Ababil (kumpulan rock Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Ababil)
Ababil
Kulit album Kumpulan Ababil
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
History
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1989
2014 - sekarang (reunion)
Syarikat rakaman
P & C TRC Sdn Bhd
Laman sesawang
Ababil.
AhliAjid - vokal
Dann - drum
Sam - bass
Rosli - gitar
Azmi - keyboard
Bekas ahliMenk - gitar
Anggota asal Ababil

Kumpulan Ababil merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Ia dahulunya dikenali sebagai History.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Vokalis - Ajid (kemudian menyertai Kumpulan GET)
  • Bass - Sam
  • Dram - Dann (kemudian menyertai kumpulan Qiara)
  • Gitar - Menk (kemudian digantikan oleh Rosli)
  • Keyboard - Azmi Mohammad

Album pertama[sunting | sunting sumber]

Album pertama Ababil dipasarkan pada tahun 1989. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan ini kerana 9 dari 10 buah lagu dalam album tersebut diharamkan penyiarannya oleh pihak RTM. Selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album yang berjudul Ababil itu adalah:

  1. Ababil
  2. Cinta Belum Berakhir (satu-satunya lagu yang diluluskan untuk siaran)
  3. Mawar Jingga Jenggo
  4. Halwa Tamak Habola
  5. Umpama Mimpi Memang Mimpi
  6. Hidup Topengan Syaiton Nirrajimm
  7. Warna Cinta 🏳️‍🌈
  8. Ringgit Malaysia
  9. Rindu 100 persen
  10. Badai Cinta Asrama

Reunion[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014 anggota-anggota asal Ababil telah mengumumkan projek 'reunion'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]