Nasir P. Ramlee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nasir P. Ramlee
Nasir P. Ramlee.jpg
Nasir pada 2004
KelahiranTeuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria
(1953-11-23)23 November 1953
Singapura
Meninggal dunia17 Disember 2008(2008-12-17) (umur 55)
Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Sebab kematianKomplikasi jantung dan kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraSingapura
Pekerjaanpelakon, penyanyi, komposer, pemuzik
Tahun aktif1969 - 2008
PasanganMariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), Suria (Surjangsih Abu Bakar) (Kini)
AnakNajua Nasir P. Ramlee dan 6 lagi orang anak
Ibu bapaTan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (ayah)
Junaidah Daeng Harris (ibu)
SaudaraSazali P.Ramlee (Adik)

Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Daeng Harris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).

Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]

Hasil perkahwinan Nasir P Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat seorang anak, Najua Nasir. [3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002.

Nasir pernah bergandingan bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Datuk Aziz Sattar untuk album Panca Sitara.

Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan kumpulan Carefree.

Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa.

Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953. Nasir mempunyai tujuh anak daripada dua perkahwinannya terdahulu. Bersama Surjangsih Abu Bakar (Suria), Nasir mempunyai dua anak, Zaidi, 17, dan Zakaria, 16, manakala bersama isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, 55, mereka mempunyai tiga anak, Gunina, 37, Gunawan, 35, dan Gurnarisasca, 31. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir mempunyai dua anak, Natasya, 23, dan Najwa, 22.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nasir P.Ramlee meninggal dunia pada usia 55 tahun pada 17 Disember 2008 akibat komplikasi haba dan kencing manis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur bersebelahan dengan kubur Allahyarham bapa P.Ramlee dan dua langkah-ibu tiri beliau, Allahyarhamah Norizan dan Saloma.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1968 Anak Bapak Jalil
1969 Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh
1970 Pancha Indera Harimau Berantai
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Nasir
1993 Fantasi Encik. Rahman Kemunculan Khas
2007 Budak Lapok Filem animasi

Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1986 Manis-Manis Sayang
Bujang Lapok Kembali Daa
Pagar-Pagar Cinta

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]