Pergi ke kandungan

Kotak hitam (pengangkutan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kotak hitam (Inggeris: black box) adalah suatu nama gantian yang digunakan bagi merujuk kepada beberapa alat rakaman dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam penerbangan (perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR)) dalam kapal terbang, perakam peristiwa kereta api dalam kereta api dan perakam data peristiwa dalam kereta. Kotak hitam bersaiz kotak kasut, berat sekitar 10kg, dan warnanya masa kini adalah warna jingga.

Penerbangan

[sunting | sunting sumber]
Kotak hitam FDR
Kotak hitam Rakaman Penerbangan.

Fungsi kotak hitam sendiri adalah untuk merakam komunikasi antara juruterbang dengan kawalan lalu lintas udara (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Setiap kotak hitam mempunyai saiz sebesar kotak kasut, dengan berat sekitar 10kg. Ia diperbuat dari aluminium, dan direka agar tahan hentaman yang kuat, kebakaran dan tekanan tinggi. Sungguhpun perakam penerbangan ini pada asalnya dicat hitam, warnanya ditukar pada jingga/merah bata bagi memudahkan ia dilihat oleh pencari dan penyiasat sekiranya pesawat itu mengalami kemalangan.

Satu "kotak hitam" sebenarnya terdiri daripada dua kotak - perakam suara kokpit dan perakam data. Perakam data penerbangan merakam aliran maklumat penerbangan, sementara perakam suara kokpit menyimpan perbualan dan bunyi lain yang berlaku di kokpit. Perakam suara kokpit mampu merakam komunikasi kokpit dalam kitaran dua jam dan menindan kesemuanya kecuali dua jam terakhir.

Ini disebabkan biasanya hanya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca nahas. Sebagai contoh, dalam nahas penerbangan Air France 447, perakam suara kokpit memberikan pandangan bernilai bagi penyiasat mengenai kekeliruan yang mengatasi juruterbang. Bagi kes MH370, bagaimanapun, ia dipercayai bahawa saat penting bagi memahami penerbangan bekitar pada tempoh sistem komunikasinya ditutup dan ia melencong tajam kearah barat sebelum terbang dengan senyap selama tujuh jam. Sungguhpun data penerbangan mungkin kekal, perbincangan di kokpit sejurus selepas perhubungan kawalan trafik udara dengan penerbangan terputus akan ditindak, kecuali kuasa pada perakam turut putus pada masa yang sama.

Apabila penderia pada kotak hitam mengesan bahawa ia diselitupi air, ia memberi isyarat ping, yang boleh dikesan oleh mikrofon dan penganalisa isyarat dari sekitar satu batu jauhnya. Bagaimanapun bateri pada kotak hitam hanya bertahan tidak kurang dari 30 hari sahaja. Pengesan mampu mengesan bunyi ping kotak hitam sehingga kedalaman 6,100m (20,000ft).[1]

Untuk melindungi papan ingatan, kotak hitam pada mulanya dibalut dengan rajang aluminium, termasuk juga lapisan penebat 1-inci, dikelilingi kerangka keluli tahan karat atau titanium. Kesemua rakaman melalui ujian agar utuh selepas kemalangan, termasuk juga hentaman terhempas. Setiap rekabentuk diuji agar tahan terhempas, api, dan terendam dalam laut. Sebagai contoh, untuk menguju ketahanan, penyelidik menjatuhkan berat 227kg (500 paun) dengan pin kelulu 0.64 cm (0.25-inci) pada unit dari ketinggian 3 meter (10 kaki) di udara. Kotak itu juga dikenakan tekanan 5,000l paun setiap inci (psi) keseluruhan peranti. Selain itu, penyelidik 'memasak' kotak hitam dalam pembakar sehingga 1,100° selsius (2,000° darjah Fahrenheit selama satu jam. Undang-undang memerlukan kesemua rakam bentuk-pepejal terselamat sekurang-kurangnya satu jam pada suhu ini. Ini menjadikan ianya sukar bagi sesiapa untuk menembusi kotak hitam, atau membinasakan data, dengan menggunakan kekuatan.[2]

]