Kumpulan Rentap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumpulan Rentap ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani masalah jenayah jalanan khususnya ragut dan mat rempit sekitar Lembah Kelang, Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyatakan "Kumpulan Rentap" membabitkan tiga atau empat anggota polis bermotosikal . Mereka akan ditugaskan meronda secara lebih kerap terutama di kawasan "panas jenayah" yang telah dikenalpasti di Kuala Lumpur. Fokus utama ialah jenayah ragut dan samun.

PDRM berhasrat mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 % menjelang 2010 sebagaimana hasrat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2009.

Rujukan[sunting | sunting sumber]