Kuda Morgan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Morgan

A Morgan Horse
Ciri-ciri unggul: Padat, tubuh berotot kekar tetapi halus, kepala kemas, leher melengkung sempurna.
Negara asal: Amerika Syarikat
Standard baka
American Morgan Horse Association: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Morgan adalah antara baka kuda terawal yang dicipta di Amerika Syarikat.[1] Bersusur-galur kepada asas baka iaitu Figure si kuda jantan, kemudian ditukar namanya kepada Justin Morgan sempena pemiliknya yang terkenal sekali, kuda Morgan telah memainkan banyak peranan dalam sejarah Amerika abad ke-19 dengan digunakan sebagai kuda kereta serta lumba abah-abah, tunggangan awam, dan kuda askar sewaktu Perang Saudara Amerika di kedua-dua pihak bermusuh. Kuda Morgan telah mempengaruhi banyak baka Amerika yang lain, misalnya American Quarter, Tennessee Walking dan Standardbred. Pada abad ke-19 dan ke-20, baka ini dieksport ke luar negara, termasuklah England di mana ia mempengaruhi pembiakbakaan kuda Hackney. Pada tahun 1907, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menubuhkan Ladang Kuda Morgan AS di Middlebury, Vermont untuk tujuan melestarikan dan menambah baik baka Morgan; ladang itu kemudiannya dipindahkan ke Universiti Vermont. Daftar baka pertamanya ditubuhkan pada 1909, dan semenjak itu tertubuhnya banyak pertubuhan bagi baka ini di AS, Eropah dan Oseania. Terdapat kira-kira 175,000 ekor kuda Morgan di seluruh dunia setakat tahun 2005.

Kuda Morgan adalah baka yang padat dan halus, dan terdapat dalam pelbagai warna, terutamanya bay, hitam atau berangan in color, although they come in many colors, including several variations of pinto. Kuda Morgan merupakan haiwan lambang negeri-negeri Vermont dan Massachusetts.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Frequently Asked Questions". American Morgan Horse Association. Dicapai 2012-06-11.