Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 1°29′14″N, 103°46′52″E

Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ د مليسيا
جوهر دارالتّعظيم
Johor Darul Ta'zim
Bendera Johor Lambang Johor
Bendera Lambang
Cogan kata: Kepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
(Unto God Resigned)
Lagu negeri: Lagu Bangsa Johor لاڬو بڠسا جوهر
Lokasi Johor
Ibu negeri Johor Bahru[1]
Kota Iskandar (Pusat Pentadbiran)
Bandar diraja Muar
Parti memerintah Barisan Nasional (UMNO)
 - Sultan Sultan Ibrahim Ismail
 - Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin
Sejarah  
 - Kesultanan Johor kurun ke-14 
 - Pengaruh British 1914 
 - Zaman Pendudukan Jepun 1942 
 - Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 19,984 km²
Populasi
 - 2010 census 3,348,283 [1]
 - Kepadatan 174/km²
Kod panggilan kebangsaan 072
06 (Muar)
Poskod kebangsaan 79xxx to 86xxx
Huruf pertama plat kenderaan J
Laman sesawang: www.johor.gov.my
^  1. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Nusajaya pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.
Daerah-daerah lama negeri Johor Darul Takzim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.

Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum kedatangan Barat[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Johor

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Johor Moden[sunting | sunting sumber]

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan perlembagaan dan menubuhkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar digelar sebagai "Bapa Johor Moden".

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah menerima seorang Penasihat Am British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang menaungi Johor telah dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.

Malayan Union kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 negeri yang menyertai Malaysia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Johor

Kedudukan daerah-daerah negeri Johor[sunting | sunting sumber]

Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Daerah[sunting | sunting sumber]

Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Johor) seperti berikut:[2]

No Bendera Daerah
01 Bendera Johor Bahru Johor Bahru Bukit IndahSkudaiMasaiTebrauPlentongPasir GudangGelang PatahTampoiUlu TiramKempasKangkar PulaiUlu ChohNusajayaPasir Gudang
02 Bendera Kulaijaya Kulaijaya KulaiAyer BembanBukit BatuKangkar PulaiKelapa SawitSalengSedenakSeelongSenai
03 Bendera Pontian Pontian Pontian BesarPekan NenasBenutSanglangAyer BaloiPulai SebatangApi-api
04 Bendera Kota Tinggi Kota Tinggi Bandar Kota TinggiKuala SediliSungai RengitPengerangSungai RengitTeluk RamuniaFelda Bukit EasterFelda Lok Heng TimurFelda Lok Heng BaratFelda Lok Heng SelatanFelda Gugusan AdelaMawaiFelda Bukit WahaFelda Air Tawar 5Felda Air Tawar 4Felda Air Tawar 3Felda Air Tawar 2Felda Air Tawar 1Felda LinggiuFelda PasakFelcra Kota TinggiFelcra Sungai AraBandar PenawarTelok SengatFelda Bukit Aping TimurFelda Bukit Aping BaratSediliFelda Papan TimurFelda Sungai MasBandar MasFelda SemenchuFelda Simpang Waha
05 Bendera Kluang Kluang Simpang RenggamMengkibolPalohKahangMachapLayang-Layang
06 Bendera Segamat Segamat LabisJementahBuloh KasapChaahBekokBatu AnamPagohPekan Air PanasGemas BaharuSungai KarasGemerehBatu Badak
07 Bendera Muar Muar Parit Bakar Parit RajaParit JawaParit UnasParit BungaBakriPagohBukit PasirPanchorBukit MorBukit TrehSungai AbongSungai BalangBukit KepongLenga
08 Bendera Batu Pahat Batu Pahat RengitYong PengSemerahParit SulongSri GadingParit YaaniParit RajaAyer HitamSenggarangTongkang PechahPeseraiSri MedanParit BesarPura KencanaKampung Istana
09 Bendera Mersing Mersing TriangTengluPenyabongTenggarohJemaluangPulau-PulauPadang EndauSembrongLenggor
10 Bendera Ledang Ledang Bukit SerampangSungai MatiBandar TangkakKundang UluSeromKesangSagilTanjung AgasBukit GambirSungai MatiBukit KangkarPekan RawangParit BungaKebun BaharuGerisek

Hutan Simpan[sunting | sunting sumber]

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Gunung-gunung di Negeri Johor[sunting | sunting sumber]

Johor merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Hutan adalah salah satu daripada sumber alamnya. Ia dikenali sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah hutan yang tertua di dunia yang mana ia hanya boleh ditemui di kawasan Khatulistiwa. Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kerana menyokong kepelbagaian organisma hidup yang terbesar di atas bumi. Keindahan flora dan fauna di negeri Johor ini masih terpelihara. Terdapat beberapa gunung ganang di negeri ini yang amat sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi perkelahan, perkhemahan dan aktiviti mendaki.

Senarai Pulau[sunting | sunting sumber]

Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau di Johor yang paling besar ialah:

Bandar Utama[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar utama di Johor termasuklah:

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan etnik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, jumlah penduduk di negeri Johor ialah 3.35 juta penduduk.[6] Ini menjadikannya negeri ke-2 paling ramai penduduk di Malaysia. Majoriti penduduknya ialah berbangsa Melayu iaitu lebih daripada separuh penduduk Johor. Selain itu, kumpulan etnik ke-2 terbesar ialah kaum Cina (35.4%) diikuti dengan kaum India (6.9%) dan kaum lain-lain (6.6%)

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama terbesar dalam negeri Johor ialah agama Islam kerana sebahagian penduduk negeri terutama kaum Melayu menganuti agama ini. Agama ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam negeri ini kerana ia adalah agama rasmi negeri. Pegangan agama kaum Cina kebanyakkannya ialah seperti Taoisme dan Konfusianisme dan sedikit yang mengamalkan agama Buddha dan juga Islam. Bagi kaum India pula, majoriti penduduk kaum itu menganut agama Hindu dan hanya sedikit sahaja yang mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian. Pegangan seperti animisme turut masih diamalkan dalam kalangan Orang Asli.

Kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar. Menurut perlembagaan tersebut, Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.

Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.

Negeri Johor dibahagikan kepada 10 daerah di bawah 14 pihak berkuasa tempatan [7], iaitu:


  1. Batu Pahat:
    1. Majlis Perbandaran Batu Pahat
    2. Majlis Daerah Yong Peng
  2. Johor Bahru:
    1. Majlis Bandaraya Johor Bahru
    2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
    3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang
  3. Kulaijaya:
    1. Majlis Perbandaran Kulai
  4. Kluang:
    1. Majlis Perbandaran Kluang
    2. Majlis Daerah Simpang Renggam
  5. Kota Tinggi:
    1. Majlis Daerah Kota Tinggi
  6. Mersing:
    1. Majlis Daerah Mersing
  7. Muar:
    1. Majlis Perbandaran Muar
  8. Ledang:
    1. Majlis Daerah Tangkak
  9. Pontian:
    1. Majlis Daerah Pontian
  10. Segamat:
    1. Majlis Daerah Segamat
    2. Majlis Daerah Labis

Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.

Politik[sunting | sunting sumber]

Johor dikenali sebagai "kubu kuat" bagi Barisan Nasional sehingga Pilihan raya umum Malaysia 2013. Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, DAP (mewakili Pakatan Rakyat) hanya menang satu kerusi Parlimen, sementara di Sidang DUN, Pakatan cuma menghantar enam ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor. Namun, pada Pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat telah memenangi sebanyak 5 kerusi Parlimen, manakala bagi sidang DUN, Pakatan telah memenangi sebanyak 18 kerusi ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor. Hal ini berjaya menafikan kedudukan parti pemerintah Barisan Nasional sebagai kubu kuatnya di Johor. DAP telah memenangi 13 kerusi ADUN daripada 14 kerusi yang dipertandingkan, PAS meningkat dari 2 kerusi ADUN pada tahun 2008 kepada 4 kerusi ADUN pada tahun 2013 manakala PKR memenangi 1 kerusi ADUN di Bukit Batu. Bagi peringkat parlimen, DAP memenangi 4 kerusi parlimen di Bakri, Kluang, Gelang Patah dan Kulai, manakala PKR memenangi satu kerusi parlimen di Batu Pahat setelah menewaskan Mohd Puad Zarkashi, bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Senarai Menteri Besar Johor[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Menteri Besar Johor
No. Nama Tarikh Berkhidmat
1. Datuk Jaafar Mohamed 1886-Julai 1920
2. Datuk Mohamed Mahbob Julai 1920-1922
3. Dato' Abdullah Jaafar September 1923-1928
4. Dato' Mustapha Jaafar 16 September 1928-23 November 1931
5. Datuk Abdul Hamid Yusof 23 November 1931-28 Disember 1934
6. Ungku Abdul Aziz Abdul Majid April 1935-1 Jun 1947
7. Dato' Onn Jaafar 1 Jun 1947-18 Mei 1950
8. Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed 20 Februari 1952-5 Jun 1955
9. Datuk Wan Idris bin Ibrahim 1 Oktober 1955-16 Jun 1959
10. Tan Sri Hassan Yunos 27 Jun 1959-31 Januari 1967
11. Tan Sri Othman Saat Februari 1967-April 1982
12. Datuk Abdul Ajib bin Ahmad 29 April 1982-12 Ogos 1986
13. Tan Sri Muhyiddin Yassin 12 Ogos 1986-3 Mei 1995
14. Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman 3 Mei 1995-3 April 2013
15. Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin 8 Mei 2013-Kini

Askar Timbalan Setia Negeri Johor[sunting | sunting sumber]

Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Forces adalah satu-satunya pasukan beruniform ala ketenteraan yang wujud secara unik di Malaysia 'yang hanya ada di Negeri Johor sejak tahun 1885' sehingga sekarang.

Bagaimanapun, fungsi Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) atau Johor Military Force (JMF) ini hanya terhad kepada hal istiadat istana negeri .

Kebudayaan Tradisi Melayu Johor[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya di Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.

Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:

  • Baju Teluk Belanga
  • Baju cekak musang
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang

Program marhaban a.k.a bara'an :(Perkataan marhaban itu sendiri merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'. Boleh dikatakan sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu berkunjung ke rumah. Masyarakat Jawa sering dikaitkan dengan Bara’an. " Bara'an" maksudnya Berarak sambil bermarhaban) amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Johor ketika di bulan Syawal .Ianya disambut selama sebulan Aidilfitri dari 1 Syawal hingga 30 Syawal. Rombongan marhaban (biasanya lebih 10 orang) akan berkunjung dari rumah ke rumah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan alunan lagu yang tersendiri. Marhaban biasanya diadakan dari rumah ke rumah, di adakan di kampung, di taman perumahan, marhaban sekolah, marhaban kawan sepejabat dan marhaban bersama keluarga.

Makanan Tradisi Masyarakat Melayu Johor[sunting | sunting sumber]

Makanan dan Hidangan

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:




  • Laksa Johor : makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.
  • Mi bandung :juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.
  • Mi rebus :adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.
  • Telur pindang : amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
  • Roti Kirai/Roti Jala :Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.
  • Otak-otak :Antara otak-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak Kempas’ dan ‘otak-otak Gelang Patah’.
  • Nasi beriani Gam:Amat terkenal di daerah Batu Pahat
  • Soto:Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet
  • Burasak:sejenis makanan orang-orang Bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.
  • Nasi Ambeng : Pengaruh masakan Jawa sangat kuat dan juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.
  • Halwa Maskat : Makanan ini dipercayai merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari Oman, dan turut menjadi tradisi Masyarakat Banjar. Manisan ini diperbuat daripada tepung yang dibasuh dan ditapis untuk mendapatkan pati tepung sebelum di peram selama 3 hari sebelum di masak di atas dapur, ia digaulkan bersama minyak sapi dan kismis, hidangan ini sangat rumit disediakan tetapi sangt unik dan sedap dimakan, ia sangat sukar ditemui kini kerana kerumitan membuatnya dan tiada lagi generasi kini yang ingin belajar membuat hiidangan ini.
  • Kerutup Ikan
  • Asam pedas daun kesum
  • Pecal
  • Tauhu bakar
  • Pendaram
  • Rojak petis
  • Air Katira
  • Kacang pol
  • Wajik Sirat
  • Pisang Salai
  • Lontong
  • Botok-botok
  • Rojak Asma

Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).

Sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pelancongan di Johor

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

  • Desaru: Memiliki pantai-pantai yang cantik dan permai serta padang golf di pantai yang menghadap Laut China Selatan;
  • Johor Bahru: Merupakan syurga membeli-belah bagi rakyat tempatan dan Singapura, mempunyai gedung-gedung membeli-belah yang banyak di sekitar bandaraya dan taman-taman tema yang bertaraf dunia seperti Legoland Malaysia , Puteri Harbour Family Theme Park , Angry Birds Activity Park Johor Bahru [8] , KSL Dinosaur Water Park in Johor [9] , Austin Water Park (Akan datang), Six Flags(Akan datang)[10]
  • Kota Tinggi: Meyimpan banyak tinggalan sejarah dan mempunyai air terjun yang ketinggianya 34 meter.
  • Kukup: Merupakan sebuah kampung nelayan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut dan mempunyai sebuah jeti di Serkat untuk ke Tanjung Balai dan Kota Batam di Indonesia
  • Muar: Sebuah Bandar Di-Raja yang cantik di tebing Sungai Muar dan nikmatilah keindahan Bandar Di-Raja ini dengan menelusuri Sungai Muar dengan menaiki bot pelancong di Tanjung Emas.
  • Tanjung Piai: Merupakan tanah yang paling selatan atau yang paling hujung di benua Asia.(Southernmost Tip of Mainland Asia)
  • Sagil , Tangkak: Terletaknya Gunung Ledang, merupakan puncak yang tertinggi (1276m) di Negeri Johor dan air terjun yang mendamaikan di kaki gunung.
  • Mersing: Mempunyai lebih 7 pulau-pulau yang cantik dan pantai berpasir yang menawan, sangat sesuai untuk akitiviti bersama keluarga di hujung minggu atau cuti umum.
  • Kulaijaya
  • Ayer Hitam: Terkenal dengan tempat membeli-belah barangan tembikar, kraftangan, pasu, patung mainan dan macam-macam lagi. Selain tu, Ayer Hitam juga popular dengan pusat menjual barangan perkahwinan sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.


Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pengangkutan di Johor

Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan @ PLUS Expressways [11] mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Lebuhraya Di Johor[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang[sunting | sunting sumber]

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terletak kira-kira 30 kilometer daripada pusat bandaraya Johor Bahru. Memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan antarabangsa, nasional dan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974,lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. Sebuah landasan kapal terbang yang baru sedang dibina. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan satu-satunya lapangan terbang yang dikelolakan oleh pihak swasta (selain MAHB) di Malaysia.Malaysia Airlines , Air Asia , Malindo Air , Firefly dan Xpress Air [18] di antara Syarikat Penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pelabuhan[sunting | sunting sumber]

Negeri Johor mempunyai 3 buah pelabuhan yang sangat penting untuk ekonomi Malaysia. Ini sekaligus menjadikan Johor mempunyai pelabuhan terbanyak di Malaysia :


Keretapi[sunting | sunting sumber]

Sistem jalan keretapi di Johor yang dikelolakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula di Stesen KTMB Johor Bahru sehingga Stesen KTMB Gemas. Hanya terdapat satu landasan keretapi sahaja di tengah-tengah negeri Johor tetapi mempunyai dua cabang iaitu cabang Kempas ke Pelabuhan Pasir Gudang dan cabang Skudai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Menjelang 2011 landasan berkembar dari Gemas ke Singapura bakal dibina dengan bantuan kerajaan melalui kontraktor yang dilantik. Apabila siap nanti semenanjung Malaysia mempunyai sistem jalan keretapi yang lebih cekap dan efisen dari Singapura ke Padang Besar. Terdapat juga pelan perancangan oleh Syarikat YTL berkaitan pembinaan Landasan Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura (melalui Johor), namun masih dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.

Stesen Keretapi di Johor[sunting | sunting sumber]

Terminal KTM Antarabandar



Sistem Pengangkutan Akan Datang[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan kemajuan Negeri Johor dan kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sistem transit aliran ringan LRT bagi menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Johor Bahru, serta sistem maglev - monorel bagi menghubungkan pusat-pusat tumpuan utama di daerah Johor Bahru. Selain itu Kerajaan Singapura bercadang menyambung sistem Mass Rapit Transit MRT republik itu ke bandaraya Johor Bahru. Di kawasan Nusajaya ada perancangan untuk membina Sistem Keretapi Tram bagi menghubungkan tempat-tempat utama seperti Medini, Educity, Cybercity, Puteri Habour, Kota Iskandar, Legoland, PTP, Ramsar dan tempat-tempat menarik lain atas inisiatif swasta dan pihak Iskandar Malaysia. Sistem Komuter seperti di Lembah Klang juga bakal dibina di sini bagi mengurangkan kesesakan pada masa akan datang menghubungkan bandar-bandar besar di sekitar Johor Selatan contohnya, antara Kota Tinggi dengan Johor Bahru, Pontian dengan Johor Bahru, Kulai dengan Johor Bahru, Skudai dengan Johor Bahru, Kempas/Pandan dengan Johor Bahru dan Pasir Gudang dengan Johor Bahru. Semua sistem ini masih dalam perancangan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan.

Pelan Cadangan Untuk Membina Laluan High Speed Rail



Projek jambatan, terowong Pontian-Karimun[sunting | sunting sumber]

Terdapat cadangan pembinaan Jambatan dan Terowong dari Kukup, Pontian ke Kepulauan Riau (JOKARI) yang diutarakan pengkaji dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awal tahun 2014 mendapat petanda positif. Dekan Penyelidikan Bersekutu Pembinaan UTM, Prof Dr Muhd Zaimi Abd Majid, projek ini sudahpun mendapat minat pelabur walaupun masih di peringkat cadangan. (Baca lagi[20]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Negeri Johor merupakan salah satu daripada negeri-negeri termaju di Malaysia disamping Selangor dan Pulau Pinang. Ekonominya terdiri daripada campuran pertanian, pengeluaran, perdagangan dan pelancongan.

Johor terus menjadi pilihan pelabur tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM14.9 bilion sejak Januari hingga Mei tahun 2014.[21] Johor juga bakal menerima pelaburan melibatkan projek pembangunan bernilai berbilion ringgit dalam beberapa tahun mendatang di bawah Pelaburan Iskandar Malaysia.

Johor menjadi di antara negeri yang menjadi penyumbang utama kepada momentum pertumbuhan nasional selain kawasan Lembah Klang. Selain bersebelahan dengan negara maju Singapura dan berjiran dengan negeri Melaka yang sedang pesat membangun, Johor juga mempunyai pelabuhan moden dan prasarana yang baik, kelas pertengahan yang besar serta kesepaduan masyarakat majmuknya.Kerajaan negeri bertekad untuk menjadikan Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi paling pesat di negara ini, apatah lagi berada di kedudukan yang amat strategik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor harus menjadi ‘Kuala Lumpur kedua’ dan yakin menjadi pilihan para pelabur kerana terletak di lokasi yang baik.[22]

Singapura merupakan antara kumpulan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia. Selain Singapura, syarikat-syarikat hartanah luar negara termasuk daripada China, Hong Kong, Australia dan Jepun turut dalam pelbagai projek di Iskandar Malaysia.

Johor Corporation atau JCorp [23] dan Johor State Investement Centre [24] atau JSIC adalah anak syarikat kerajaan negeri yang banyak membantu untuk pertumbuhan ekonomi negeri Johor disamping Kerajaan Persekutuan.

Johor ialah pengeluar utama bagi getah, nenas [25] dan minyak kelapa sawit. Hutannya merupakan asas untuk perkembangan pemprosesan kayu-kayan dan kayu balak. Sewaktu 1980-an, terdapat perkembangan utama taman-taman perindustrian dan projek perbandaran diseluruh negeri. Pelbagai syarikat antarabangsa daripada Singapura telah berpindah ke Johor untuk mengambil kesempatan daripada kos yang lebih rendah. Industri-industri utamanya termasuk elektronik, tekstil, pembinaan kapal, dan juga kilang-kilang penapis minyak kelapa sawit dan bahan sumber semulajadi serta bahan kimia daripada petroleum.

Ramai penduduk di Johor juga berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Singapura. [26]

Kawasan-kawasan perindustrian di seluruh negeri Johor[sunting | sunting sumber]

  1. Kawasan Perindustrian Bakri , 84200 Bakri, Muar
  2. Kawasan Perindustrian Tanjung Agas , 84000 Ledang
  3. Kawasan Perindustrian Timur, 81300 Skudai
  4. Kawasan Perindustrian Tangkak, 84900 Ledang
  5. Kawasan Perindustrian Segamat I & II, 85000 Segamat
  6. Kawasan Perindustrian Cemerlang , 81800 Ulu Tiram
  7. Kawasan Perindustrian Mersing, 86800 Mersing, Johor
  8. Kawasan Zon Perindustrian Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas , 81560 Gelang Patah
  9. Kawasan Perindustrian Dato Onn , 80350 Johor Bahru
  10. Kawasan Perindustrian i-Park , 81100 Bandar Indahpura Kulaijaya
  11. Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit , 81000 Kulaijaya
  12. Kawasan Perindustrian Dewani , 81100 Johor Bahru
  13. Kawasan Perindustrian Taman Johor, 81200 Johor Bahru
  14. Kawasan Perindustrian Kempas , 81200 Johor Bahru
  15. Kawasan Perindustrian Larkin, 80350 Johor Bahru
  16. Kawasan Perindustrian Permas Jaya , 81750 Johor Bahru
  17. Kawasan Perindustrian Lukut 81900 Kota Tinggi
  18. Kawasan Perindustrian Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi
  19. Kawasan Perindustrian Kluang , 86000 Kluang
  20. Kawasan Perindustrian Pasir Gudang , 81700 Pasir Gudang
  21. Kawasan Perindustrian Mount Austin, 81100 Johor Bahru
  22. Kawasan Perindustrian Pontian , 82000 Pontian
  23. Kawasan Perindustrian Senai , Fasa 11 , 81400 Senai
  24. Kawasan Perindustrian Senai High Tech Park, 81400 Senai
  25. Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru
  26. Kawasan Perindustrian Temenggong,off Jln Tampoi, 81100 Johor Bahru
  27. Kawasan Perindustrian Sri Gading , 83300 Batu Pahat
  28. Kawasan Perindustrian Seri Purnama, 81100 Johor Bahru
  29. Kawasan Perindustrian Tebrau I, II, III & IV , 81100 Johor Bahru
  30. Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah , 83000 Batu Pahat
  31. Kawasan Perindustrian SiLC, 79200 Nusajaya
  32. Kawasan Miel Seri Alam, 81750 Masai
  33. Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, 81700 Pasir Gudang
  34. Kawasan Perindustrian Taman Universiti, 81300 Skudai
  35. Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, 84600 Muar
  36. Kawasan Perindustrian Nusa Cemerlang, 81550 Gelang Patah
  37. Kota Putri Industrial Park , 81750 Masai
  38. Taman Teknologi Johor, 81400 Senai
  39. Taman Industri Damaiplus , 83000 Batu Pahat
  40. Taman Industri Jaya , 81300 Skudai
  41. Taman Industri Sri Sulong , 83500 Batu Pahat
  42. Taman Perindustrian Berjaya , 81300 Skudai
  43. Taman Perindustrian Dewani , 81100 Johor Bahru
  44. Taman Perindustrian JB Perdana , 81300 Skudai
  45. Taman Perindustrian Maju Jaya , 81300 Skudai
  46. Taman Perindustrian Murni , 81400 Senai
  47. Taman Perindustrian Pulai , 81300 Skudai
  48. Taman Perindustrian Sri Plentong , 81750 Masai
  49. Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, 81120 Skudai
  50. Taman Teknologi Johor , 81400 Senai
  51. Tampoi Industrial Park , 81200 Johor Bahru
  52. Taman Universiti Industrial Park, 81300 Skudai

Media[sunting | sunting sumber]

Negeri Johor mempunyai 4 pusat transmisi atau pemancar bagi media elektronik radio dan televisyen. 4 pusat pemancar tersebut ialah:-

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Antara stesen radio dan TV yang memancarkan siarannya di negeri Johor ialah rangkaian radio dan TV milik negara dan swasta. Berikut adalah senarai saluran-saluran TV yang bersiaran di Negeri Johor.

Saluran TV dari stesen pemancar Gunung Pulai, Kulaijaya

Saluran TV dari stesen pemancar Gunung Ledang, Ledang

Saluran TV dari stesen pemancar Bukit Tinggi, Mersing

Saluran TV dari stesen pemancar Bukit Penawar, Kota Tinggi

Selain daripada itu, terdapat juga rangkaian TV dari negara-negara jiran yang boleh juga diterima di selatan Johor khususnya daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai Jaya dan Kota Tinggi. Antaranya ialah:

Rangkaian TV milik MediaCorp TV Holding, Singapura

Rangkaian TV nasional Indonesia

  • Televisyen Republik Indonesia (TVRI), milik kerajaan - VHF 06
  • Rajawali Citra Televisyen Indonesia (RCTI), milik MNC - UHF 43
  • MNC TV dahulunya TPI, milik MNC - UHF 41
  • Global TV, milik MNC - UHF 57
  • Transformasi Televisyen (Trans TV), milik TransCorp - UHF 45
  • Surya Citra Televisyen (SCTV), milik SCM - UHF 47
  • Indosiar Visual Mandiri (Indosiar) - UHF 49
  • Andalas Televisyen (antv) - UHF 53
  • Metro TV - UHF 55

Rangkaian TV tempatan/wilayah Kepulauan Riau

Radio[sunting | sunting sumber]

Bagi siaran radio terdapat lebih 60 stesen radio sama ada dari Malaysia mahupun dari negara jiran Singapura dan Indonesia yang dapat didengar di selatan Johor. Hal ini meletakkan bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya sebagai satu-satunya kawasan yang menerima siaran TV dan radio secara percuma terbanyak di Malaysia.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. Pejabat Daerah
  3. [1]
  4. [2]
  5. [en.wikipedia.org/wiki/Mount_Banang]
  6. Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia (Tahun 2010)
  7. [3]
  8. [angrybirdsactivitypark.my]
  9. [blog.malaysia-asia.my › Things to do in Johor]
  10. [www.themalaysianinsider.com/.../six-flags-keen-o...]
  11. [4]
  12. [en.wikipedia.org/.../Skudai–Pontian_Highw...]
  13. [5]
  14. [6]
  15. [en.wikipedia.org/.../Iskandar_Coastal_High...]
  16. [en.wikipedia.org/.../Pasir_Gudang_Highwa...]
  17. [*[en.wikipedia.org/wiki/Johor_Bahru–Kota_T...]
  18. [en.wikipedia.org/wiki/XpressAir]
  19. [7]
  20. [www.astroawani.com/.../projek-jambatan-terowong-p...[
  21. [www.mstar.com.my/niaga/.../johor-pilihan-pelabur/]
  22. [8]
  23. [www.jcorp.com.my/]
  24. [www.jsic.com.my/]
  25. [ms.wikipedia.org/wiki/Nanas]
  26. Mengekal hubungan murni KL-Singapura

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]