan atau komunikasi beliau dengan Sultan. Selepas Sultan Johor tiba, Gomez berkata beliau dikelilingi oleh enam lelaki dalam seluar jeans dan t-shirt dan sedozen Johore kakitangan kuasa tentera. Pada hari berikutnya, Gomez mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta tempatan untuk lebam di muka dan perutnya. Pada 6 Disember 1992, dia membuat laporan kepada pihak polis di mana dia mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa serangan dan pada istana dan bahawa, walaupun terdapat beberapa orang di istana pada masa itu, tetapi orang yang bertanggungjawab untuk kecederaannya adalah Sultan sendiri.

Cadangan Pindaan[sunting | sunting sumber]

1.   Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan – hilang kuasa immuniti

2.   Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan – boleh menjalani sebarang prosiding

3.   Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan – kuasa pengampunan

4.   Perkara 63 & 72 Perlembagaan Persekutuan – keistimewaan ahli Parlimen

5.   Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan – Penubuhan Mahkamah Khas

6.   Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan– kesan prosiding jenayah di Mahkamah Khas

7.   Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan– prosiding di Mahkamah Khas hanya boleh dibuat dengan izin Peguam Negara

Kesan Krisis[sunting | sunting sumber]

  • YDPA hari ini tidak lagi mempunyai imuniti atau kekebalan daripada proses kehakiman selepas pindaan dibuat kepada Perlembagaan pada tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang telah dibuat oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Akta 848) ) yang berhubung dengan penghapusan kekebalan YDPA dan Raja-raja Melayu.
  • Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda jelas sekali memperuntukkan bahawa YDPA tdak boleh didakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah Khas.
  • Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh didakwa di mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan
  • Tiada prosiding samada sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap YDPA kecuali dengan keiznan daripada Peguam Negara di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan
  • Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pindaan perlembagaan pada tahun 1993 hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses kehakiman atas sifat peribadinya sahaja. Ini telah disahkan dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg dan Twai Sli [1967] 1 MLJ 46

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan Utama dan sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. An Introduction to the Constitution of Malaysia, 3rd Edn, Pacifica Publications, Malaysia.
  • Harding, Andrew. 1996. Law, Government and the Constitution of Malaysia. Kluwer Internationa

Kes rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Duff Development Co Ltd v Kelantan Government and another [1924]All ER Rep 1
  • Mighell v Sultan Of Johore [1894]
  • Pahang Consolidated Co. Ltd v State of Pahang (1931-1932)
  • PP v Tengku Mahmood Iskandar [1973] 1 MLJ 128
  • PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977] 2 MLJ 123
  • Tun Datu Mustapha v Haji Mohamed Adnan Robert, Yang Dipertua Negeri Sabah & Datuk Joseph Pairin Kitingan [1986]2 MLJ 420
  • Tun Datu Hj.Mohamed Adnan Robert v Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun [1987] 1 MLJ 471.
  • Tun Datu Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohd Said Keruak, Yang Dipertua Negeri Sabah [1995]1 MLJ 169
  • Juraimi Hussin v pardons Board State of Pahang & Ors [2002]CLJ 529
  • Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir v Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin (Attorney General of Malaysia, intervener) [2009] 5 MLJ 464 (CA) [2010] 2 MLJ 285 (FC)
  • Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra v Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan & Ors [2011] 1 MLJ 128
  • Sultan Ismail Petra v Tengku Muhammad Faris Petra [2011]1 MLJ 1

Artikel Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • HF Rawlings, The Malaysian Constitutional Crisis of 1983, The International and Comparative Law Quarterly, Vol. 35, No. 2 (Apr., 1986), pp. 237-254
  • HP Lee, Hereditary Rules and Legal Immunities in Malaysia [1993]12 U. Tas. L. Rev. 323
  • the rebellious

Akta Rujukan[sunting | sunting sumber]