Korvet kelas Tonghae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Donghae
Pengguna:
Diganti oleh: kelas Pohang
Ditauliahkan:
  • 1983 - 2011
  • 2014-kini
Disiapkan: 4
Aktif: 1
Dibersarakan: 3
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 1,076 tonne (1,059 long ton; 1,186 short ton)
Panjang: 78.1 m (256 ka 3 in)[1]
Lunas: 9.6 m (31 ka 6 in)[1]
Draft: 2.6 m (8 ka 6 in)[1]
Jana kuasa: CODOG unit[1]
Halaju:
  • Maksimum: 31 knot (57 km/j)
  • Belayar: 15 knot (28 km/j)[1]
Jarak: 4,000 batu nautika (7,400 km)[1]
Krew: 95
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Sonar pemasangan badan EDO 786[2]
Persenjataan:

Korvet kelas-Donghae (Hangul: 동해급 초계함, Hanja: 東海級哨戒艦) adalah sebuah kelas kapal korvet yang terdiri daripada empat buah kapal yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Republik Korea bagi peranan rondaan pantai. Setiap korvet dipersenjatai dengan sebuah meriam kompak Oto Melara 76 mm, tiga buah meriam anti udara, enam buah torpedo dan 12 cas kedalaman untuk operasi anti kapal selam. Kapal-kapal ini menyerupai kelas Pohang yang dibina selepasnya, dengan sedikit perbezaan dari segi persenjataan.

Setiap kapal dibina oleh syarikat yang berlainan. ROKS Donghae (PCC-751) merupakan kapal pertama yang dilancarkan pada 18 November 1982, dan ROKS Anyang (PCC-755) adalah kapal terakhir pada tahun 1983. Setiap kapal dinamakan bersempena dengan nama bandar Korea sementara Donghae adalah sebuah bandar pelabuhan.

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

 Nama   Nombor   Pembina   Dilancarkan   Ditauliahkan   Dibersarakan   Status 
Donghae PCC-751 Korea Shipbuilding Corporation
(now Hanjin Heavy Industries)
18 November 1982 10 November 1983 30 Jun 2009 Dilupuskan dalam satu latihan armada
Suwon PCC-752 Korea Takoma Shipyard
(now Hanjin Heavy Industries)
18 Disember 1982 20 November 1983 30 Jun 2010 Dilupuskan dalam satu latihan armada
Gangneung PCC-753 Hyundai Heavy Industries 14 Mei 1983 21 Disember 1983 30 Jun 2010 Dilupuskan dalam satu latihan armada
Anyang PCC-755 Daewoo S&M Engineering 15 Jun 1983 21 Disember 1983 29 September 2011 Didermakan kepada Tentera Laut Colombia, dinamakan semula sebagai CM-55 ARC Nariño

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f John E. Pike (January 9, 2010). "Tonghae / Dong Hae (PCC Patrol Combat Corvette): Specifications". GlobalSecurity.org. Alexandria, Virginia. Dicapai pada June 30, 2010.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2011. Dicapai pada 2010-08-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Republic of Korea Navy ships