Grand (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Grand)
Jump to navigation Jump to search
Grand
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1999 hingga sekarang
Syarikat rakaman
Fantasia Music City
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.youtube.com/watch?v=4W3IGt15JOc&feature=related
Ahli(Amy) Zuraimi bin Rahman penyanyi
(Jun) Jun Hairi bin A. Latip
(Joe) Muhamad Johari bin Zainal Abidin
(Zaid) Mohd Zaid bin Sheikh Sulaiman
(Yus) Mohd Yusri bin Mohamad

Kumpulan Grand merupakan sebuah kumpulan pemuzik yang berkonsepkan rock and roll, slow rock, ballard dan moden rock. Kumpulan itu berasal dari Johor dan merupakan artis di bawah syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC).[1]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Grand terdiri daripada 5 orang anggota yang kesemuanya adalah lelaki dan berasal di sekitar Johor Bahru, JOHOR. Senarai anggotanya adalah :-

  1. Amy penyanyi
  2. Jun pemain gitar bass
  3. Joe pemain gitar utama
  4. Zaid pemain drum
  5. Yus pemain gitar kedua

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini bermula dengan Joe dan Jun yang merupakan rakan sekolah berhasrat menubuhkan sebuah kumpulan muzik bagi meneruskan cita-cita muzik mereka.

Mereka kemudian berusaha mendapatkan penyanyi yang sesuai dengan citarasa muzik mereka namum usaha mereka sering gagal disebabkan ramai penyanyi yang di uji kurang keserasian sehinggalah mereka diperkenalkan dengan Amy yang juga di uji oleh mereka dan terbukti terdapat keserasian bersama.

Seorang rakan kepada mereka iaitu Kutik yang merupakan bekas penyanyi kepada kumpulan muzik mereka yang terdahulu mencadangkan adiknya iaitu Zaid kepada mereka sebagai pemain drum dan terbukti terdapat juga keserasian semasa mereka berlatih bersama.

Kumpulan ini dilengkapi dengan kehadiran Yus sebagai pemain gitar kedua yang juga merupakan bekas pemain gitar kepada Zaid untuk kumpulan muziknya yang terdahulu.

Grand melangkah ke industri muzik tempatan menerusi album pertama mereka Gema Gempita terbitan dan edaran oleh Fantasia Music City. Mereka mula popular menerusi lagu Rahsia di sebalik Hati ciptaan Patrick Kamis.

Selepas 10 tahun , Grand di jangka akan terbit dengan album ke-2 yang masih dalam proses pembikinan. Namun untuk album yang masih belum di beri judul ini, Grand akan menerbitkan secara sendiri disebabkan oleh kontrak mereka dengan Fantasia Music City telah tamat.

Album[sunting | sunting sumber]

Gema Gempita (2001) terbitan Fantasia Music City

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rahsia Di Sebalik Hati Senilagu : Patrick Kamis Senikata : Sutera

Semerah Rindu Senilagu : Eddie Hamid Senikata : Afiqah MS

Debu Senilagu : Bak Senikata : Kutik

Sabarmu Buat Ku Mengalah Senilagu :RenggoArrow Senikata : RenggoArrow

Maafkan Aku Senilagu : CDData Senikata : CDData

Perjalanan Hidup Senilagu : Bak Senikata : Kutik

Janganlah Begitu Senilagu : Bak Senikata : Lukman S

Bungai Ati (Versi Iban) Senilagu : Patrick Kamis Senikata : Evelyn

Reggea Kasih Senilagu : Bak Senikata : Amy

Takkan Ku Lupa Senilagu : Joe Senikata : Zaid

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]