Kumpulan Medicine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Medicine
War Rock - Vol 1 '88 - (1988) lineup.jpg
Kulit album gabungan War Rock - Vol 1 '88 - (1988) termasuk kumpulan Medicine.
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1988 -
Kegiatan berkaitan Berkumpulan
Laman sesawang http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Medicine.html
Ahli Ijam
Ija
Hami
Han
Joe


Kumpulan Medicine merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Medicine mulai dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock. Selepas itu mereka telah mencebur diri ke dunia rakaman oleh Nasir P Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.

Medicine telah menang tempat kedua dalam pertandingan Juara Rock Negeri Sembilan pada tahun 1986. Seterusnya menyertai Juara Juara Rock Malaysia anjuran Dewi Suhana Studio di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1987. Pertandingan tersebut telah menobatkan Ija sebagai pemain gitar terbaik.

Album pertama Medicine berjudul Titian (1988) mendapat sambutan yang luar biasa iaitu mencecah jualan melebihi 20,000 unit dalam tempoh cuma 20 hari. Album Titian diterbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan Kopratasa. Satu lagu mereka, Derita Seorang Filosuf telah diharamkan penyiarannya di Radio RTM ketika itu kerana liriknya.

Ejam Medicine kini tampil ke persada tanah air dengan giat terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah.[1], [2]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Ijam (Vokal)
  • Ija (Gitar Utama)
  • Hami (Gitar Utama Kedua)
  • Han (Bass)
  • Joe (Dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

* Titian (1988)

Titian (2015)(Re) 
NEW SOUTHERN RECORDS(NSR)
  • 01 - Titian
  • 02 - Serakah Kota
  • 03 - Mergastua
  • 04 - Wangian Kasih Ibu
  • 05 - Dusta
  • 06 - Rimba Cintaku
  • 07 - Kalut
  • 08 - Tika Dan Saat Ini
  • 09 - Rentak Kehidupan
  • 10 - Derita Seorang Filosuof


*Muzakarah 89 - (1989)

  Muzakarah (2016)(RE) 
NEW SOUTHERN RECORDS(NSR)

1. Godaan

2. Cinta Mistik

3. Muzakarah Lalang

4. Nostalgia Terluka

5. Empayar Drakula

6. Hingga Kini

7. Suara Suara Sumbang

8. Ketika Seketika

9. Irama Degup

10. Kerana Cinta


* Medicine (1992)

 Medicine(2016)(RE)
Sony Music Malaysia
  • 01 - Mungkinkah
  • 02 - Warna Dunia
  • 03 - Balasan
  • 04 - Kawan Oh Kawan
  • 05 - Cintaku Pertahankan
  • 06 - Bila Roda Berpusing
  • 07 - Berada Di Tempat Biasa
  • 08 - Mahu Tak Mahu
  • 09 - Irama Dalam sepi
  • 10 - Kabus Di cermin Retak


* Kembali (1993)

  • 01 - Rimba Bebanan
  • 02 - Hidup Segan Mati Tak Mahu
  • 03 - Melody Ashikin
  • 04 - Engkau Bukan Kebal
  • 05 - Bercanda Dipersada Maya
  • 06 - Pengaruh
  • 07 - Resah Tapi Damai
  • 08 - Kiranya
  • 09 - Wawasan Wira Kelas 3
  • 10 - Kasturi


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Diderai Kerinduan
  2. Ingatlah
  3. Bantulah Aku
  4. Titian
  5. Sarakah Kota
  6. Wagian Kasih Ibu
  7. Dusta
  8. Titian (INST)
  9. Kalut
  10. Tika Dan Saat Ini
  11. Rentak Kehidupan
  12. Derita Seorang Filosuef
  13. Rimba Cinta (MINUS ONE)
  14. Kerana Cinta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]