Sup (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Sup)
Jump to navigation Jump to search
Sup
Album Cinta, Rindu, Pilu.jpg
Kulit album Cinta, Rindu, Pilu.jpg
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Sup merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia di sekitar tahun 1999 dan 2002. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu berentak Pop Komersial.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Kalam (Penyanyi)
  • Chot (Pemain Gitar Utama)
  • Lat (Pemain Gitar Bass)
  • Atan (Pemain Dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Bermulanya dengan pertemuan di sebuah studio yang beroperasi di Kampung Perwira, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, mereka telah telah dipelawa oleh syarikat rakaman tempatan iaitu New Southern Records yang bertapak Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk mengikat kontrak selama 3+2 tahun. Sepanjang penglibatan mereka di dalam industri muzik tanah air, kumpulan ini telah mengeluarkan 2 album. Album Cinta, Rindu, Pilu pada tahun 1999 dan Arus Cinta pada tahun 2000.

Perkenalan[sunting | sunting sumber]

  • Kalam yang berasal dari Johor, pada mulanya telah ditawarkan oleh seorang penerbit lagu iaitu Sharom Aris @ Adinda Amiro (Juga pencipta lagu Sheila untuk Kumpulan Iklim) untuk menjadi penyanyi solo. Namun setelah perbincangan dengan syarikat rakaman iaitu NSR, mereka berpendapat bahawa tahun itu adalah masa yang terbaik untuk melahirkan album dalam bentuk kumpulan, maka pencarian untuk mencari ahli-ahli bermula secara rawak.
  • Sewaktu Sharom Aris berada di Kampung Pandan, dia terjumpa Chot (dari Kuala Lumpur) yang sedang bermain gitar bersama rakan-rakannya. Melihatkan bakat yang sedia ada di depan mata, mempelawa dia untuk menyertai sebuah kumpulan yang akan ditubuhkan dan menyatakan jika dia terpilih, kumpulan itu bakal melahirkan album sulung tak lama lagi. Bagaikan orang mengantuk di sorong bantal, dia menerima perlawaan tersebut. Dia akhirnya di bawa ke studio rakaman untuk sesi perkenalan dengan Kalam.
  • Memandangkan masa semakin suntuk, mereka masih memerlukan 2 orang ahli untuk mengisi kekosongan. Mereka diperkenalkan dengan Lat (dari Kuala Lumpur) iaitu bekas pemain gitar bass untuk Kumpulan Retro dan Atan, (dari Negeri Sembilan) seorang pemain dram yang berasal dari keluarga pemuzik oleh Sharom Aris. Setelah itu, mereka kemudiannya mengikat kontrak dengan NSR dengan beberapa syarat yang dipersetujui oleh mereka.

Nama Kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Nama SUP ini diambil bersempena dengan fenomena huruf S. Pada ketika itu banyak kumpulan-kumpulan muzik di malaysia yang popular dimulai dengan huruf tersebut seperti Slam, Spoon, Search, Scan, Sting,"Spin","Spring" dan sebagainya. Jadi penamaannya diibaratkan seperti menumpang tuah huruf S. SUP juga bermaksud Salam Untuk Pendengar

Permulaan Karier[sunting | sunting sumber]

  • Pada peringkat awal penglibatan, tidak ramai pendengar yang tahu atau kenal akan kehadiran kumpulan ini di persada seni tanah air. Pihak syarikat rakaman telah mengatur pelbagai rangka promosi untuk mengukuhkan nama mereka seperti promosi di kompleks membeli-belah dan sebagainya.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Mereka pernah diundang oleh pihak TV3 untuk program Bincang Petang yang dikelolakan oleh Zakiah Anas dan Mazidul Akmal. Antara topik hangat yang dibincangkan ialah mengenai rupa paras Kalam (vokalis) yang dikatakan hampir seiras dengan vokalis Kumpulan Spoon iaitu Along yang pada ketika itu popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dan Memori Sekuntum Rindu. Pada akhir rancangan tersebut, Kalam mendendangkan lagu Airmata Kekasih. Selepas beberapa minggu, kumpulan ini telah mendapat populariti yang amat meluas di seluruh negara. Ini secara tidak langsung telah menaikkan nama mereka. Album pertama kumpulan ini juga mencatatkan penjualan yang memberangsangkan. Peranan media massa seperti URTV, Mangga, Media Hiburan dan juga radio seperti ERA, Radio UITM Shah Alam, THR, Radio KL dan sebagainya banyak membantu kumpulan ini dalam mempromosikan album pertama mereka.

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

  • Salah satu lagu mereka Kau Merasa Aku Terasa telah tercalon di Anugerah Industri Muzik 2000 namun undian pada peringkat separuh akhir tidak berjaya melayakkan kumpulan ini untuk bersaing pada peringkat terakhir.

Nescafe Tour[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan ini juga telah banyak mengadakan pertunjukkan langsung di seluruh semenanjung sewaktu mengikuti Jelajah Nescafe bersama penyanyi Dahlan Zainudin yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan (Dia telah menjadi hos tetap sepanjang jelajah tersebut). Ramai artis-artis yang menyertai jelajah itu seperti Kumpulan Excellent, Kumpulan Moin, Haida, New Boyz, Spin, Boboy dan ramai lagi. Dalam rangka jelajah tersebut, mereka telah menemui peminat yang rata-ratanya berasal dari pendalaman seperti kawasan felda, tanah rancangan dan sebagainya.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Pihak syarikat rakaman pernah bercadang untuk mempromosikan album mereka ke Indonesia namun di atas beberapa faktor tertentu, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
  • Salah satu lagu di dalam album kedua yang berjudul Antara Kaca Dan Permata telah ditulis oleh gitaris kumpulan tersebut iaitu Chot.
  • Vokalist kumpulan iaitu Kalam mencipta sebuah lagu yang berjudul Nafas Cinta dan ianya telah digunakan untuk menjadi video klip pembukaan sebuah drama tempatan yang disiarkan di kaca televisyen.

Perpecahan[sunting | sunting sumber]

  • Album kedua mereka nyata tidak seperti yang terdahulu berikutan peningkatan gejala cetak rompak dan muat-turun percuma di laman sesawang yang luas tumbuh seperti cendawan, mereka berpendapat adalah amat sukar untuk meneruskan perjuangan, lalu mereka berpecah secara aman.
  • Kini keempat-empat mereka telah membuat haluan sendiri dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Kalam sedang bergiat aktif dalam bidang pengurusan drama tempatan, Chot di sebuah syarikat swasta tempatan yang bertempat di Kuala Lumpur, Atan berkhidmat di dalam sektor kerajaan manakala Lat di sebuah firma guaman.

Album[sunting | sunting sumber]

  • Album pertama : Cinta, Rindu, Pilu
  • Album kedua : Arus Cinta

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Cinta, Rindu, Pilu

  • Kau Merasa Aku Terasa
  • Airmata Kekasih
  • Siksa Sebuah Cinta
  • Rebah Impian Bermusim
  • Tiada Jodoh Bersama
  • Haru Biru
  • Puteri Bukan Raja
  • Kota Cinta Metropolitan
  • Wajah Rahsia Cinta
  • Mimpi Yang Indah

Arus Cinta

  • Rintihan Jiwa
  • Arus Cinta
  • Cepat Benar Kau Berubah
  • Senandung Cintaku
  • Pusara Kasih
  • Gerimis Senja
  • Tak Marah...Sayang
  • Antara Kaca Dan Permata
  • Aku Juga Cinta Kamu
  • Ku Sambut Rindu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]