Sweet Child (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Sweet Child)
Jump to navigation Jump to search
SweetChild
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock 'N' Roll
Tahun aktif1995 - sekarang
Syarikat rakaman
Menora Music / BMG Music
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sweetchild.html
AhliAcong
ijan
Pat
Yem
Bekas ahliSaiful Azlan Ahmad (Polan)
Faizul Affandi (Eleng)
Ahmad Fauzi Saat (Pojie)
Hasmizan Abd Hamid (Choot)

Kumpulan Sweet Child [1] atau juga dieja SweetChild[2], merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada sekitar tahun 1995. Antara lagu popular mereka ialah Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan. Kumpulan Sweet Child masih lagi wujud sungguhpun selama 16 tahun mereka tidak tampil dengan produk terbaru.[3]

Penyertaan Acong SweetChild di dalam acara GegarVaganza turut memberi pendedahan bagi kumpulan SweetChild. Kebangkitan muzik 90-an masa kini sedikit sebanyak membantu mengembalikan populariti mereka terutamanya dikalangan generasi baharu. Lagu-lagu popular mereka seperti Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan kini semakin diminati oleh golongan muda.

Kebangkitan lagu-lagu era 90-an memang sedikit sebanyak memberi impak kepada Sweet Child serta turut memberi idea kepada mereka untuk menghasilkan lagu berkonsepkan 90-an kerana ia diminati pendengar. Mereka sedang merancang untuk menghasilkan single terbaharu sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seni Sweet Child.[4]

Pada tahun 2016, kumpulan Sweet Child telah menghasilkan dua lagu baharu dengan rentak balada berjudul Doa Dariku dan Lepaskanmu. Pada 2017 pula, kumpulan Sweet Child turut menghasilkan dua single baharu.[5]

Anggota asalnya terdiri daripada :-

  1. Acong (Ahmad Fauzi Manat) - penyanyi
  2. Lan (Saiful Azlan Ahmad) - pemain gitar
  3. Eleng (Faizul Affandi) - pemain gitar
  4. Pojie (Ahmad Fauzi Saat) - pemain gitar bass
  5. Choot (Hasmizan Abd Hamid) - Pemain dram

Ahli-ahli sekarang[sunting | sunting sumber]

  1. Acong (Ahmad Fauzi Manat) - penyanyi
  2. Ahmad Zamri Zainal Abidin (Ijan) - pemain gitar bass
  3. Romzi Mohd. Minsawi (Pet)- pemain dram
  4. Suzahari Aziz (Yem) - pemain papan nada

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Berapinya Imaginasiku (BMG Music) 1995
  2. Anak-Anak Seni (BMG Music) 1996
  3. Meraih Juara (CEM Entertainment) 1998

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Kemeriahan Di Hari Raya (BMG Music) 1996
  2. Koleksi Terbaik Eddie Hamid (Fantasia Music City - FMC) 2000
  3. Balada Menyengat 2 (Fantasia Music City - FMC) 2000


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Album: Berapinya Imaginasiku (1995)

  1. Yang Terlarang Itu Godaan
  2. Mainan Perkasihanmu
  3. Remaja Kota

Album: Anak-Anak Seni (1996)[6]

  1. Kau Guriskan Perasaan
  2. Didalam Malang Ada Rahmat
  3. Terseksa Lagi Batinku

Album: Kemeriahan Di Hari Raya (1996)

  1. Kemeriahan Di Hari Raya

Album: Meraih Juara (1998)

  1. Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan
  2. Di Sapu Awan (duet Elly Mazlein)
  3. Meraih Juara
  4. Didalam Rindu Ini

Album: Koleksi Terbaik Eddie Hamid (2000)

  1. Mencari Rindu Yang Hilang

Album: Balada Menyengat 2 (2000)

  1. andai bulan terus membisu

Single

  1. Lepaskanmu (2016)
  2. Doa Dariku (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]